Thursday, December 25, 2008

Bilikku di UTP (in 3D)


Yeah,
berjaya pulak meng-3d-kan bilik aku kat utp tuh
haha
tapi tak 100% perfect la,
juz a worth of praticing.
Chill!

Praktis time!


Yeah,
Akhirnye dah dapat biasakan diri dengan 3ds Max~

Bedtime Stories 11.55 PM (not AM)

Resah,
Aku lihat kenapa ramai sangat orang kat tempat sebegini?
"Sebab sok cuti kot" Mindaku cube mengiakannya.
Melihat jam henset, baru pukul 11.15,
aku sudah pun mengantuk,
tapi,
terpaksa juga aku bertahan untuk malam itu,
kerana
wayang start kol 11.55pm!
"Nape org tgk wayang malam2 di waktu sepatutnye kena tido??"

PS: Kesilapan untuk adekku tidak melihat nombor di kaca tv dengan btol menyebabkan tiket wayang yang sepatutnye pukul 11.55pg rupenye 11.55pm. untuk mengelakkan pembaziran, kami pergi jua~

Saturday, December 20, 2008

Window OS lame~

Satu hari,
aku mengemas bilik aku yg sungguh bersepah ini,
yang seakan bilik stor ini (mmg bilik stor pun b4 masuk ke situ)
dan aku terjumpe satu bekas kertas yang penuh dengan disket,
yang kelihatan masih baru dan tidak penah terusik
tengok2 saje,
rupenye Windows!
pergh
windows b4 windows 95,
siyes lame~
hii~






Thursday, December 18, 2008

Teksi!


Diamik dari http://www.ngvinstaller.com

Bagi orang yang tidak ade keta macam aku ni,
cume teksi dan bas menjadi pilihan,
(termasuk lrt),
sejak dulu lagi,
sudah jadi tabiat aku utk naik teksi utk ke LRT Wangsa Maju
patutnye naik bas yang lagi murah tu,
tapi kerana nak cepat, naik teksi saje~

Pengalaman naik teksi bergantung kepada sape pemandunya,
Aku yang biasenye duduk kat depan,
slalu akan usha2 ID pemandu teksi yang tertera kat board depan.
kadang2 terasa segan bila lihat umur pemandu itu lebih dari ayahku sendiri O.o
dan penah sekali terkejut bila lihat pemandu tu  umur 25 tahun!
hebat~

Pemandu teksi ade yang peramah, ade yang pendiam,
bergantung juga kepada penumpang punye style,
bagi aku yang mmg pendiam dalam teksi,
jadi senyap la teksi tu (haha)
tapi kadang2 pemandu tu suke lak borak2,
jadi layan je la kan~
warna merah putih dah jadi sebati lak dlm hidop,
asal nak g tmpt yg xleh reach ngan kaki je, mesti naik teksi,
melainkan la kalau titibe mak kasi bawak keta,
hua2



A bit word that could change my way

"Semoga inche berbahagia selalu.
(tp bole je tensi kalo mau)
cuma mohon trus maju n maju.
n cemerlang secemerlang y boleh.
xperlu jd budak makan buku,
sbb bkn cemerlang xm y dcari
tp cemerlang dlm hidup seharian"


Tersedarnya aku,
bila aku membaca ayat ini semula,
aku yang hanya duk depan buku,
dan disebalik kertas2 assignment,
jarang aku pergi melawat2 kawan2 aku di bilik2 mereka
jarang gak aku luangkan masa untuk benda-menda lain
hua
aku menjadi peneliti buku yang komited!
menjadikannya sbg alasan utk aku mengelak aktiviti yang menyibukkan,
dan...
alasan utk aku tidak ke rumahNya
astaghfirullah~

harus aku berubah,
kerna soft skill aku pun still lemah,
camne la nak g intership pas 3 sem lg ni!

"Cemerlang bukan di exam,
cemerlang adalah untuk segala dalam hidup"

Akan ku pegang prinsip ini!



