Thursday, December 27, 2007

Secebis diari hidupku yang menjadikan diri ku yang kini

Telah genap 18 tahun sejak saya muncul di dunia ni,
telah genap 18 tahun saya telah bernafaskan oksigen.
telah genap 18 tahun saya mempunyai nama yang sama.
tetapi, saya masih keliru dengan dunia ini...


Tahu x, kenapa saya ni seorang yang pendiam?
adakah kerana saya segan?
adakah kerana saya ini pemalu?
ataupun kerana ego yang menyebabkan saya tak layak untuk bercakap dgn org?

Namun, saya menjadi seorang pendiam adalah kerana saya sering bersendirian.
Ketika kecik, saya main sorang2, sbb mase 2 adek kecik lagi.
saya anak sulung, jadi xde la abang atau kakak, tak pernahla saya dibuli, dimanjakan,
sebab itu saya menjadi pendiam. saya suke main sorang, sampai la bila adik2 saya dah besar skit, saya dah mula jadi periang
tapi, setiap kali hujung taun, bila saya dapat Report Card, saya mesti dapat komen "pendiam"....
huh? kat rumah saya ni yang agak bising.
tapi, kat sekolah saya masih lagi pendiam...
tapi x la pendiam sgt....
mungkin dari persepsi cikgu mase tu, saya adalah pendiam.

kali kedua saya menjadi agak pendiam ialah bila saya masuk tingkatan 1.
Mase tu, saya dpt result UPSR yang rendah dari budak pandai, dapt 4A dan 1C je.
jadi, saya dimasukkanlah ke kelas yang rendah skit.
mase tu, jumpe la dgn budak2 nakal yang dulu same skolah.
mmg cuak la sbb takut kena buli.
kerana takut, saya menjadi pendiam.
hu....
Tapi, masuk kelas bawah, ada satu kelebihan. Saya selalu dapat nombor 1.
hum...mase tu agak gembira sebab selalu dapat nombor 1.
pastu, budak2 kelas tu jadikan saya ketua kelas.
hu...memang perit jadi ketua kelas budak kelas bawah.
mmg susah nak kontrol.
tapi lame2 tu, diorg dah mula dgr cakap saya.
saya dah jadi kawan dgn budak2 nakal tu.
slalu tgk diorg lukis gmbr2 lucah. slalu tgk diorg wat aksi2 lucah.
Slalu tgk diorg kacau2 pempuan, slalu tgk diorg ponteng kelas,
slalu tau ape diorg nak wat pas skool hour....
tp satu je yg ku suke, diorg respek kat aku,
kalau ade org try nak kacau aku,, diorg yang buat counter-attack
heeh
mmg agak selamat mase tu, sbb dapat bodyguard percuma.hee
tapi, saya agak bertuah, sbb saya x pernah terpengaruh dgn diorg.
ni sebab dalam kelas tu, masih ade gak budak2 yang baik.
dlm kelas tu jugak, saya dpt sorg kawan baik saya yang saya masih kawan sejak hari ni.
dan dlm kelas tu jugak. saye jumpe kawan yang selalu nak challenge saya, yang selalu ajak saya keluar,
dan x lupa gak....yang minat kat saya.
hu.....
mase tu, bila selalu dpt nombor 1, saya ingat saya dah jadi pandai.
tapi, satu tika, bila amik report kad mase pertengahan taun, cikgu ku berkata,
"dia ni selalu dpt nombor 1, tapi, percentage dia masih rendah. x bleh dikire sebagai pandai lagi."
mase tu baru saya sedar, sebanyak mane pun saya dapat nombor 1, saya masih x cecah percentage 80% ke atas.
hari itu menjadi titik pusingan bagi saya.
sejak hari tu, saya berusaha untuk mencecah 80%, eh....x....mase tu, saya aim 85%.
nak mencapai target tu mmg susah....
sebab kena skor exam lagi tinggi....
tapi
mujur dlm kelas tu....
byk org yang nak cabar saya....
nak kalahkan saya....
nak pastikan saya x dpt nombor 1
dan kerana diorg tu...
saya masih dpt mengekalkan nombor 1.
jadi, pada akhir taun, saya boleh mengatakan,
"Tingkatan 1, saya selalu dpt nombor 1"
dan ajaibnye, mase akhir taun, saya mendapat no 3 dalam tingkatan,
dengan percentage: 88.8%, mengalahkan kawan saya hiew wee kiat yang selalu dpt nombor 1 dlm kelas mase sekolah rendah n sekolah menegah.
sejak itu, saya sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik...
hinggalah sampai sekarang....
percaya?

Friday, December 21, 2007

Boring2!

wah......cuti mase panjang......
skang dah xde ape2 pun nak buat.....
huah!

