Tuesday, January 27, 2009

Do You Want To Be Creative?

Add Image


C.R.E.A.T.I.V.E

This would be my last vid for this current time...
I must stop!
Before I forgot to study!
HuHu

Bila kura2 ingin mencuba..

Monday, January 26, 2009

Childish

"Payung ade kan? Bwk?"

"Ade, tapi kat bilik"

"Ish, berhujan la ek?"

"Abes tu"

Meredah ujan!
Tapi bukan lari, hanya berjalan.
Kebudak-budakan~

Latest Masterpiece~

Sunday, January 25, 2009

Tutuplah Mata itu

Kali ni,
tak boleh nak mengacuh-acuh lagi
sudah muak untuk mengeluh,
sudah muak untuk tertekan,
maka
tutup la mata itu,
tido la hati itu,
jgn kau bangkit sebelum tiba masanya
biarlah yang lain terus berhadapan dengan situasi yang merungsingkan
ku tidak boleh berjuang lagi dalam dunia itu
tiba masa untuk ku berundur
dan menunggu masa yang lebih baik~

Wednesday, January 21, 2009

Bila nak bernafas terasa sukar

Sem ni ade 4 lab,
bersedialah wahai kawan2ku,
sediakan lab coat anda!
Lame benor x pakai lab coat nih,
adakah muat lagi lab coat foundation dulu nih? XD

Sem ini pastinya sem yang sangat sibuk,
4 lab, 4 communication presentation, mediatour, beyond horizon, dan lkp
harap xde la halangan yang besar2
ayuh!


PS: mungkin akan jarang wat post baru2 nih, sbb terlalu xde idea dan kesibukan sampai mengeluh pun leh tersesak nafas skit (@.@)

Sunday, January 18, 2009

Tahun 2

Yeah, 
tahun ni,
Adikku yang paling kecik dah masuk darjah 2.
kecik2 camtu pun dah dilantik jadi pengawas,
mmg pengaruh adek bradek btol la,
cume si abang sorang ni je x penah jadi pengawas,
ketua kelas atau bendahari tu bese2 je,
XD

Serentak dengan adikku dah tahun 2, 
aku pun dah masuk tahun kedua sebagai siswa.
aku sungguh tak percaya walaupun dah pejam celik banyak kali,
tahun 2, atau 2nd Year, dulu hanyalah seperti
"oh, tu senior"
tapi, skang aku la senior itu,
dulu, asyik berangan2,
agaknya bila aku dah 2nd year, aku jadi macam ape ye,
tp bila kini aku sudah 2nd year, terasa sama sahaja.
mungkin,
peredaran masa buat aku tidak sedar akan apa2 perubahan.
yakni,
pendirian dah berubah sikit demi sikit.
um2

2nd year 1st sem,
penjelajahan di tahun baru akan bermula!



"Dean's List bukan angan2 kalau kita berusaha untuk mencapainya, berjihadlah wahai mujahidin!"

Friday, January 16, 2009

Last Holiday Week Shots




The Moon (credited to Nash's tripod)


Blok v4 Pue + v4 Kafe


Kucing yang dapat makan burger foldover Media tour 09



Kucing hitam~


(jgn kacau la!)



Mak Cing v4 yang dah beranak dua. tapi anak kucing ni takot orang, susah nak dpt shot ni!


Bila anak kucing oren dah lari, tinggal si hitam teragak2 nak lari


(lari pun hang si hitam! mak cing je relek2.hehe)


(Takot orang nampak...)


Bila si hitam nak duk dekat mak dia je


Hate

Dear me,
Put that hate out of your heart please?
She's not yours, thus she could do anything she want to do.
Ok?

Thursday, January 15, 2009

Shallow~



Shallow~
plz comment~

p/s: Baru rase yang buat vid bukan senang, tp pratice make perfect kan? Asyik belajar je, tp kurang prektis, aku masih x terer sih. praktis3

Monday, January 12, 2009

Bila Cuti dah Nak Habes

Yey,
UTP!

sudah 6 minggu aku berada di rumah,
bercuti sakan sampai duit pun dah nak kena control
akhirnye pulang jugak aku kat universiti yang tercinta (cece)
dengan harapan sem ini, aku dapat buat yang lagi baik!

Walaupun belum dapat duk bilik sendiri lagi,
duk bilik sebelah pun dapat buat macam bilik sendiri.
bez betol sebab dapat tido nyenyak,
dan dapat dengar bunyi jam henset pagi2
(tapi, kena kat umah x boleh??)

Tetapi,
sem ini berlainan dari sem2 yang dulu,
adik sudah masuk utp,
kena la jage pulak.
kawan2 pun dah ade berlainan arah,
harap nanti same2 la jugak.
kan2?