Khusus, tidak Umum

Bayangkan seorang engineer adalah juga seorang doktor,
mengubati benda x hidup dan juga benda hidup

bayangkan kalau engineer itu juga seorang lecturer,
sebahagian masanya komited pada mesin,pesakit dan selebihnya pada pelajar2nya,

boleh tak  engineer tu berkerja dengan gembira?
tanpa terasa stress atau tertekan dengan semua benda yang perlu dilakukannya?

boleh x?

bagi seorang yang tidak hebat,
amatlah mustahil,
kerna tiap orang ade kemampuan masing2,
wajib ade batasan masing2
dan sebab itu tiada engineer adalah doktor
dan tiada doktor adalah engineer (rasenye la)

hidup ini penuh dengan pengkhususan,
tiap orang dah ditakdirkan dengan tanggunjawab masing2
manusia sebagai khalifah, dan haiwan sebagai sumber makanan, dll.

bayangkan lah kalau depan kita ade banyak kotak besar,
dan tiap kotak tu ade kandungan tersendiri,
ade kandungan yang bawa kita jadi doktor,
ade kandungan yang bawa kita jadi engineer,
jadi guru, lawyer, archi, dan len2

mampukan kita bukak dua kotak besar itu serentak?
kotak yang besar melebihi tinggi kita,
nak memanjatnya pun dah satu hal,
apatah lagi nak bukak 2kotak dalam mase yang same!
sungguh semuanya telah menjadi khusus,tidak umum lagi

dulu kat sekolah menengah, atau rendah,
kita belajar benda yang same,
hafal benda yang same,
buat benda yang same,
tapi kini kita sudah pun berada dalam kotak masing2,
belajar sendiri, dalam kotak masing2
itulah kita, sudah menjadi khusus,
berkembang dalam bidang sendiri dan tidak tahu menahu bidang yang lain.




"Satu penemuan yang dah lame ditemui oleh kawan2 ku yg berada di UTP, iaitu ramai budak meki yang ber'awek'kan doktor. XD."

Tuesday, December 16, 2008

300 and Counting~

Sedar x sedar (mmg sedar da pun)
aku dah post sebanyak 300 kali (woah)
hebat x?
hebat kan!
XD

Ini post yang 300,
saje xnak tulis pape sgt,
sengaja nak bagi post ni cam ni
sbb nak bg penghargaan kat blog ni
byk benda aku blaja dari blogging,
dan byk benda aku ajar dari blogging,
dari expresi diriku (ceyh, nama blog tu1),
kepada expresi duniaku
dan lain2
heh2

tq for all da one that supporting,
really apreciate it,
pas ni,
nak tulis lg baik!
(bila banding isi post aku ngan blog2 len, terasa aku hanya sebuah yang kosong)
Yosh!

Satu hari bila aku jadi seorang pelancong asing~


Pagi2 lagi pukul 9 aku dah kuar rumah,
mencari bas dan menuju Lrt Wangsa Maju,
dan trus mara ke KL Sentral
tibanya,
jumpa dengan Hazlee (komiti ANT ku)
trus mara ke Subang melalui KTM Subang~
di sana,
bersarapankan Dunkin Donut 2 keping,
kami berbincang perjalanan kami pada pagi itu.
tibanya 10.51am,
kami menaiki Vitara Merah
dipandukan Mar
dan menuju ke Stadium Shah Alam.
Sesat2 kami disana!
Dan akhirnye kami ketemu jua
Les' Copaque punye bangunan,
terpapar poster Upin & Ipin the Movie
yang akan kuar, ntah bila.
Dan,
pas isi minyak (aku byr)
trus lak ke Karang Kraf,
agak sedih
bila baca peta,
rupenye garisan panjang tu rupenye pendek!
tersasar jauh dari Seksyen 13 ke seksyen 1. XD
dan sasarannye sebenarnye Seksyen 15(XD lg)
namun, kami pergi dengan sabar.
Dan aku gembira, sbb dpt lewatkan masa.(mase tu baru nak masuk kol 12)
Habes melihat Karangkraf,
dan mencari tmpt possible utk makan (dan terbukti xde)
kami pun pergi dari situ.
Mar mintak tunjuk jalan.
dan aku g tunjuk jalan ke UITM Shah Alam,
Mar kelihatan x puas hati,
tp
ye la,
duit minyak aku byr (keh2)
so,
pegi la jugak kan~

UITM,
seram bila masuk!
bangunan tinggi2
Pak Guard bagi masuk je,
mase tu baru 12.30
perlu tunggu 30min lagi,
maka,
kami hanya menunggu,
dan tak pasal2
terjumpe budak2 taiping yg len dulu
Zam dan Pem.
Hebat,
UITM mmg satu destinasi pelajar Taiping,
kemudian berjumpe Nazeera, qhasmirah, Siti, Maisarah, Nadiah, Nailil, dan lain2
dan yang paling penting
Athirah Baharuddin. XD

1jam 30min,
berada di uitm sahaja,
namun,
kegembiraan tak terkata,
ye la,
x macam mar dan ata
yang slalu je dpt jumpe2
huhu
bg la aku can kan mar?
tuk jumpe dia.
hua2
Mar baik!