Gambar yang unik saya tangkap mase kat Taiping






Tuesday, December 11, 2007

Fakta Sains

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan api
bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang
dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40 km/j
sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris
dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai
diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang diterbitkan
oleh Federico Fellini pada tahun 1960.
Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark
telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis
logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi
yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang
yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan
ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang
dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan
ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas
alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori
lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia
normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri
menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke
sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu
kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana
setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang
tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan
lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza
dari
segi rupa bentuknya. Tapi,
walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh
memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang
berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk
meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak
membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak
pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat,
kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh
dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,
perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang
berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh
digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita
bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan
kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir
kesemua pembaca buletin ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga
menggunakan siku. hehehehehhehehehehe
eh....... ....Sentuh la telinga kurang
ngan siku
sampai ia kena.......Tak normal la
korang maknanya..

Sunday, November 11, 2007

so long!

um....tinggal tiga minggu nak exam
agaknye, skang dh kena benti tulis blog
laptop pun dah hntr blik umah dulu
jadi x dpt nak online slalu
xpe2
nnt pas exam jumpe lg
hueh

Wednesday, October 31, 2007

Ketiadaan dia akan menyukarkan kami

Salam alaik
Sudah sekian lame x menulis
Bukan kerana takde idea….tapi, asyik terlupa nak bukak blog je
Mungkin sebab sibuk sangat, or mungkin sebab malas nak bukak
Tapi, ape2pun, hari ni, nak kongsi satu cerita yang agak sedih
Iaitu, kehilangan lecturer yg best

Lecturer tu lecturer Chemistry
Care dia ajar mmg best. Sampai budak course lain agak jelez dgn kitorang sebab dia cume ajar budak meki je n dia ajar sampai semua org dpt faham ape dia cakap. Tapi, lepas minggu ni, dia akan melanjutkan pelajaran lagi. Nampaknye, dia akan jadi seperti kita jugak, cume di tahap yang lebih tinggi. Harap dia Berjaya dengan cemerlang
Bila terfikir tentang lecturer tu, teringat hari pertama jumpa dengan dia. Mase tu, care dia cakap agak mengerunkan, sbb dia asyik kate “nak kena belasah ni!” n dia suka pick up name n minta org tu jawab soklan yang dia bagi. Mase tu agak takut dengan dia, sebab rase cam sem ni kena blaja chem dengan betul sbb takut kena marah dengan dia….
Tapi, setelah sekian lame dengan dia, baru saya dpt memahami dia. Care dia mengajar, seperti seorang ayah kepada seorg anak. Walaupun marah, tp sebenarnye sayang. Marah tu hanya untuk membuatkan kita sedar yg kita sedang leka dlm belajar atau kita masih tidak memahami ape yang dia ajar. Dia marah kita x faham sebab dia tau kita tak revise ape yang dia ajar. Marah tu adalah marah sayang. Marah sebab kita tak ikut cakap dia. Tapi, walaupun dia marah kita x faham, dia tetap membuatkan kita faham, walau dengan ape care pun, walaupun terpaksa ulang banyak2. Dia akan buat kita faham.
Mase tu, x Nampak sangat ape kebaikannye dia ulang banyak sebab saya cepat faham ape yang dia ajar. Tapi bila memikirkan lecturer lain yang mengajar course lain, diorg tak macam lecturer saya ni. Diorg x detail sangat n diorg aspect student boleh faham cepat. Kawan2 saya dari course lain selalu merungut sebab dia x faham ape lecturer dia ajar. Diorg slalu puji lecturer saya sbb dia ajar detail n mudah faham.
Tapi, malangnye, dia tak dapat nak bersama budak meki sampai habis sem. Dia akan bertolak x lame lagi. Tapi, mujur dia dah cover bab2 yang crucial untuk final exam nanti. Lepas ni, ade lecturer yang baru masuk utp akan mengajar. For sure, dia pasti x ikut sgt ape yg kita x blaja n mungkin dia masih x dpt mengajar dgn baik. Tapi, harap2 sangat…..dia dapat megajar sehebat Mr. Faisal bin Taha!!

