Tuesday, June 30, 2009
Sunday, June 28, 2009
Tuesday, June 23, 2009
Monday, June 22, 2009
Cerita aku,kau dan dia.
Melihat hujan dari dalam kereta adalah satu aktiviti yang menenangkan. Lebih-lebih lagi jika lewat senja dan banyak kereta sudah memasang lampu masing2, sambil mendengar lagu-lagu yang 'slow' dan 'jiwang'. Aku sukakan saat ketika itu. Sungguh indah menjiwang dalam kereta. Melayangkan fikiran, sambil menikmati hujan yang sejuk. Itulah aku, Hilmi, seorang pelajar tingkatan 2 yang sedang ingin mengerti apa yang berlaku dalam hidup.
"Min, aku tak sangka dia minat kat kau pulak" Sebaris ayat yang tergiang2 di mindaku ketika itu. Memikirkan nasib diriku yang tidak keruan. Seorang yang ku minat sudah jatuh cinta pada kawan rapatku, yang ku panggil Min.
"Nasib tak menyebelahiku", monologku, dalam hujan yang sinis.
====================================================
Min adalah kawan baikku, dia yang banyak menemani ku ketika di sekolah. Duduknya dia sebagai jiran meja sebelah, aku banyak berceritakan kepadanya. Hinggakan kepada gadis yang ku minat pun dia sudah tahu. Min seorang yang baik. Dia mendengar rintihan hatiku tanpa banyak soal, hinggakan sanggup membantuku untuk menyiasat gadis idamanku itu. Namun, kini keadaan sudah berubah. Arifah menyukai Min, bukan aku. Strategi kami berdua gagal. Aku tersisih dari perjalanan ini.
Aku datang ke sekolah dalam keadaan tidak tenang. Masakan tidak, aku akan terserempak dengan Arifah, ketika kelas Pendidikan Islam. Arifah berada dalam kelas berlainan, cuma ketika subjek Pendidikan Islam, kelasnya perlu datang ke kelasku. Duduknya pula di belakang Min, tempat yang di mana sepatutnya sorang pelajar india duduk. Pelajar-pelajar bukan islam akan berpindah ke kelas sebaliknya ketika itu. Aku pula melarikan diri ke meja yang jauh dari Arifah. Kerana duduk didepannya tidak seronok, aku tak dapat melihatnya.
Tetapi, pada kali ini, aku lihat dia sungguh seronok duduk belakang Min, meskipun Min jarang menoleh ke belakang. Aku cemburu. Arifah tidak menoleh ke arahku. Aku bukan sesiapa.
Tiba-tiba, pembarisnya jatuh ke depan. Aku cuak. Apakah reaksi Min? Aku bermonolog. Dan seperti yang ku bayangkan, Min mengambil, dan memberikannya kepada Arifah. Hatiku remuk, mereka saling berpandang. Arifah senyum dan sipu-sipu malu. Pandangan seorang yang dicintai boleh mencairkan hati yang lembut itu. Dan saat itu, aku bertekad untuk mendapatkan pandangan itu, dan oleh itu, aku tak akan putus asa!
=================================================
Hari ni, bermakna sudah 3 tahun aku 'break up' dengan dia. Kami sudah tidak sehaluan. Lain-lain dengan hati masing-masing. Aku sudah menjadi matang, sudah pun lulus SPM. Min pula sudah berjaya, dan sedang bertungkus-lumus untuk menjadi seorang Engineer di utara. Kisah itu sudah jadi satu sejarah besar dalam hidupku. Saat-saat itu tidak mampu dilupakan. Min pun sudah maju. Dia pun sudah punya sesesorang dalam hatinya. Perlakuan Min menolak cinta Arifah, amat-amat aku hargai, dan maafkan ku, Min, kerna peristiwa itu membawa bahana ketika tahun itu.
Dan kini, semua menjadi nostalgia manis~
P/s : Apekah? kenapekah? Haha, ni la kesannya bile aku tibe2 jiwang. argh, tapi 50% pas tulis citer ni, jiwang mode hilang, namun, aku sambung2 tulis gak. Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. kan2? Ngehe. Lame tak menulis karangan BM, lagi lame x membaca novel, mahupun cerpen. Jadi, citer ni saje2 je, xde teringin nak wat macam betul2 novel mahupun cerpen, mahupun karangan BM. Make it leisure, don't take serious. Yee ha.
Sunday, June 21, 2009
Kucing2
Saturday, June 20, 2009
Friday, June 19, 2009
Trademark test 3
Aku : Argh, nape vid yang kau rakam ni x sharp?
T90: Sori la kapten, daku yang serba kekurangan.
FS3 : Padan muka kau T90, kau dah wat kapten frust beli kau. HA HA HA
Aku : Dah beli, nak wat pe. sedih, nak masuk after effect ngan premier pro x lepas kot
T90: Ampun kapten, ampun!
Aku : Xpe2, meh kita explore kau dalam2 lagi. kot2 kau ni ade hidden power.
Fs3: Kapten! xkan t90 je kot. x aci la.
Aku: Ye la, aku tgk kau gak nnt. duk diam2~!
P/s : Agak musykil n noob utk proses vid cari camera tuk letak dlm after effect, cam buruk je bile lame2 tgk. ah, nak DV xde duit, nak beli miniDv leh tukar hasrat beli camera baru.Jalan masih jauh, haish, masih jauh!
Thursday, June 18, 2009
Trademark test 2 + Irwansyah!
2nd test, more coming. haha, blog ni x operate sgt wat mase2 nih
Idea! aku perlukan idea!
=============================================
Tinggalkan Aku
Irwansyah
Kau yang mau
Aku tak ada lagi
Di dalam hidupmu karena kau t'lah bosan
Kau yang bilang
Kini kau t'lah berubah
Tak ada yang bisa kau harapkan lagi
Uuuhhh... ku kira waktu yang kan menang
Kusalah
Uuuhhh... pergilah bila kau inginkan pergi
Tinggalkan aku, tinggalkan aku
Jangan pikirkan teruslah melangkah
Aku tak penting untuk dirimu
Carilah, cari bahagiamu itu
Ku t'lah pasrah
Dengan keputusanmu
Percuma semua dipaksakan
"x tujukan kat sape2 ye, cume memahami lirik, dan lagu yang sedap"
Wednesday, June 17, 2009
Persoalan
1. Kenapa sejak dulu2 lagi, power rangers warne merah mesti jadi ketua? Nape mesti merah?
2. Pastu, nape kalau dalam sukan skolah pulak, nape rumah biru slalu akan menang?
3. Citer2 yang melibatkan sukan, hero/heroin mesti akan menang. x kire la last minit ke, last2 minit ke, mahupun abes mase tp opponent langgar peraturan.
4. Nape aku merepek nih?
Tuesday, June 16, 2009
Sunday, June 14, 2009
Aku ingin buat seperti ini
Aku ingin buat seperti yang mereka buat,
Walaupun apa yang ku akan buat bukanlah assignment ataupun project,
mahupun ia membantu ku untuk final exam,
tapi aku ingin buat,
untuk Beyond horizon II nnt,
insyaallah buat lagu
Malaysia Artist - Here In My Home,
lagu ni dah wat da utk MAS batch mane ntah,
so,
planning nak wat versi lain plak.
hahah
agak cemburu tgk video team mas may 09,
mahupun medtech2 sekalian,
tapi nape,
aku tak suke medtech,
sejak Media tour ritu
No Offense please..
dan sorry kawan2ku yang medtech~
Friday, June 12, 2009
Friday, June 5, 2009
Senja
Found this picha
Hari tu mase nak format laptop,





