Thursday, December 9, 2010

The 4th wife

Setelah menunggu berminggu-minggu,
akhirnye DSLR yang ku beli berminggu-minggu lepas, siap pun dengan lens dan memory card.
Betapa lama bersabar, kumpul duit slow2, baru hari ni, 9 Dec 2010, aku dapat beli lens 50mm yang aku nak utk lengkapkan kamera aku tu. Ohye, ramai tak tau lagi nih.

Okeh

Dslr yang aku beli ialah Canon 350D. Dslr yang dilancarkan pada tahun 2005. Jadi, ini Dslr lame. Bukan yang latest, atau yang 2nd latest. Ni Dslr yang kedua Canon buat time tu. Jadi function dia banyak basic je. Xde la power macam Dslr skang ni, bleh rotate sini sane, bleh flip screen, bleh shoot HD video.

Aku beli dengan harga RM500 je. Aah, btol, tak silap tulis, memang Rm500 je. Dslr 2nd hand milik couple Cina yang tinggal di penang. Ia dah digunakan selama 3 tahun sebelum dijualkan kepadaku. Condition? Luaran ok, dalaman...tengah nak evaluate lagi. Haha. Tibe2 jadi noob Dslr sejak asyik gune compact dan Nash dah jual Sony a350 dia tu. >.<

Mane2 skang orang dah terer amik gambar dengan Dslr. Ade la staff2 bosch pun yang main dslr. Ade yang shoot wedding, shoot street, mcm2 pun ade. dapat la kawan2 skit. Sampaikan ade sorang staff dept ni, bile aku kate aku xde lens lagi, dia jual kitlens kamera dia yang dah tak digunakan dengan harga Rm50 je. Aah, btol, memang tak silap tulis. RM50 je! Harge tu memang boleh buat mata orang terbeliak, sebab 2nd hand pun orang jual rm300. Sape taknak rembat kan? Rezeki.

Memori kad pulak beli minggu lepas. RM80. Amik yang biase2 4Gb dan yang ok2 skit. Cukuplah 4Gb. Lumix Lx3 aku pun tak pernah full 4Gb kot.

Dan hari ni, akhirnye aku angkat lens 50mm 1.8. Lens yang sharp (orang kate) dan murah. Rm290 je aku beli dekat kedai kamera yang murah di sini. Dan kini sedang bermain-main dengan lens tu. Still tak faham ape itu sharp. Ke aku yang tak reti gune? Atau sebenarnye dslr ni mmg dah bad condition dan orang tu jual buat2 mcm elok lg? >.<>

Ok, total aku spend? RM500 + RM50 + RM80 + RM290 = RM920. Aah, rase ni memang tak silap kire. Rm920 utk semua ni. Kalau aku dah boleh shoot dengan baik (dslr terasa berat, shutter dia pun boleh inflicted tangan aku sendiri >.<, noob kembali!), ni lah pelaburan yang terbaik, selain Lumix Lx3 tu. Malah harga ni lagi murah dari Lumix LX3 tu (RM1400). Dulu memang target nak simpan duit, lepas intern beli dslr yang harge around Rm1.4k. Tapi, dah jadi gini, rase jimat sangat. Hehe2

Mesti ade yang tertanye2 jugak kan, nape beli dslr since dah ade lumix lx3 yang hebat tu? Lumix lx3 tu hebat, tapi ade certain part, aku nak ceburi jugak dalam dslr tu. Tapi xde la aku abaikan lx3 tu. She is my favourite all the time. She is my 2nd wife! ^O^. 350D ni 4th wife je. Heh. Shooting pun ikut mood dah. Kejap mau shoot gune kamera ni, kejap kamera tu. So hasil pun berbeza. Yang penting tu pic, bukan kamera. heh.

Orait, stakat ni je la post kali ni. Just nak gtau kamera baru (eh, kamera lame, pemilik baru). Kalau ade salah silap, tegur2 la ye. Aku ni bukan star sangat pun. XP

Wednesday, December 8, 2010

19.5 hari lagi!

Hari ni 8 Dec. Sok dah 9 Dec. Lagi 21 hari berkerja je lagi. Oh, tolak 1.5 leave yang masih belum gune, bleh kate tinggal 19.5 hari je lagi. Eh, btol ke aku kire ni? Ohye, aku tolak dah cuti sabtu ahad, dan cuti krismas 24dec - 2 Jan so basically ikut kiraan, lebih kurang je la tu. haha.