Berlepas dari UITM,
pula ke sunway dan subang 
utk siapkan task2 survey hotel
dan akhirnye ke KTM subang utk ke KL sentral semula
di sana ke Masjid Jamek pule,
dan trus ke Plaza Rakyat.
Tak sangka,
rupenye blakang puduraya je (hampeh)
maka,
survey hotel kat situ,
ternyata x seswai utk 80 org pelajar, dan 2 bas 
sesak sekali KL,
tak tenang bagi hotel budget2 ini.
maka, kami berjalan
untuk ke Bukit Bintang,
malangnya,
kami tersalah jalan,
dan terlalu kawasan dlm,
dan tertembus ke raja chulan
(O.o)
30min ke 60min,
hanya berjalan sahaja
dan titibe2 sampai ke Sungai wang (klaka lak ttibe)
rehat2 di sana,
barulah kami pulang ke rumah~
dan ternyata,
LRT yang sesak, 
buat kami tiba jam 7.10pm.
Penat x terkata~
(x sempat gi menara celcom!)

Sok ade meeting lak,
kol 11 kat Food Court Midvalley,
walaupun terasa hampeh ngan SV yang titibe senyap,
kami akan pergi la juga,
tp...
kenapa jauh!!!
Namun,
Hepi2 hari ni.
Tq trah!
tq mar!


~ex-taiping~

Saturday, December 13, 2008

PhotoStory (Trip to Taiping-Beloved Maresmart)

"Operasi Pulang ke Taiping"
Akhirnya aku berjaya untuk pulang ke Taiping,
terima kasih kepada Due yang mengajakku untuk ke sana 
walaupun tujuannya adalah untuk ke Kenduri Kawen Cikgu Rohaya
Aku bukanlah anak murid cikgu itu,
tapi sekadar bekas pelajar MRSM Taiping yang merindukan Taiping itu sendiri

Bertolaknya Jumaat pagi, kami tiba di Kamunting beberapa minit sahaja sebelum Solat Jumaat,
Kami sempat la pegi ke Masjid kat Kamunting tu walaupun hanya "walking distance" (>.<)
Dan kemudian ke MRSM Taiping kemudiannya.
Pak Guard sorang dah bertukar,
namun, mereka masih tau kita ni bekas pelajar (aneh)
dan benarkan kami masuk tanpa kena sign ape2 pun (yeah)
maka, expidisi kami ke MRSM Taiping tercinta bermula!


Surau yang dah nampak lain bila ditengok dari luar~
Bangunan baru yang paling tinggi dalam maktab!

Surau Ar-Ridhwaniah
masih same dibahagian depan

Skang dah ade pentas baru dan besar kat luar Dewan Seri Larut!

Jalan yang biasa dilalui sebelum pegi Prep (rindunye prep!)

Tengok tu, ade pondok baru untuk usahawan muda la.
macam gerai la plak.

Blok Kenanga! Tempat tinggal...

DS yang penuh sejarah! haha

Kiub ku! Nape cam da teruk je.haha

Kucing maktab yang jadi tourist guide kami~

Kucing tu suka la mengikut2 ni

Kuater Cikgu!

Chong, dan kameranya~

Umah Cikgu Rizalmi dan Cikgu Rohani yang sedang direnovate
 (bukan dimusnahkan ye)

Kelas aku!
PSP dari tepi. yeah~

Ingat lagi tak wahai kawan2 ku? (^.^)

Pejabat baru kat bangunan baru. besar! 
(lupa nak naik bangunan baru tu tuk tgk kelas2 baru)
Depan Surau yang sedang diperbesarkan~
Wah! Makin besar la surau ni!
Pasni still panggil ni surau ke?
Tgk tu, masih ade lg la tulisan khat kat atas board tu!