main folder lupe nak backup,
hampeh.
Backup folder pulak x update dah brape lame ntah.
jadi ade certain2 hasil kerja hilang gitu saje.
diganti dgn folder backup dari pendrive lame.
hari ni,
baru teringat yang dlm folder lame dulu,
aku letak gambar utk background dlm window tu
dan kini gambar itu masih ade
'hidden'
di setiap file dalam folder:-
Hisashiburi ne!

Aku dan Fadhil
(lost contact ngan dia)

Time dinner ngan junior 408

Aku, Zakwan, Yusree, Farid, Hakim, Fadhil

Blok Aminuddin Baki Wing Atas

Kami yg slalu bersama time tu
Hakim, Farid, aku, Zakuan, Amir, Yusree, Fadhil
Thursday, June 4, 2009
ReVoLuTion
1 revolution = 2(pai) rad
Haha.
Dah setahun sejak ade kamera 8MP, kini keluar pulak kamera 12MP. Makin hari, MP makin sama ngan DLSR sendiri. Makin tinggi MP tu, yakni MegaPixel, makin berkualiti la gambar yang di amik itu. Sbb tu la kompeni2 yang wat kamera ni slalu nak wat kamera yg ade MP yang lagi tinggi. Makin tinggi, makin besar la size gambar itu jua. Yang penting, kualiti gambar itu. Tapi, tahap MP ini masih tak dapat menandingi kamera filem biasa (kot). Dulu2 zaman kamera filem, xde la plak ade produk2 baru yg buat gambar tu makin hebat. Gambar masih sama seperti itu. Xleh nak nafikan, quality kamera filem adalah yang paling baik skali. Cume, skang agak payah bile sume makin maju. gambar2 sume simpan dalam komputer je. Jadi, kamera filem sudah tidak penting. Kamera digital yang ambil alih. Namun, kamera digital yang ada kini masih belum mampu nak tanding kamera filem. Andaianku saje. Harap betoi.
Kini aku berdua kamera. Kamera Panasonic DMC-FS3 yang telah berkhidmat dengan baik dan Sony DSC-T90 yang baru masuk dalam famili. Dua kamera yang berlainan kehebatan. Masing2 ade kelemahan masing2. Akan ku kekalkan dua2 kamera dalam famili ini. Kenape? Sbb aku sayang dua2. Pana aku kagum dengan lcd dia dan leh amik gambar bulan bintang dgn jelas, malah dah sebati dgnku selama setahun(ramai pun tau ni). Dan Sony pula hebatnye pada videonya dan hal2 yang sukar diamik gune Pana (aku leh bokeh akhirnye!). X akan aku jual dua2. walaupun mungkin banyak orang pelik~
Aku bukan photgrapher hebat. Camera pun x slr mahupun pro-sumer (macam chong @ rufai, kot). Adenye kamera ni aku terhad kepada kemampuan kamera itu sendiri. Kagum melihat gambar2 kawan yg ade slr nih. Bleh tukar2 lens yang mampu capai gambar2 yang lagi hebat. Kamera aku cume lens biasa. tak hebat. Namun tak bermaksud aku x bleh buat gambar2 yang hebat. eheh. Dgn lens Leica dan lens Carl Zeiss, aku akan jangkau kemampuan kamera aku! think out of da box. beyond the horizon. eheh. Beyond Horizon!
Subscribe to:
Posts (Atom)