Lagu MRSM Taiping (Dalam kenangan)

Ini bumi yang ku pijak
Ini langit yang ku junjung
Taiping bertuah, bersejarah
Sungguh indah dan menghijau

Di sinilah gedung ilmu
Generasi berwawasan
Harapan masyarakat dan ummah
Bakal memimpin nusa bangsa

Wawasan MRSM Taiping
Suci, ideal dan realistik
Memupuk kemuafakatan sejati
Cita rasa inovatif dan kreatif

Lima jari digenggam dijulang
Lima cabaran seiring harapan
Bersama doa restu semua
Kecermelangan pasti abadi

Saturday, October 20, 2007

Hari yang x dpt dilupakan

Hari khamis 18 Oktober 2007, hari kawan2 aku datang beraya rumah aku
kawan aku dua org je, tp preparation macam nak buat open house je...
last2, mak aku minta adik2 aku bawak kawan2 dia dtg skali
hum2, kenapa kawan2 aku datang kena sambut macam tu?
ni sebab kawan aku ni bukannye yang duduk depan rumah atau sebelah taman yang bleh dtg umah aku bile2 mase je, tapi ni kawan2 aku yang duduk jauh
sorang tu duduk klang, sorang lagi duduk subang.
kalau nak diikutkan, kawan2 yang datang umah aku biasenye laki je
tapi untuk hari tu
mak aku suprise dgn kawan2 yang aku bawak balik...



trus aku dipandang pelik oleh adik2ku
ni sebab adikku yang laki bawak kawan laki, n adikku yang perempuan bawak kawan perempuan.tp, aku bawak balik kawan perempuan.

dua2 P tu kawan ku sejak di MRSM Taiping, aku rapat sangat dengan diorg dua tu.
slalu msg dgn diorg, slalu sgt.
hari mase diorg datang tu, diorg bg aku hadiah baju(macam dlm gambar di atas) n Famous amos. mmg terkilan sbb ade org beri hadiah hari jadi kat aku walaupun dah seminggu dah hari jadi aku. lgpun, yang duduk kiri skali dlm gmbr tu yang 1st wish aku untuk malam mase hari jadi aku tu.heh.

Ingat lagi, mase hari tu ade sorg adekku tanye:
"girlfriend ke?"

aku pun kate:
"takkan sampai dua~"

adikku terdiam, xde idea nak kate ape,pastu dia kate
"yaya tau, girlfriend amin yang pakai baju warna coklat tu kan?!"

aku pulak terdiam, n ku kate lak
"tak tau la"

ku kate macam tu supaya adikku tak menanye ku lagi, sbb tu ayat aku nak mengelak

n kalau korg tanye gak, 4 sure aku kate tak, sebab yang tu dah ade org lain dah pegang.hehe

ohya,
yang kiri skali tu name dia athirah. dia skang kat uitm shah alam. amik pre degree sains. dia ni bukan klasmate aku, tapi aku rapat ngan dia disebabkan dia adalah akenara aku yang paling best. suke bgtau dia ape2 yang ku tahu n suke kongsi crite n masalah dgn dia.kami kenal rapat sgt smpi ku tahu mak ayah dia, n dia tahu mak ayh ku.mmg rapat sgt.tapi jarang berjumpa.

yang tgh tu name dia mardhiah, dlm gambar tu muka dia nampak cam budak kecik.ntah gaye ape la dia maik gambar tu. tp realitinye dia ni mmg periang. skang ni kat uia, amik architecture. dia slalu komplain kat aku yang dia slalu sibuk n tension n tak cukup tido. slalu aku gak yang jadi penasihat dia dgn balak dia. aku gak jadi org tgh kadang2. semua kerana....ntah....dia klasmate aku yang slalu dgr masalah aku n rase skali masalah aku kot......heh

malam tu ayhku tanye sape kawan aku yg datang, bile ku kate yg kawan aku dtg tu budak klang.ayhku sakatku. sbb athirah tu yang ade mase aku dah nak bertolak balik mase last day kat taiping. mase tu,ktorg bertukar2 hadiah. sbb pastu ktorg dah x dpt nak berbalas2 surat akenara lagi.huhu
tapi, sambung balik, ayah aku sakat aku, dia kate
"yes!budak klang tu datang"
"bile nak datang rumah dia lak?"
"baba boleh hantarkan kalau amin nak"
"bile nak gi?"
"malam ni pun boleh"
"amin x nak pergi rumah dia ke"
"ala....amin pergi la"
"baba hantar keh"
mmg xleh nak kata pe kalau ayhku tau aku ade kawan ngan pempuan
setakat dah 3 pmpn berpaut dgn aku
huhu
hari tu x dpt dilupkan sbb kawan2 ku yg rapat dgnku datang ke rumah ku.
walaupun jauh, diorg tetap datang.
terasa down, sbb x pergi rumah diorg
rasenye, raya taun depan
nak lak gi rumah diorg!
harap kalau ade mase la...
huuuu

Aku pulang semula

Wah~!!!!!
Cuti raye + cuti mid sem dah habes
nampaknye skang kena blaja balik la
huhu

