Saturday, December 26, 2009

Google Wave, apakah?


Google sekali lagi telah menghasilkan sesuatu yang sangat lain dari yang lain. Sejak dari google mail, google talk, google group, google maps, blogger dan kini, google sedang meng-finalize-kan satu lagi product open-source mereka selain google OS iaitu Google Wave.

Sedapkan nama tu? Haha.

Jadi, ape tu google wave? Kalau korang search kat website google wave, mahupun di wikipedia, korang pastinya masih kurang faham tentang produk ini kerana ayat yang digunakan terlalu technical. Google siap post satu video conference tentang Google wave demonstration untuk bagi orang faham. haha.

Jadi, kat sini aku pun nak la hebahkan tentang produk yang akan dikomersialkan ini. (^~^)
======


Dengar saje name wave, mesti korang terasa macam gelombang kan. (budak-budak pyhsic la nih). Google wave ini seperti gmail yang telah diintergrate dengan gtalk, google group, wiki dan lain-lain (ini paling simple yang aku boleh ringkaskan).

Kesan Gtalk
Google wave pun satu produk yang sangat2 'realtime'. Apa maksudnya? Biasanya kalau kite tengah men-gtalk-ing, bila ada orang tengah tulis, dia akan tulis 'Orang A is typing'. Tapi, dalam google wave, dia akan tulis satu huruf demi satu huruf! Ini bertujuan untuk mengurangkan aktiviti 'menunggu orang A habis menulis'. Tapi, function ni bleh tukar la jadi normal macam gtalk biase jugak. eheh.

Kesan GGroup
Ni untuk sesiapa yang ada google group la. contoh macam Meche 007, CJ7 tu, dan lain. XD. Mesti korang dah biasa la kan post kat GG. Nanti mesti ada je reply kat bawah tu berderet-deret sampai 100-200 kan? haha. Kalau dalam google Wave, pun boleh jugak macam tu, tapi dia takde la sepenuhnya macam GG. Ini sebab, dia ubah konsep email. Email, kita hantar spesifik kepada orang-orang tertentu, dan orang-orang tertentu itu akan baca dan reply berasingan. Tetapi kalau dalam google wave, email tu kita hantar kepada orang tertentu tu dengan cara GG. faham? Contoh la kan, kita nak hantar email pasal group project, kita tulis dalam googlewave, pastu letak la mereka yang dalam group project kita tu. nanti semua akan baca email yang sama, dan kalau ade seorang yang reply, semua orang pun boleh tengok. macam google group la kan? Dengan adanya realtime, kalau ada sorang tengah reply, kita dah boleh baca satu persatu ayat yang dia tengah tulis. ni lak macam gtalk yang atas tadi tu kan? Hebat! Dan cara meng-reply pun ada tambahan. Kita boleh reply dekat tengah-tengah ayat orang yang tulis sebelumnya. Contohlah kalau macam group project tu ada part A dan part B, orang boleh terus menerus reply kat bawah part A atau part B! Ni bleh kate macam style reply kat facebook tu, mahupun kat wordpress, tapi lainnya cuma dia boleh reply kat tengah-tengah ayat reply yang lain.

Ini sebenarnya boleh timbulkan kekusutan sebab reply akan terabur merata-rata. kejap kat atas, kejap kat bawah. menyusahkan bukan? jangan risau, dalam wave, ade function playback, korang boleh play satu persatu aktiviti dalam wave tu, dari awal sampai akhir! Hebat! Contoh la kalau korang lost track dengan apa yang tengah dibincangkan, korang boleh je play start dari awal, nanti dia akan kuar satu persatu ikut flow yang telah berlaku.


