Wednesday, March 24, 2010

Interview

Gtalk Interview
- Sempat chat ngan orang lain
- Sempat tgk search internet cari pasal soklan yang dia bagi
- Sempat baca one manga
- Sempat jenjalan jap tapi tak lame sangat takut ter'idle'
- Sempat main dengan kura-kura
- Tulis berjela-jela dan boleh check ayat btol ke salah ke
- Sempat borak dengan orang lain.



PS: Bile interviewer itu idle, anda mesti cemas.

Harap2 la dpt tmpt intern tu. T.t

Tuesday, March 23, 2010

After Da Lensa


My specially made Photo-blog
Screw that Flickr
Muhahahahaha

Saturday, March 20, 2010

Efektif

Dulu, UPSR aku tak skor tinggi, jadi aku masuk kelas pertengahan je - kelas 1 Efektif. (Kelas 5 dari 13 kelas). Dalam kelas tu, aku selalu dapat nombor 1. Tak ada lah aku nak kate aku pandai sangat, sebab purata markah aku masih rendah masa tu. Tapi untuk dapat nombor 1 dalam kelas, takkan lah orang tak pandang tinggi kan. Disebabkan dapat nombor 1, aku termotivated untuk dapat nombor 1 lagi. Kang kalau jatuh, orang kata ape pulak la kan. Hilang air muka ni. Aku sepatutnya berada dalam kelas 1 atau kelas 2, tapi disebabkan UPSR, aku tak boleh masuk kelas-kelas elite tu. (ceh, bajet je elite)

Nak dijadikan cerita, prestasi aku nombor 1 tak disenangi oleh seorang kawanku. Dia selalu mencabar aku dengan berkata dia akan kalahkan aku. Bagus la tu kan, at least dia pun termotivated dari pencapaian aku jugak. Jadi masing-masing pun berusaha untuk dapat nombor 1 tu. Dan, aku jugak yang selalu dapat nombor 1. Sampai lah akhir Form 1. Itu baru seorang. Ada jugak 2 orang budak perempuan dalam kelas tu, pun bersaing sengit dalam nak capai nombor tinggi-tinggi. Itulah kami, budak-budak (Form 1 la katekan) yang dulunya kelas atas tapi jatuh kelas bawah sebab UPSR.

Masuk form 2, kawanku seorang tu masuk kelas 2, manakala aku dan seorang budak perempuan itu masuk kelas 1. Dan seorang lagi sudah pun pindah sekolah.(tak ingat sebab ape).
Sejak itu, takde lah lagi nak dapat nombor 1 dah. Semua dalam kelas tu pandai-pandai belaka. Nombor paling tinggi aku pernah dapat pun rasenye 14 kot. Haha, 14 dari 44 orang (rasenya, lupa plak).

Ok, mukadimah sudah abes. Meh cerita pasal perempuan yang sekelas ngan aku tu. (haha, citer perempuan je nih. Moh, please behave). Dak perempuan ni, aku takde lah rapat sangat dulu. Dulu masa 1 Efektif, kawan macam-macam tu je. Duduk depan-depan. Masuk form 2, pun lebih kurang je. Tapi kali ni dia duduk belakang. Kami tak rapat jugak. Masing-masing pun dengan hal masing-masing. Tapi dengan adanya member baru, jadi kadang-kadang tu duduk lepak-lepak jugak. Sampai ke Form 3, kami sekelas. Kenal pun dah kenal sangat. Heh. Tapi masa Form 4, dia masuk kelas B, dan aku masuk kelas A. Dan masa Form 4, aku pulak berpindah ke MRSM Taiping. Jadi, cuma sekadar tengok kat friendster je la lepas-lepas tu. Ataupun masa aku buat open house time raya taun 2005. Eheh.

Kini, masing-masing pun makin berjauhan. Aku di UTP, dia pulak di Australia. Jauh-jauh, mujur masing-masing ada internet. Jadi nampak pulak muka di Facebook la, di YM la, dan jugak di blog. Terasa rindu plak nak jumpe minah ni. Haha.

Nih, kenapa aku tiba-tiba cakap pasal dia plak ni? Heh. Sebab dia nih pembaca setia citer-citer aku kat blog aku nih. Kena la bagi kredit skit. Eheh. Lagipun dia minat fotografi gak. Ngeh3. Yang terasa ini adalah dia, jangan tersengih sorang-sorang, nanti orang pandang pelik.. heheh

Friday, March 19, 2010

Home Sweet Home

After a long renovation
Finally it is done!
Even I have my own parking slot.
Hihihi
Tengok tu ada kolam, nanti nak letak ikan
aku test letak kura-kura,
abes sume keluar lari... penat den mencari
mujur jumpe.