Saturday, October 6, 2007

Regeneration

Nampaknye cuti raya dah nak dekat
tak sabar betul nak balik!!!!
tapi bile tgk kat jadual....
tinggal 4 minggu je nak masuk ke study week
nampaknye mase berlalu dengan cepat

acapkali, baru2 ni
saya asyik berasa tension je
tak tau nape
keje masih bertimbun2
nak kena buat, tension datang la pulak
tapi tetap tabah untuk melakukannye
caiyok!Moh!

huuuuu

nampaknye,
saya dah x study cam dulu lagi
bila saya renung balik kat diri saya
saya nampak byk sangat perubahan telah berlaku
sejak saya masuk robocon
sejak saya diberikan amanah yang besar
setelah byk kali sy keluar dari utp untuk event2 penting.
saya dah x belajar cam dulu
dulu saya bace satu chapter tu untuk beberapa kali
sampai rumet saya pun heran
nape sy asyik bace chapter yg same je
benda ni buat saya faham ape yang saya belajar
dan x kantoi dalam test nanti
tapi skang
saya bace sekali je
pastu biarkan camtu
sebab saya masih ade byk keje lain yg kena buat
last2
saya lupe ape yang saya baca
sampai org datang tanye soklan pun saya x dpt jawap
mmg saya telah lari dari cara saya yang dulu
fikirkan balik
bile terkenang kat taiping dulu
lagi saya x macam ni
dulu
hanya exam-oriented
waktu lapang asyik borak2 kosong n tido
mmg lain dari hari ni
tapi skang
saya dah makin jatuh
mungkin husni akan naik pasni
tapi harap camtu la gak
tak nak muka ni terlalu menjadi harapan buat org lain
yg ingin meniru
yang ingin meminjam keje
yang ingin menanye soklan

pasni
saya ingin cube untuk kembali kepada cara saya yang dulu
ingi melakukan system restore
sbb saya dpt rasekan
saya telah lari jauh
dari diri saya yang dulu
dan saya harap
korg dpt beri galakan
kepada sy
tq
_____________________________________________________________________________________
://system restore activated
:/backup data found in section 001
:/restoration cannot start
:/error in sector 010
/data corrupted
://need clean up? Y or N? Y
://Clean up system activated
:/Restoration begin on 21.10.2007

Tuesday, October 2, 2007

Aku bukan yang kamu tahu

Tahukah kamu siapakah aku?
Aku tahu kamu semua kenal aku. Mungkin cukup kenal aku.
Tapi, betulke korg ni memang betul2 kenal aku?
Aku ni, tidak seperti yang kamu tahu.
Aku bukan seperti yang kamu dapat lihat dari segi fizikalku
Kamu tidak pernah menyelami diriku, kerana itu kamu masih tidak mengenali diriku sepenuhnya.
Dan aku, amat berbeza dari apa yang kamu fikirkan.

Mungkin, kamu lihat, aku ni seorang yang pandai. cukup hebat kalau nak dibandingkan dengan org lain. tapi, kalau aku seorang yg pandai, kenapa dulu kat taiping, markah aku yang boleh dikata agak tinggi ni, masih sikit kalau nak dibandingkan dengan org yang lain? Nak cakap kat sini, aku bukan seorg yang pandai sangat, tapi kerana sekelilingku adalah adenye mereka yang kurang pandai, aku dianggap paling pandai. kamu semua x sedar ke?kamu datang dari sekolah yang hebat2, tapi x dpt nak jadi hebat kat UTP.jelas sekali kamu semua ni exam-oriented. time nak exam baru la nak study.huhu

terasa cam dah terlari dari tajuk lak. haha, anyway, kamu semua tahu x ape yang aku selalu buat selain belajar? kamu mesti ade yang fikir aku mungkin akan tolong org betulkan komputer. tapi kamu tahu x yang aku ni gamers jugak? aku pun sorang yang suka main game. aku suke sangat2 main game. tgk anime pun same. tapi, aku tak buat semua ni kat UTP....kenape? sebab aku bertekad untuk belajar. kerana tekad itu, aku lupa pasal game.aku lupe semua tu trus. dan yang aku ingat hanyelah belajar.kerana itu, kamu lihat aku sebagai seorg yang asyik belajar. tapi kalau kat rumah, aku adalah yang di sebaliknye.

tahukah kamu jugak bahawa aku ni bukan la seorg yang sempurna?
aku mempunyai banyak kelemahan, dan aku tidak pernah mengungkapkannye, kecali kali ini.
aku takleh hidup tanpa seorg kawan yang tetap dan aku suke menyendiri sebab aku x suka tgk kawan2 yang tak layan aku.
aku juga takleh hidup dalam kesibukan yang melampau-lampau. walaupun kamu mungkin kata yang semua ini cabaran hidup, tapi, ini adalah had aku. kesannye tidak hanya padaku, tapi juga kepada org lain. kerana kesibukan itu aku tidak ke masjid seperti yang aku dulu selalu buat. kerana kesibukan itu aku selalu melarikan diri dari usrahku, kerana kesibukan itu aku selalu mengurungkan diri dalam bilik.kerana kesibukan ini aku renggang dengan kawan2ku. inilah kesan jika aku perlu menghadapi kesibukan itu. mungkin agak pelik. tapi inilah aku.