Kesan Wiki
Apa pulak dengan wiki? Wiki yang kita tau, adalah hasil kerja orang-orang biasa ataupun orang-orang professional. sesiapa sahaja boleh ubah atau tambah kandungan dalam wiki tu. Jadi kalau dalam google wave, pun ada kesan macam tu jugak. Ini sangat memudahkan kerja. Contoh la kan, dalam wave, kita post satu part project kita misalnya Introduction. kita dah tulis draft kita dan kita mintak orang lain dalam group kita bace dan kritik dan ubah kalau boleh. Jadi, kita add jugak mereka yang dalam group project kita tu. dan mereka boleh terus baca dan ubah ayat yang kita dah tulis tu. Nanti bila kita bace balik, akan ada highlight di mana ayat yang telah diubah atau telah ditambah. hebat kan? tak payah nak tulis balik kat reply yang baru mahupun tak payah nak cek satu-satu yang telah diubah. Tapi ini hanya berkesan untuk yang meletakkan document sahaja. Kalau orang lain dalam group kita yang tengok, dia tak akan dapat tengok highlight yang telah diubah itu, cuma hasil kerja yang terbaru sahaja. Tapi jangan risau, ingat lagi kan function playback tu? korang boleh play balik dari awal bentuk document tu dan lihat perubahan yang sedang berlaku!

Lain-lain
Banyak lagi function dalam google wave ni. Developer pun sedang mencipta extension baru untuk google wave nih. Jadi kat sini nak tulis dulu la extension yang ada. Salah satunya ialah word correction. Ini macam kat microsoft word tu la, kalau kita silap tulis dia akan betulkan kan? ataupun ada garis merah bawah tu ke. Dalam wave pun macam tu jugak. Jadi boleh la tulis dengan betul (melainkan macam kita ni yang gune shortform je. huk2). Seterusnya, gambar kita just drag & drop je dalam wave. kita drag & drop pastu terus diuploadkan. X perlu risau nak kena bukak upload tool la semua-semua tu. function link pun mudah. Wave boleh detect sama ada itu link ataupun tidak, tak perlu kita create hyperlink. nak letak video youtube pun, just letak url youtube tu, nanti akan ada terus embedded youtube tu, xyah nak amik script dia dah. Siap jugak intergrate dengan google search. Kat atas tempat editing tool(macam gmail tu) ada satu option lagi untuk search google. Ini built in google search, bertujuan kalau korang nak cari link dari google la. Nanti bleh drag n drop jek. Gambar-gamabr kat dalam built-in google search pun boleh drag n drop jugak dalam wave. Lepas tu siap ada realtime translation. Korang tulis dalam english, directly bawah ayat korang tu ada translation kepada bahasa yang korang nak, misalnya jepun. Dan kalau orang yang wave dengan korang tu reply dalam jepun, nanti akan siap sekali dengan translation kat bawah ayat jepun tu. Hebat kan? Senang kalau nak wave dengan foreinger kat utp nanti. hehe. Dan yang aku ada lihat, dia sedang meng-intergrate dengan blogger, dan orkut. Jadi nanti boleh wave jadi satu post yang orang yang bukan wave pun boleh baca.


Kesimpulan
Banyak sangat fungsi dalam google wave ni kalau nak ditulis satu persatu. ini pun setelah tengok video penerangan tentang google wave yang 1jam20min. itu pun baru tengok 50min dimana lepas-lepas tu skip2 je. haha.(nanti baru tengok balik). kalau korang nak tengok preview dan demo, aku galakkan korang pun tengok la video tu. Tapi baik korang download, sebab nak stream video youtube 1jam20min bukan kejap! Dan pastinya korang pun akan teruja. Tak sabar google wave ini nak diopenkan kat public. Sekarang cuma boleh untuk developer atau invited je. Aku pun sedang nak dapat invitation tu. Sebab nak tau brape banyak bandwidth yang di makan. hehe.

Lepas ni ada la term baru.
Kalau gmail "Eh, nanti hantar kat gmail ak"
kalau google group "Eh, nanti post kat GG tau"
Kalau gtalk "Eh, nanti bile on9 gtalk, hantar kat aku tau"

Nanti kalu google wave, jadi mcm ni ke
"Eh, nanti wave kat aku" atau "eh, Nanti kau wave ajak aku skali tau"



Wednesday, December 23, 2009

Saturday, December 19, 2009

C.U.T.I

Salam Alaik

Cuti dah nak tinggal lagi sebulan.
Sebulan lagi masuk tahun 3
Cuti panjang seterusnya 1 tahun 6 bulan lagi (estimate)
Nampaknya hari-hari UTP dah nak sampai penghujung.
Terasa macam terlalu cepat masa berlalu.
Dah pun masuk bulan Muharram.
Pasang niat baru? Pastinya!
Nampaknya aku nak ubah sikit style aku kat utp.
1.5 tahun je lagi dengan budak-budak Meche 007 tu.
Aku nak cipta kenangan dengan mereka sepuas-puasnya.
Aku akan contribute sebaik yang mungkin.
Biar penuh GoogleGroup Meche Jan 07,
dan biar mantap kita semua dalam test, kuiz, project dan exam.
biar kita buat Dr. VJ terkejut tengok result kita (haha)
dan dengan ini, nak start dengan video logo opening Meche 007 V2
(takde kena mengena langsung. haha..)