Thursday, March 18, 2010

Picasa












Saje menyemakkan blog ngan gambor2 dari Lx3.
Macam lame tak upload gambar,
ni pun gambar dalam kamera sejak 20 Feb ade lagi dalam Kamera


P/s: Ni antara mereka yang selalu je aku nampak



Tuesday, March 16, 2010

A Story not to be heard

Ada satu kisah ni, sejak aku baru masuk foundation 2, aku dan seorang kawanku ternampak seorang gadis yang sangat cantik. Gadis itu baru sahaja masuk Foundation 1st, kiranya junior sedikit la. Gadis itu selalu bersama seorang kawan dia yang asyik ke hulu ke hilir. Jadi, tiap kali kalau salah seorang kami ternampak dia, kami akan bagi signal siap dengan koordinat skali. Gatal miang sungguh kami. Ha Ha.

Jadi, bila kami masuk ke 1st year 1st, ke 1st year 2nd dan seterusnya, kalau kami terserempak dengan dia, itulah kami buat. Itu je, takde lebih-lebih sampai pergi ngorat pun. Muka kami tak laku. Siyes. Sampailah suatu ketika, kami dapat tahu nama dia, kami excited sangat-sangat. Macam dapat tau duit elaun dah masuk ke belum bulan ni. Ha ha. Siap sekali course dia kami tau, dan lain-lain.

Dan masa aku 2nd year 2nd, aku sudah pun menjadi Head Pnp Beyond Horizon 2. Jadi kena la menginterview orang. Dan di saat tiada orang untuk di interview, aku pergilah turun bawah bungkus makanan. Lapar sebab tak sempat nak dinner lagi malam tu. Time dah beli makanan, aku terserempak dengan anak buah ku time Media Tour 09 dulu (pue jugak ye). Dia bersama gadis cun tu. Aku dengan muka macho pergilah dekat anak buahku tu yang baru sahaja habis makan. Aku ajak diorang pergi interview kat atas (kafe v2 je). Diorang pun kate diorang akan try nanti. Aku dapat la senyum2 kat gadis tu. Wah, bahagia!. Lalu aku naik balik atas dengan sukacita. Lalala.

Tak lama kemudian, aku terserempak dengan diorang lagi depan pintu bilik interview, sempat la aku introduce apa tu BH2 ni dan apa yang kitorang dah buat dari gambar-gambar yang tertampal kat dinding di situ. Lalu, tiba-tiba gadis itu berkata

"eh ini Hadi kan? Budak kelas 9"

Aku terkejut. Apakah? Kenapakah? Bingung.

"Ni Mohaimin kan? Dulu kelas 8 kan?"

Lagi aku terkejut lagi, lalu dengan penuh persoalan aku tanya dia pulak

"Mrsm Taiping ke???"

Dan dia pun kata lah YA. Pengakuan dia buat aku seperti baru kena suntikan adrenaline overdose. Lalu aku pun dengan excited tanya macam-macam. Dan sejak hari tu, aku tak panggil tu gadis cun dah. Segan dengan segala yang kami lakukan dulu tu Aku panggil dia kawan aku. Ha Ha. Dan kami (aku dan kawanku) pun dah tak sangat usha-usha dia. Sebab jarang jugak jumpa dah. Dan malangnya, satu maktab pun aku boleh tak kenal??? Cesss, tapi takpe, budak perempuan maktab aku memang aku tak expert sangat pun. Tau yang feymes dan tahu yang same Mentor mentee, budak kelas 8 dan budak kelas 3 je.

Nak tau sapa gadis cun, eh, kawanku tu?
Mane bleh gtau. Haha.
Tapi yang pasti dia budak kelas 13
yang memang aku jarang nampak.
Maklumlah, kelas nombor 8, lalu depan kelas 8 cume kelas 1-7 je.
(Dak-dak Taiping 05-06 tau sal nih)


Dan shhh, ini rahsia kita berblogger.
Lalala


MiD

Sejak ade certain someone tu tutup blog, terus hilang mood nak tulis blog jugak


Hari ni dah pun 16 march - hari selasa cuti Midsem
Tinggal beberapa hari je lagi sebelum kena berkerja keras kembali
Tapi dalam cuti-cuti begini, tak tahu pulak nak buat apa, sedihnya,
nampaknya kena bukak buku awal la gini.