Hari yang malang

Salam
Hari ni, saya bangun kul 8!
chuak betul! Terus gi mandi, nak Qada tak sempat lak, trus gi kelas
mujur Miss penny tak start kelas lagi.rase lega, tapi mate nampak merah. saya langsung x pandang org lain, x nak bagi diorg nampak mate saya yang merah ni.haha.

Sunday, September 30, 2007

Hari bersama anak kucing! (^_^)


Pada hujung minggu ni, aku telah melakukan sesuatu perkara yang dah lama aku tidak lakukan. Kerana itu, aku ingin berkongsi dengan korang semua. Harap korang faham la ape aku nak kate ni

Heh

Setelah sekian lame, aku dah lame x main dengan kucing. Dulu kat rumah, selalu ade kucing yang kejar aku. Selalu diorg mintak makanan kat aku. Biasanye aku mmg slalu bg diorg makan. Sebab suke sgt tgk dia mintak makanan kat aku. Kadang2, aku amik ayam lebih sebab nak bagi kucing2ku makan.

Tapi tu dulu, sekarang rumahku dah takde kucing. Ade yang mati, ade yang hilang, ade yang melarikan diri. Ini semua bermula sejak awal aku bela kucing. Tapi menjadi mendadak sejak aku masuk ke MRSM Taiping. Sungguh sedih bila balik rumah, dah xde kucing. Mak kate, kucing2 ni semua ikut aku je. Aku gi bilik, dirorg ikut. Aku gi main computer, diorg ikut. Mujur aku gi sekolah diorg x ikut jugak. Tapi, bila balik je(aku balik rumah naik bas sekolah, ni mase form3, kat sekolah biase),diorg dah stanby kat depan pintu. Cam tau2 je aku dah balik. Haha. Tapi itu semua dulu, sekarang dah xde pape lagi.

Aku kat utp, hari2 asyik Nampak kucing warna oren milik mak cik cleaner blok aku. Kucing tu manja sangat. Dahla jantan, dah besar, tapi perangai cam anak kucing! Tapi ok la, kucing rumah, memang manja. Tapi tak lame kemudian, jumpa kucing warna hitam. Jantan gak. Dia pun manja tapi suke mengigit. Kalau suke mengigit maksudnye dia ni org x bela sangat. Kiranye cam kucing liar la gak. Tapi tak mungkin ade kucing liar yang manja kan? So kiranye kucing ni separuh je la. Haha. Pastu, saya ade terjumpa lak sekor anak kucing. Yang ni lagi cantik. Dahla ekor dia panjang. Memang x pernah tgk kucing yang ade ekor panjang sangat. Ni saya kata sebab ekor dia panjang dari normal. Ntah la kenape. Malam tu, mase aku jumpa kucing tu, aku bawak dia masuk dalam bilik aku. Mmg dia x kisahla duduk bilik aku.kalau dia kisah, dia mesti nak keluar. Malam tu sempat main2 jap ngan dia. Pastu ingatkan nak lepaskan dia trus.tapi, teringat dulu2 yang saya suke tido dgn kucing. Jadi, kurung dia dalam bilik. Tak kasi dia keluar. Dia pun ok je. Saya pun angkat dia atas katil. Ingatkan dia xnak, rupenye ok je! Jadi, saya pun baring la. Dia pun start jilat2 badan dia. Tak lame pastu, dia gi sandar kat badan saya, n tertido. Saya pun dapat rase badan dia sentuh badan saya. Tapi x dpt rase kepanasan badan dia, sebab dia kecik lagi.