Sunday, December 13, 2009

Derita Merindu

"...Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita.."

Ahli Fiqir - Derita Merindu
(lagu part kedua)



Saturday, December 12, 2009

One day left

14 Disember 2009
Harap-harap rumah dah siap renovate masa tu (kalau tak ayah mengamuk!)
Masa tu jugak aku kena pergi JPJ nak tukar lesen P jadi C
Malam tu pulak, pergi menyambut mak ayah kat KLIA
Akhirnya tugas menjaga rumah full-time dah nak tamat
Lepas ni jaga rumah 3/4-time (haha)
Kereta pulak minor faulty (kena pergi workshop je keja)
Dapat drive keta ayah, kiranye pengalaman bermakna la sepanjang jaga rumah nih


Besok
Paksu ajak bawak adik-adik p swimming ngan sepupu,
Tapi nenek mintak jumpe Wan amik karipap (selasa ni wat doa selamat)
Kereta bila pulak nak pergi hantar servis?
Adus + Aduh





Friday, December 11, 2009

Sushee

Bila aku try nak tgk step nak wat sushi,
Aku lihat bahan dia cam lebih kurang sama dengan acar timun
yang bezakan cuma timun + nenas dengan nasi + rumpai laut.
So, adakah aku boleh buat sushi aku sendiri?
Wat acar timun pun tak reti lagi nih
(walaupun dah di ajar sorg member nih)

Wednesday, December 9, 2009

Hurtin' of Observin'

Kadang-kadang,
Aku lihat tentang seorang ayah membeli mainan untuk anaknya,
Ataupun gadget-gadget canggih untuk anaknya,
dengan harga yang sangat mahal,
sedangkan di kedai itu sahaja yang mahal
sedangkan di kedai lain harga jauh lagi murah,
"Rm1000 dan RM500 jauh bezanya",
Betapa mudah peniaga mengaut keuntungan bagi mereka yang tidak mengetahui,
Lain kali kenalah buat 'survey' dulu dan jangan beli sesuka hati,
biasanya seorang ayah yang berumur yang akan lakukan begini,
beli barang di tempat pertama yang ditemui,
dan tidak tau apa-apa pun tentang barang yang nak dibeli,


Moral of the story
Kalau kita nak pergi beli barang yang kita tak tau sangat pasal benda tu,
Bawaklah seorang kawan yang arif tentang benda tu,
Kalau tak, kita akan menyesal kelak.
Karang pendrive 4gb yang berharga Rm35 kita beli dengan harga rm100






Masa akan datang.


Tuesday, December 8, 2009

Kawanku hilang suatu yang dicintainya

Hayatilah perasaan ini
bila hari ni kita bercakap riang dengan orang tercinta
Besoknya kita bersedih kerana orang tercinta
Kerana orang yang dicintai sudah pergi tinggalkan kita selamanya









Takziah buat Fitra sekeluarga
T.T

Tuesday, December 1, 2009

Big for Small

"Technology rise exponentially"

Dulu masa aku masih kecik, aku ada terbaca satu artikel tentang teknologi,
Orang yang buat kajian tu kata, teknologi akan berkembang secara 'exponential'
Di mana kalau kita boleh lihat, dari dulu penciptaan telefon semua tu,
semuanya berlaku dengan perlahan-lahan,
tapi kini kita sudah masuk ke zaman moden,
suatu penciptaan baru akan cepat diganti dengan penciptaan lain.

Boleh kita lihat pada size MicroSD di atas
Pernahkah anda memegang MicroSD?
Kecikkan?
Tapi tengok size yang diatas
16GB!
kecik-kecik cili api (btol ke nih?)










Suatu hari nnt, mesti ade MicroSD 1Tb