Minggu ini,
minggu sibuk pulak.
xde mase utk bermain2 sangat
hanya dengan kerja, kerja dan kerja
(nape aku panggil ni kerja ye...)
MT09 yang agak mentensionkan,
dan
BH yang mungkin menghiburkan,
yeah.
mujur ade kawan yang jadi tempat aku meluahkan,
jadi tak perlu aku pendam macam dulu2 lagi
yeah~

Thursday, January 8, 2009

Road Trip Snap

~Smart~
(KL Sentral Monorail)

Kerusi Dawai atas dawai atas tasik
Sentul Park

Road Trip lagi~

Yeah,
hari ni wat road trip lagi!
Tapi kali ni aku pegi sorang2 je,
sebab kalau ajak orang,
mesti dia banyak merungut
haha

Ini Road Trip aku kali nih

1. Dari Lembah Keramat naik teksi ke LRT Wangsa Maju,
2. Dari Stesen Wangsa Maju,naik lrt pergi ke Stesen Taman Melati,
3. Dari Taman Melati,naik teksi pergi ke Anjung Rahmat Inn,
4. Dari Anjung Rahmat Inn, naik teksi pegi ke Stesen Melati
5. Dari Stesen Melati,naik lrt pegi ke KL Sentral
6 Reload Touch N Go kat KL Sentral
7 Dari KL Sentral pergi naik KTM Komuter pergi ke Sentul
8 Dari Sentul, naik teksi pergi ke Sentul Park
9 Kat Main entrance, jalan kaki dekat 1km sampai ke KLPAC
10 Dari KLPAC,jalan kaki pergi ke Sentul Park punye taman ^.^
11 Dari taman tu, jalan kaki pergi Koi Center kat sebelah tu
12 Dari Koi Center, jalan kaki 1km lagi pergi ke Main Entrance
13 Dari Main entrance, naik teksi pergi KTM Sentul
14 Dari Sentul, naik ktm pergi KL Sentral balik
15 Solat
16 Sesat2 dalam Kl Sentral cari jalan kuar g Monorail
17 Naik Monorail KL Sentral pergi ke Jalan Imbi
18 Dari Jalan Imbi pergi Lowyat
19 Dari lowyat pergi sungai wang
20 makan
21 Dari sungai wang pergi monorail Bukit bintang
22 Dari Bukit Bintang pergi Bukit Nanas
23 Jalan kaki 250m ke LRT Dang Wangi
24 Dari LRT Dang Wangi, naik lrt sesak balik ke Wangsa Maju
25 Dari Wangsa Maju, pergi ke pekan kat Desa Setapak, sebelah LRT je
26 Balik ke LRT Wangsa Maju
27 Naik teksi sampai depan umah
28 Sampai Umah~

Haha
Detail tuh~
semuanye berlaku dalam 5-6jam
penat~

hasilnye,

dapat survey Anjung Rahmat Inn,
dapat tgk KLPAC punye tempat
dapat tangkap gmbr bez,
dapat tgk ikan koi besar2 (woh)
dapat beli dua 2gb RAM
dapat result bez bile balik


yey
laptop ku dari ram 2gb dah naik ke 4gb
tahniah laptop!

Tuesday, January 6, 2009

Kucing "Blakang Umah"






"Shizuka"


Hanya seorang yang tak bisa menetapkan diri,
Seperti sampan di tengah gelombang,

Hatinya keliru dunia berbeza,
hidupnya asing seperti di negeri orang,

hatinya batu, mulutnya kaku,
telinganya pekak, matanya buta,

tuhan nampak hatinya yang kotor,
tapi semakin kotor dan kotor,

inginnya mengadu, inginnya memberitahu,
tapi jawapannya, tidak pernah puas,

gelisah, hinanya tidak tahu mereka,
masalahnya tidak tahu mereka,

jatuh dia gaung yang dalam,
jerit dia pinta bantuan,

siapa tau diri dia?
siapa sudi bantu dia?

adakah bisa, dunia berbeza,
tembung disatu titik?

Monday, January 5, 2009

Sunday, January 4, 2009

Saturday, January 3, 2009

Got knowledge but not experience yet~

Adobe Photoshop;
3DS Max;
Adobe After Effect;
and currenlt try to understand Sony Vegas

4 software editing yang hebat,
yang membuatkan video2 gempak time montaj
mahupun poster2 yang menarik perhatian ramai,
ataupun efek2 3D yang memukau orang yang melihat
terbukti di filem Cicakman
dan yang setaraf dengannya

aku cube belajar untuk menggunakannya,
susah~
photoshop aku sudah mahir sedikit
setakat2 nak buat color correction atau simple2 je dah reti.
tapi
untuk lagi 3 software
video editing software
aku masih tidak ade pengalaman.
susah untuk mendapatkan pengalaman itu.
mungkin sebab aku belajar sendiri,
mungkin ade yang aku tertinggal.
tapi aku tak mau mengalah
pengalaman/bakat boleh diasah.
tapi,
bagaimana nak mula?

The road has to be found
and The Dutchman must have a captain. XD