Malam ni, saya tido dengan dia. Saya ta sedar papepun. Pagi tu, saya bangun.saya terhimpit kucing tu. Rupenye dia memang semalaman atas katil! Kucing2 saya sebelum nix de sampai camtu. Mmg terharu la kalau dapa tido macam ni selalu. Saya bangun dia pun bangun. Tapi peliknye dia xde rase nak keluar. Dia nak main dengan saya lagi. Tapi pe nak buat, saya kena belajar. Kalau x saya x dapat siapkan kerja saya hari tu. Saya biarkan dia main2 kat lantai. Entah ape dia main. Tiba2 dia panjat meja, n duduk depan saya. Dia jilat2 badan dia. Pastu dia renung je saya. Kadang2 dia nak capai pen saya, sebab pen saya bergerak2. Tapi dia bosan buat camtu. Saya bagi je kat dia penutup pen. Dia pun main sorg2. Lepas dia dah bosan, dia nak tido lak. Dia nak tido atas buku saya. Tapi saya alihkan dia kat tepi buku saya. Pastu, dia bangun, dia gi baring lak kat tangan saya, atas kertas kerja saya n tido terus kat situ. Memang kucing ni nak curi perhatian saya rupenye. Tapi saya dah bertekad nak buat kerja. Jadi, saya letak dia kat peha saya. Dia pun tido kat situ sampai saya rase cam nak baring je. Pastu, saya gi kat katil saya. Nak tido jap, sebab ape yang saya baca n buat macam tak masuk otak je. Huhu. Saya angkat kucing tu, letak kat tepi saya. Pastu kitorang pun tido sesame.wah best tul. Beberapa kali org masuk bilik saya n terkejut saya tid dengan kucing. Segan saya mase tu. Tapi tengah hari tu, terasa cam saya dah kurung dia lame sangat. Jadi, saya pun lepaskan dia. Harap2 dia ingat bilik saya mane satu. Boleh dia dating lagi. Haha. Ini sediki sebanyak yang say adapt terangkan. Sebenarnye panjang cier ni, penat saya cube ringkaskan, kalau x korg kena bace lame2. Hua2

Salam

Saturday, September 29, 2007

Kesibukan hidup ini

Assalamualaikum
Bila tengok balik, sudah lame saya x update blog saya ni
mungkin boleh kata yang saya sekarang tengah sibuk atau boleh juga kata yang saya malas nak bukak blogspot ni.hum, ntah pape la

anyway, kali ni nak cakap pasal kesibukan hidup saya
mungkin, ade beberapa org yg saya cakap, saya selalu sibuk. tapi, pelik kalau nak dibandingkan dengan orang lain, sebab kebanyakan xde la sibuk mane. maksudnye, kenapa saya selalu sibuk? x pernah orang nak tahu dengan lebih detail daripada saya pasal perkara ini. tapi, kat sini, biar saya ungkapkan makna kesibukan dalam hidup saya

bagi saya, kesibukan tu, bukan setakat kesibukan belajar sahaja. kesibukan dalam diri saya merangkumi banyak benda. seperti sebuah komputer, bila processor banyak sangat proses, dia akan jadi slow, sbb processor tu tengah sibuk. seperti juga saya, memikirkan sesuatu masalah atau merancang sesuatu plan boleh dianggap sebgai tengah sibuk.

hu~ itu serba sedikit makna ringkas ttg kesibukan dalam hidup saya

Friday, September 7, 2007

The Story of Yesterday~

Um, rasenye, bile check balik blog ni, rupenye ade benda yang saya lupa nak tulis.iaitu crite pasal ape yang jadi mase nak balik taiping tuumciternye macam ni~~

