Biasanya kalau lepas kita makan sesuatu dan kita jatuh sakit, kita salahkan makanan tu,
Sebab tu kalau orang offer aku kurma, kismis ataupun madu aku mesti fikir dua tiga kali
sebab tiap kali lepas aku makan kurma, kismis dan madu, tekak aku jadi sakit dan aku mula batuk-batuk dan selsema.
Tapi hari ni, aku sedang aku cuba usha-usha cara untuk nyahtoksin dalam badan,
Tengok simptom2 ketika sedang bernyahtoksin,
Ada yang terjadi seperti bile aku makan makanan di atas tu.
Konklusi, rupanya makanan itu bukanlah membuatkan aku sakit
tapi fungsi badan yang sedang menyahtoksin badan.
Nampaknya nak start makan balik makanan-makanan tu.
Lalala
Toksin benda bahaya dalam badan,
Dia kalau terkumpul, akan terkumpul dalam lemak,
Hati organ penyahtoksin, dan prosesnya biasanya perlahan,
Jadi toksin berlebihan akan tersimpan dalam lemak sampai boleh bertahun-tahun,
Kalau tengok kat pasaran, ada je jual produk Detox yang harganya sangat mahal
(mcm Juvanex, foot patch, len2)
Tapi sedar tak sedar Islam pun ada cara untuk menyahtoksin badan,
Iaitu dari makan kurma, kismis dan madu, serta berpuasa
kurma banyak khasiat, dan ada khasiat yang menggalakkan hati untuk meningkatkan process nyahtoksin, kismis pun begitu, madu pun lebih kurang la.
puasa pula, mengosongkan perut,
process nyahtoksin memerlukan banyak tenaga, so dengan berpuasa kita kurangkan tenaga untuk proses penghadaman makanan.
kenapa perlu nyahtoksin?
sbb toksin byk wat hal dalam badan kita,
dia yang wat kita cepat penat, wat berat kite bertambah, wat kita kurang bertenaga dan lain2,
jadi toksin tu kena la buang baru la badan kita jadi sehat.
(sekadar ilmu yang dipelajari beberapa hari ni, hajat nak try foot patch tu, tapi mahal)