Kami hanya berada di maktab hanya untuk beberapa jam sahaja.
sempat la kami masuk ke blok kami yang bez bangat 
dan round2 sampai ke Court Basket dan kelas2
Habes je, kami baru la amik sijil SPM kat pejabat
dan terus ke pintu utama untuk menunggu Hakim

Tibanya dia,
kami bergerak pula ke Zoo Taiping
FYI, selama duk kat sane, x penah pun sesekali pegi Zoo taiping!
haha
so, kami pegi lah dengan excited skali~
Dalam post ni, xnak la letak gmbr2 binatang yang kami amik
heh2
sekadar bukti kami berada disitu cukup la kan~

Di hadapan dinding Zoo Taiping


Terjumpa Fahmi yang sedang Jogging!

Malam Intermission, berehat2 sambil tgk citer. Tgk la muzik2 smpi habes.hehe
Pagi Sabtu, Operasi basuh pinggan!




Hari Sabtu sudah tiba
kami bertolak ke Kenduri Kawen Cikgu kat Taman Kuning Sari dalam jam 11pg
mase tu kami mengalami satu dilema yang tidak dapat dielakkan
iaitu untuk naek keta!
Terpaksa la chong yang ringan tuk duduk atas due yang berat.XD
Tapi aku ade la tempias skit2 kat tepi tu. haha
Sampai je sane, kaki dah lenguh.
haha
sian Due.
Tiba disana, kamu dah dicop sebagai student cikgu
haha
dapat la makan awal.
mase tu baru kol 11 lebih.
terlalu awal rupenye kami datang!
Dapat la jumpe cikgu2 lame pastu
byk gak la
Cikgu Hawa, Cikgu Ridzuan, Cikgu Fauzi Komp, Cikgu Saadah, Ustaz Naza, Abang Mus,
dan lain2!
Bez2

Meja makan Pengantin

Bersama Cikgu!

Cikgu Rohaya~(diorg kate cikgu nampak lain)

Hakim dan Chong -> Pembawa bunga Mangga!

Tengok tu! Pakcik tu termasuk dlm gambar! Klaka2

Aku diapit pemegang bunga mangga~

Operasi Tak Nak Bagi Bunga Mangga Jatuh

Cikgu dan Suaminya bersanding~
Diorg nampak gelabah, tp pandai kontrol~





Edited Again on 14/12/2008

Tuesday, December 9, 2008

Remembering of others





Kadang2 aku terlupa
tentang kawan2 ku mase kat sekolah melawati,
kadang2 aku juga terlupa
kawan2 kat mrsm taiping
sbb aku kini bukan di sekolah melawati,
bukan juga di mrsm taiping lagi,
byk kawan baru aku buat di tmpt len,
dan kawan2 lame, makin dilupakan
patutkah begitu?
sadis bile aku cube untuk memikirkan kawan2 yang aku penah rapat dulu,
skang aku da jarang contact sama mereka,
aku da jarang keluar2 same meraka
da jarang amik crite tentang mereka,
sadis.
nombor2 mereka ade sahaja dalam henset,
tp nombor2 yang same saje yg aku anta msg.
acapkali baru aku menyentuh nombor2 tersebut
iaitu, bila cuti sahaja.

kawan2 aku,
aku tidak lagi kate aku bukan kawan korang lagi,
tapi aku merasakan haluan kita membuatkan kita sukar berhubung
ye,
tetapkan mindset kat situ,
mengejar kejayaan
untuk kita raihkan bersama suatu hari nnt!
yeah!

Bila mereka cume berkata~

Bila mereka cume berkata,
Aku sadis kerana mempercayainya,
kerana mereka sering lupa untuk berkata,
yang mereka tidak perlukan ku lg

Bila mereka meminta,
Aku letakkan sebagai satu tanggungjawabku,
namun, mereka lekas bisu x berkata,
dan bisunya mereka telah ditunaikan lain.

Bila aku yang mengiakan,
Aku sadis bila aku dilupakan,
walaupun tidak aku ungkitkan
namun, sape hati x terasa~



A: Nnt aku nak mintak gambar ritu kat kau tau
B: Ok. bile nak nnt gtau la
(Sampai skang x minta2)

A: Nnt tolong ajar aku chapter ni n ni bleh?
B: Bleh. aku free je slalu.bile2 je kau bleh dtg
(tp dia dah minta tlg org len plak x pasal2)

A: Nnt aku nak mintak kau tman aku beli laptop bley?
B: um, bleh je. heh
(dan, dia tak perlukan aku teman sudah.huhu)

Bile mereka cume berkata,
tolong la kate lg utk confirmation,
kang x pasal2 orang tu amik hati.
hak2

P/S: setengah contoh diatas direkakan sahaje!