Pagi tu, saya bangun lambat.tak pasal2 dah pukul 11.30 dah.mmg lambat sangat. bangun je terus gi mandi.tup tap tup, habes je mandi, dah nak kena pack baju pulak.hish, mmg kelam kabut mase tu. rumet pun tido lagi. biasa la hari cuti kan.hehe kul 12.00pm, gi bank dulu, tgk2 bratur panjang pulak dah.tension kalau nak beratur, dah la barisan sampai kat hujung kopetro.faham2 je la.Tak jadi nak keluar kan duit, saya pergi bilik kawan saya. dapat la mintak RM11 untuk tambang. dalam poket mase tu cume ade RM10 je.huh, jadi terpaksa la amik duit backup yang simpan kat dlm almari.dapat la Rm70 dalam poket.so, pastu, trus gi ke perhentian bas kat luar UTP. mula2, terasa macam malas nak pergi sebab nak kena jalan sorang2, tapi bila fikir balik, sekali-sekala jadi adventurer best jugak kan?! hehejadi, tanpa berfikir panjang, saya trus ke perhentian bas dan tunggu bas,Lebih kurang 30 minit saya tunggu, baru bas datang. mujur dapat bas General, sbb bas tu charge murah skit kalau nak ipoh, cume Rm2.50 je, dulu penah skali saya naik bas dia charge Rm4.00. Dekat 1jam kemudian, baru sampai ke Medan Kidd kat ipoh, turun je bas,trus gi beli tiket ke taiping, mase tu baru pukul 1lebih.mujur ade bas kul 1.30pm, takyah nak tunggu lame2 kat stesen bas tu. mase tgh tunggu tu, ternampak beberapa org yang pakai baju batik warna hijau. bila diamati betul2, tak silap lagi, mmg budak MRSM Taiping. dari mimik muka diorang, saya rase cam pernah tgk mase kat taiping dulu, so mesti budak form 5 tahun ni. tapi, saya x tegur diorg, cume usha2 je diorg. ntah diorg sedar ke x saya usha diorang ni.xpe la, nanti diorg mesti terkejut kalau jumpa saya mase majlis anugerah cemerlang tu nanti.hehe
pukul 2.45pm baru saya sampai kat Kamunting, sebelah Taiping. turun2 je bas , saya terus pergi beli tiket. mase tu, tak sure lagi nak balik pukul berapa.cadangnye nak balik pukul 12.30, tapi malangnye tiket bas xde lak pukul 12.30, cume untuk hari minggu je ade. jadi, saya pun beli tiket bas kul 12, tapi mase tu taku majlis tu tak habes lagi, saya beli tiket kul 1 gak.kiranye beli dua tiket la.biar berkorban skit katakan.huu~Pas beli tiket je, kena tunggu kawan saya datang jemput lak. rumah dia dekat Simpang, agak dekat dgn Kamunting.Mase tgh tunggu tu, ade la ternampak budak2 mrsm taiping yang baru balik ke taiping. tapi malangnye semua perempuan, xde satu pun laki.huu....dekat 30 minit kemudian, baru kawan saya datang.dia datang dgn pak cik dia. mmg best dpt jumpa kawan tu, sbb dah lame x jumpa dia. tanpa melengahkan mase, saya pun naik keta pakcik dia dan pergi ke rumah dia. um, lupa nak bagitau, yang saya ni menuju ke rumah atuk kawan saya.mase hari tu, mmg ramai saudara dia yang datang melawat, sbb atuk dia masuk wad. jadi agak segan nak duk rumah dia.tapi disebabkan dah xde tempat lain, saya pun dgn rela hati duk kat situ. mujur saudara2 kawan tu duk kejap je. petg tu lepas asar diorang dah balik dah, rumah tu terus senyap. kat rumah tu baru saya tahu perangai kawan saya yang sebenar. heh
nak dipendekkan citer, malam tu, kawan saya ajak saya tgk Movie, mase tu saya baru cadang nak membaca Magnetism, tapi disebabkan kawan dah ajak, kena la hormat, sbb ni bukan rumah saya. mase tu, tgk cite Rush hour 3, best jugak la citer tu. bila tgh2 citer tu, mak ayah kawan saya tu balik. diorang ade bawak makanan skit, so, makan la depan Tv. habes je citer tu, diorg tgk pulak citer Ratatouille, best la jugak.layan dgn citer tu. ingatkan sampai situ je, diorg masih boleh bertahan dgn tgk harry potter pulak!, mase tu dah kul 12.00, saya takut nak bangun lambat, jadi saya trus masuk bilik yang disediakan dan trus tido. tiba2 terfikir sesuatu, baju yg saya pakai ni, akan saya pakai sok lepas majlis, jadi, terpaksa tido x pakai baju.mujur x sejuk (^_^!).heh
pagi tu saya dapat bangun awal. pas semayang, smpt membaca jap. mase tu kawan saya tu masih tak bangun lagi. ye la kan, tiod pukul 3lebih, mane x penat.tapi, klaka tgk mak ayah dia kejutkan dia, tibe2 teringat kenangan mase kat taiping dulu, nampaknye, dia masih x berubah.heh
dekat kul 9.30 baru saya bertolak ke MRSM. mase tu agak berdebar, sebab dah lame x balik taiping.mujur pergi dgn member, kalau x mmg kena pergi sorang2, sbb mak ayah saya x dpt datang, macam graduasi tahun lepas~huuu.mase sampai kat mrsm, tgk tmpt tu masih x berubah. dapat jumpa cikgu2 lame, dpt jumpa cikgu2 yang mengajar, dpt jumpa dgn cikgu2 yang famous, cikgu homeroom.fuu.mmg best. dapat jumpa jugak dengan kawan2 lame, tapi x ramai la. ade la dekat beberapa org je.yang dari kelas saya pun cume 3 org termasuk saya.hueh.mmg best.mase majlis tu, group x-taiping yang paling bising, ye x ye, sbb dah lame x jumpa, mmg kecoh habis.sampai ape yang timbalan Pengarah MARA cakap pun rase cam x dgr.tapi boringnye tak dapat jumpe pengetua lame, sbb dia dah pindah.pengetua baru pun xde, x tau gi mane. cume dapat jumpe dgn HEA dgn HEP je.diorg x tukar2 pun.nape ek? ntah la.heh
habes je majlis tu kul 12.00, saya trus jumpa dgn cikgu2 yang mengajar saya.mmg best dpt jumpa diorg. akhirnye dpt cakap BI dgn lancar skit dgn cikgu bi lame saya.terasa macam saya ni dah byk berubah la. mase pergi kat DS, x sempat nak jumpa kucing yang ktorg main dulu.agaknye dah meghilang ke mane ek.xde sape tau.tapi kalau ade pun, mesti dah besar,ish!!!rindu nye kat diorg tu!!!!
kul 12.30 saya trus keluar dari DS, lepas ade sorg kawan saya yang baik tu tolong carikan nombor telepon teksi, saya trus call n pergi ke pintu utama MRSM Taiping. sebelum tu, saya sempat bergambar dgn kawan2 saya.ntah bila bleh dpt gambar tuhuu
dipendekkan citer, saya sempat naik bas kul 1 tu. disebabkan penat saya tertido dlm bas. bila sampai je, saya tgk jam~ALAMAK! dah dekat kul 2.30!! nampaknye saya akan ponteng kelas untuk hari tu.bas tu gerak lambat, tu yang sampai lambat,mase sampai kat ipoh, mase tu tgh Jammed, jadi bas yang nak ke Tronoh pun lambat sampai. dijadualkan tiba kul 3.00 kat stesen bas, tapi bas tu sampai kul 3.15. time tu saya ade lecture chem. terase cam first time saya ponteng klas..huuuu~bas tu gerak kul 3.30 n sampai kat UTp kul 4.15, turun je bas, saya trus masuk n gi sembahyang. kul 5.00 tu ade tutorial English, tapi mase tu badan dah penat.walau papepun, saya paksa kan diri saya pergi jugak.mmg penat mase tgh lecture.huuu~
um sampai situ je la sambungan hari tuharap korg bleh faham yekSok ade ujian ICIS, harap saya dpt buat yg terbaik!!

Sunday, August 26, 2007

Undecided~

Salam

Ape korang rase bile kena fikir untuk satu benda yg sgt kompleks?
macam buat differentiate satu equation yg kena gune quotient rule, chain rule, product rule, implicit differentiation dgn serentak kan?
haha
macam tu la masalah saya skang ni

Kat MRSM Taiping hari isnin ni, 27 Ogos, akan diadakan Majlis anugerah cemerlang untuk SPM 2006, dan saya dijemput hadir~
Sy mmg nak pergi, sebab hari isnin tu ade convocation kat utp, jadi ingat boleh cuti satu hari la, tp, lain pulak jadi nye!
titibe, cuti tu cume sampai pukul 2.00 pm je!!!!
habes la kalau macam tu sbb saya ade kelas pukul 3 sampai 7.
nak diikutkan mmg sempat kalau event tu habes pukul 12.00 tgh hari, tp malangnye, bile memikirkan camne nak balik ke utp, satu masalah yang besar.huhu
dari MRSM nak ke kamunting dah 15 minit. nak tunggu bas ke ipoh, mungkin 10-1jam. dari kamunting ke ipoh, 1jam lebih, dari ipoh ke utp, dah 1 jam. kira2, aganye sempat ke x tu ek
mautaknye susah!~
huah
papepun, nnt sy bgtau ape yg terjadi
Chow

Saturday, August 25, 2007

Prologue

Salam
Akhirnye, setelah bosan buat blog dkt Friendster's blog, terdetik hati saya nak menggunakan Blogspot ni, bukan sebab Friendster's Blog tu x bagus, cume nak bg senang skit nak bukak Blog ni

Tujuan Berblog
Agaknye, ape tujuan saya menulis blog ini? adakah disebabkan terpengaruh dengan Subjek ICIS?
ataupun mmg saya berminat dengan blog? Ataupun saya saje2 bak buat?
hum.....
tujuan asalnye mmg nak blaja buat blog, bile buat blog, boleh teringat kisah kat MRSM Taiping dulu, mase kena buat Journal dalam Subjek English.
Tujuan saya hanye la untuk meluahkan ape yg ade dlm fikiran saya, mungkin baik, mungkin buruk, mungkin berilmu, mungkin untuk berhibur, mungkin untuk nasihat, mungkin untuk pengajaran, mungkin untuk information, mungkin untuk ape2 saje yg boleh ditulis tanpa langgar nettique.
Heh.
Tapi satu yang pasti, disini tempat sy untuk memberitahu ape2 yang terdetik di kepala saya, mungkin juga perasaan saya, mungkin juga diari hidup saya. ini adalah disebabkan sy telah kehilangan tempat untuk berkongsi masalah.dulu, saya ade kawan baik, tapi sakng dah x rapat, dah berapa banyak kawan baik saya jadi macam tu, jadi, skarang kat UTP, susah nak cari kawan baik.disebabkan itu saya cuba untuk menulis blog.



Minta maaf kalau ayat nye ade yang x betul.Semua manusia ade kelemahan masing2