Banyak benda menarik berlaku baru-baru ni,
Si Azam dan Rohani dah jadi mak ayah
dengan kehadiran Putra Eshan Zulqarnain (btol ke eja?)
Inilah baby first bagi budak-budak Maresmart batch 05-06
Sape la tak terharu kan bila ada yang dah ade anak,
rasa tercabar pun ada, haha

Sejurus mendengar kisah kelahiran, Maresmart pulak mendapat no. 1
(Ada kaitan ke dengan kelahiran Eshan?)
Ini suatu yang amat membanggakan sebab akhirnya
impian MRSM Taiping nombor 1 jadi kenyataan.
Tak sia-sia tiap pagi sebelum kelas kami berikrar sedemikian,
dan agak mengejutkan bila MRSM Langkawi jatuh mendadak.
Orang kate Langkawi bukan PKP dah, betul ke ni?

Rumahku pulak akhirnya siap renovation,
Jenuh menunggu akhirnya cantik sudah rumahku
barulah boleh sebut "Rumahku Syurgaku"
sebab sebelum ni asyik dengan bunyi drill je. =.=
Ayah pergi buat kolam, cetek je kolam
kot-kot boleh letak kura-kura aku nanti. haha
Halaman rumah pulak ada tempat khas untuk aku parking kereta.
Tapi nak masuk parking tu agak leceh sikit, malangnya.
Tapi yang pasti, rumah dah kelihatan lain.
Bilik aku pun dah maju. haha

Duitku kering walaupun baru tengah bulan,
Efek balik rumah, duit mesti cepat habis,
Tu pasal aku sendiri pun jarang balik rumah,
duit minyak, duit tol, macam2 kena tanggung,
tapi aku takde side income,
aku tak masuk MLM ataupun Unit Trust,
haha,
duit pun tarak, macam mana mau masuk. XP
tapi agak kecewa bila tengok kawan-kawan yang masuk benda-benda gini
nampak macam dah lupa kat kawan-kawan yang lain,
sampai ada yang jadi renggang, mahupun gaduh,
mata mereka hanya nampak duit, dan peluang untuk dapat duit,
target pulak besar-besar sampai rase ada macam tak perlu je,
tapi kena la kan,
kalau duit banyak tapi keta tak mahal, orang tak pandang dia orang kaya
stereotype tol
sampaikan member yang belum tamat lesen lagi
dah target satu Merz untuk dia guna masa raya kang.
Mengeluh aku sorang-sorang...





Wednesday, March 10, 2010

Vibrating Mechaing

Happy Vibration and Happy Mecha!

Haha.

All the best test karang

Monday, March 1, 2010

Aizat - Pergi. Video Meche 007

Aku dan Fakhrullah tengah merancang nak buat video
Ingat nak amik lagu Estrella- stay, tapi tibe2 hilang pulak idea, sob3.

Lantas Pakul mencadangkan satu lagu, Aizat - Pergi

Mendengar lagu itu (ya, aku baru nak dengar),
aku cuba membayang video macam mana jadinya,
Rentak video tu membuat aku dapat idea,
tapi malangnya tak sesuai pulak nak buat sekarang.

Sebab lagu berunsur sedih dan perpisahan, jadi amat sesuai bile nak buat time grad nanti.
Woh! Video Perpisahan Meche 007! (awal tul merancang, haha).

Kot2 time final year final sem nanti, aku tambah satu kerja lagi,
video shooting Meche 007 sempena nak grad.
Mampukah aku? Patutkah aku mula shooting skang? kot2 setahun lagi korg da tua. (haha)
ade2 la jugak gambar2 korg time muda2 ni. (heh)
cadang tak mahu buat video montaj gambar, common sangat tuh
nak buat macam lagu Vitamin C - Graduation Day
cume ade flashback bebanyak tunjuk muka2 korang. haha.
ok, mungkin selit gambar2 skit sejak foundie mcm montaj raya tu,
ntah la,
planning jangka panjang,
kalau aku lupe, ingatkan aku!

(sape watak utama kang? hm..... naim? besau sangat, tiban? wooo, ke husni? star mesti tengah sibuk, hm.....)



Aizat -Pergi

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia