Dalam beberapa hari ni, asyik terdetik je nak buat satu post yang berisi panjang skit, tapi tiap kali bukak je new post, hilang terus idea. Macam masuk bilik interview gitu. haha.
Hari ni hari terakhir lecture. Tinggal 3 kelas sahaja sebelum habes 3rd year 1st semester. Bukannya semua sedih pun dengan hari terakhir. Ada je orang yang tak kisah. Tapi hari ni macam significant untuk aku. Sebab lepas ni, next kelas ialah lepas 8 bulan. Tu pun tak gerenti sama kelas lagi ke tak dengan coursemate-coursemate aku. Maklum la kan, semua dah kena amik major. Aku nak major dalam manufacturing kot, sape-sape major manufacturing roger aku k, hehe.
Jadual exam kali ni telah buat coursemate-coursemate aku kucar kacir. Dari suka kepada duka. Kawan kepada musuh. Tenang kepada marah. Macam-macam ada. Aku mampu lihat dari jauh, tak mampu nak mencela masuk. Terkesima aku tauu. Harap setel lah cepat jadual tu.
Cakap pasal suka duka ni, hari tu baru saje buat seorang dak pue dalam group mecha ku marah dengan ku. Marahnya sampai terganggu semua kerja ku. Tido-tido pun aku tak lalu. Sebab kata-kata dia yang agak pedas sampai nak makan pun nasi dalam perut nak je keluar balik. Dan aku sedar, kalau aku wat orang x puas hati time dlm groupwork, semua kerja aku lepas tu mesti K.O. Skang harap dapat markah ok lah untuk Mecha project tu. T.T. (ni kaitan dengan post emo ku b4 nih). Pas-pas ni, ak sediki trauma untuk wat kerja dalam group. Payah tol nak jadi leader klu nak betulkan silap orang pun kena maki hamun. Harap group project last b4 intern ni lagi baik dari sebelum-sebelum nih.
Hal-hal internship mujur aku setel awal. Walaupun awal-awal tu agak complicated sebab bertentangan pendapat dengan mak ayah. Sebab aku ada 2 offer, satu di KL dan satu di Penang. Lalu aku pilih di KL, tapi parentku mahu aku pergi ke Penang. Dah la aku dah accept yang kat KL tu dan rejek yang kat Penang tu. So, usaha la dpt balik offer kat Penang tu, dan klu dapat, rejek yang kat KL tu. Last-last semua jadi ok. Aku hargai kata-kata parentku. Diorg ni macam tau je yang mane patut untuk aku. Sebab bila aku fikirkan, company yang di Penang yang aku minat, bukan yang di KL tu. Jelas sekali, setelah interview untuk GE Oil & Gas pun, aku sedar aku tak minat Oil & Gas (macam kat KL tu jugak). Going to Penang, is a better choice for me.
Tapi agak sedih tengok mereka, kawan-kawan aku yang tak dapat tmpt intern lagi. Harap korang dapat lah nanti di tempat yang baik-baik ye. ~
GF1! Tiap hari aku pergi usha internet tengok harga dia. Lepas tu try buat bajet untuk time intern nanti. Agak-agak aku boleh beli ke nanti? Dah la utk memiliki DSLR, kena ada strong bajet. Mane tau nanti tiba-tiba angau dengan lens ni ke, lens tu ke. Macam ni pun dah angau dengan GF1 tu sendiri. Ahaha. Harga retail kedai depends dengan kit lens apa yang dia bagi. Kalau paling rendah, Rm2650 gitu. Paling tinggi, RM3050 gitu. Mahal tu! Aku usha-usha lagi, tengok DSLR utk entry level, tapi still ok pun, harga dah serendah RM1200?? Ini untuk 2nd hand ye, kalau harga baru dan murah pun adalah dekat RM1800 gitu. Agak murah sebab dulu harga DSLR semua atas RM2000. Bila harga turun bawak RM2000, macam pelik je. LX3 aku pun harga kedai RM1800 kot. Mujur aku dapat beli 2nd hand RM1400. GF1 2nd hand aku ade terjumpe RM2200, pergh, kalau lah aku ade duit... Tapi xpe, planning bukan nak skang pun. Tengah meng'utilize' LX3 to the max! Ni pun tengah order filter baru, close up filter, nak tengok btol2 ape efek dia, tengok kat internet je mane nampak sgt pun.huhu. Flash pun jumpe RM400, murah. (harga sepatutnye around 700-800, baru dekat 1000)
Baru-baru ni aku tengok banyak laptop rosak, banyak henpon rosak, banyak barang kena curi, dan banyak announce pasal barang hilang. Adakah semua ni suatu desakan pada hujung sem? Dengan stress-stress sampai terbuat laptop rosak sebab tekan banyak sangat ke, ataupun kita terbuat laptop tu stress smpi dia pun fed up. Ramai pun rosak laptop sebab motherboard. Motif?? Kes barang kena curi pun satu hal. Dalam 2 minggu ni je dah ade sampai 3 kes. Mengeluh aku baca notice. Kalau orang tu dicuri, xpe lagi, bleh consider...tapi klu orang tu tercicir ke atau sebab salah sendiri, memang cari naya tol. Tsk.
Stakat ni update dari aku. Hidup aku tak happening sangat pun baru-baru ni. Ni pun tengah tak mahu reply sangat kat GG lagi. Tapi baguslah, dpt tau gak diorg tak dependant kat aku. Bleh ak wat kerja senang riang. Reason tak mahu reply? - sebab ade sorg tu block aku dari FB dia, block aku dari Gtalk dia, dan kalau aku post GG, dia tak post, kalau aku x post, byk lak dia post. haha.