Cepat ye masa berlalu


Staff-staff kat Bosch sume dah start tanye dah "eh, hang ni bile abes?", "eh, hang ade lagi ke?", "eh, hang ni brape lame kat sini?" , "eh, hang ni tak reti2 nak abes ke?". Boleh kate setiap hari mesti tanye benda yang same, cuma orang yang berbeza. Ade yang macam nak halau aku (haha), dan ade yang nak exploit aku lagi (huhu..). SV punye project pun baru tgh aktif, jadi agak busy la hujung-hujung bulan ni. Tgh build run minggu lepas yang memenatkan, sebulan pastu kena build utk next phase, malangnye AKU ADE LAGI WAKTU TU. Akhir2 intern pun masih nak dikerah habis-habisan. Tak syok btol. XP


Nak abes intern ni, dah nak kena keluar dari P.Pinang ni lah.
Uih, mesti banyak kenangan kang kat sini. Ni yang nak kena melawat tempat2 yang tak pergi lagi (mengalahkan org yang duduk pulau pinang sendiri).

Tapi, ikut perancangan, awal sem depan, akan ke Penang lagi. Tapi tujuan bawak member bersiar2. Haha. Agak2 bleh aku ajak husni p skali, bleh bawak dia jumpe awek dia. Opss. =P

Orait, ni sekadar update terkini,
bajet macam Quick update Zureen la jugak
cume biase2 je.
Heh3

Thursday, December 2, 2010

7 Isteri,4 kekal, 3 cerai + 1 gundik

Isteri pertama
- dah 6 tahun berkahwin
- makin ditinggalkan
- Sayang dah makin berkurang
- Tapi tibe2 diberi perhatian balik
- Masih belum diceraikan

Isteri kedua
- 2 tahun lepas baru kahwin
- Sayang, cinta hanya sementara
- Terpaksa diceraikan...sob2...tapi cinta masih ada!

Isteri ketiga
- Kerana tidak puas hati dengan Isteri kedua
- Isteri kedua tak reti memasak sedap-sedap
- Ingat Isteri ketiga boleh la masak sedap-sedap, rupenye same je!
- Cerai...cinta tinggal sipi2

Isteri keempat
- Sebab nak cukupkan empat? oh tidakkk
- Kerana Isteri2 lain tak cukup memuaskan nafsu suaminya ini (huh?)
- Cinta hanya sampai ke tengah hari, bercerai di petang hari.

Isteri kelima
- Isteri kedua selepas dah cerai yang 3 atas nih
- Antara yang paling disayangi
- Akhirnye dapat puaskan diri
- Tak lame lagi nak anivessary. hihi
- TAK AKAN DICERAIKAN!

Isteri keenam
- Janda tua, tapi cantik
- Ape lagi, bikin isteri ketiga yang baru!
- Shift dia pendek berbanding isteri pertama dan kedua
- Takpe, dia ni memahami. Heh

Isteri ketujuh
- Berkenan tibe2
- Kawen pun tiba2
- sebab kawin? Nak cukupkan EMPAT!!
- Ok, atas tu main2 je
- Yg ini untuk melengkapi isteri2 lain
- Harap2 betullah, tak lama lagi nak berbulan madu
- Maklumlah, baru kawin! XP

Gundik
- Ops, jangan bgtau Isteri2ku
- Ni aku slalu bawak dating
- She is simple, but attractive
- nak kawen, tapi kuota dah cukup
- buat gundik sajalah!

Thursday, November 25, 2010

Automotive

Why Automotive? Why not Material? or Energy? or Petroleum? or Manufacturing?

Masing-masing dah mula menyusun masa depan. Memilih satu major yang mereka minat. Dan yang pasti budak-budak Meche 007 akan pilih antara ini.

Aku pilih automotif, sebab nama dia sedap (haha, benar). Sebab kalau aku tengok major lain, semua pun menarik di hatiku (kurang di manufacturing). Tapi, aku menetap niat untuk automotif. Setelah setahun menghadapi masalah dengan Cik Wira + Asyik2 terbaca pasal Bosch automotive technology kat luar negara, dah cukup buat aku tertarik dengan automotive. Bahkan Pak Usu ku kerja di honda bahagian....(lupe plak, tapi part2 advising, ape ntah nape term tu, cess lupe).

Sedikit sedih bila tengok Rivalku a.k.a Aibou ku a.k.a Husni pergi ke arah Energy. Bukan la di sini nak dia same dengan aku je. Dah semua ade haluan masing-masing, takkan masa depan nak ikut kata kawan jugak kot kan. heh. Lepas ni tak boleh nak rival2 sangat. Kelas pun dah lain2. tsk.

Korang dak2 meche 007, pilih la major yang korang betul2 korang nak ye. Bukan major yang ikut kawan. Jgn la plak major tu korg tak minat, tapi kawan ramai masuk, korang pun masuk je. Mungkin lame2 korang minat, tapi mungkin korang tak akan minat. jadi, wat pilihan betul2!



P/S : dulu aku fikir manufacturing, tapi lame2 aku pergi ke Auto. Staff di Kilang bosch byk psycho aku takyah amik manufacturing. Haha

Sunday, November 21, 2010

Kalau tiba-tiba

Kalau tiba-tiba aku cakap aku dah beli dslr,
agak-agak ape reaksi orang sekeliling?

hm....


Preparation belum tamat

Wait till its ready then I tell you all what just happen.

=D

Friday, November 19, 2010

Zahidah - Lagu Teman

Pertama Kali Kita Berjumpa
Tidak Kepastiannya Ternyata
Diriku Dipenuhi Soalan
Ku Tiada Teman

Aku Terlihat Insan Yang Keliru
Air Yang Deras Mencermin Wajahku
Engkau Menjelma Memberi Harapan
Menghulur Tangan

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Detik Masa Kini Kedengaran
Aku Mengucap Selamat Jalan
Kepada Teman Yang Sering Menghibur Dengan Gurauan

Bagaikan Anak Yang Baru Dilahir
Titisan Mata Pun Mula Mengalir
Di Simpang Jalan Kita Menyebut Kata Terakhir
Whoaaa.....Hoaaaa...

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu

(Music Bridge)

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu

When...

When you are proposed by certain someone to marry certain someone,
at first it feels ackward and you don't like it
but then afterward you feel funny, that you're actually proposed.

Pertama kali dilamar begitu...teruja aku beberapa hari.
Siapa yang melamar, dan untuk siapa, itu tak perlu tahu.
rahsia dua alam. ahaks2
Di sini cuma nak berkata, aku sudah pernah dilamar. =D







Wednesday, November 17, 2010

Mistake

Berlaku kesilapan dalam post (mini) QR Code di mana gambar tu tak boleh di donlod untuk di apply dalam website yang dimentionkan. tetapi kini dah boleh. maka, cuba la ye!





hihi

Tuesday, November 16, 2010

Sensor


Ini size sensor kamera. Compact dan DSLR, mahupun filem.
Ape relevannya di sini?
Makin besar sensor kamera, makin bagus kamera tu.

Compact yang murah2 (mahupun mahal), sensor dia kecik je, range yang paling kecik tu, jadi kualiti gambar akan berkurang (tak kate tak boleh amik gambar cantik, still boleh). Makin kecik sensor dia, makin kurang lah kualiti dia. Sensor DSLR pula, yang APS-C tu. Kalau banding dengan compact, besar kan size dia! Ni nak kate kalau 10Mp compact sensor banding dengan 10Mp DSLR sensor, memang DSLR akan menang. sebab dalam compact sensor, 10MP tu padat2, tapi DSLR sensor tak sepadat itu. Ability untuk tangkap cahaya lagi better dan kualiti mestilah better.

Tapi sedarkah?

Kamera filem zaman dulu2, compact mahupun Film SLR, semuanya pakai 35mm "Full Frame" sensor tu. Kamera dulu2 sebenarnye lagi hebat dari sekarang. Tapi dah mula tenggelam dek zaman. Mujur still ade fanatik filem photography lagi. heh. Medium format tu plak biasenya untuk studio punye kamera. Ade untuk filem, ade untuk digital. Kalau digital, harge dia sangat mahal, rm10k gitu kot, size gambar pun pergh, 20-30MP kot. sesuai kalau nak buat poster besar2 gedabak.

Four third system tu ape plak?
Aha, ni lah revolusi baru dalam dunia photography. Yang korang ade nampak kamera dslr yang kecik tapi boleh tukar lens, tu pakai four third system. (Macam GF1 yang dulu aku habaq). Revolusi kamera kecik tapi power baru je start. Kot2 suatu hari nanti, compact camera akan pupus dek zaman. heh


FYI, Lumix Lx3 aku punye sensor yang 1/1.6" tu, same gak ngan LX5. sensor compact yg paling besar antara compact lain. Sebab tu quality better. tapi tak boleh challenge DSLR atau Four Third la. heh.

Sekian, post yang terdetik di jiwa.

Google Latitude


Pernah kah anda terjumpe satu product dari Pakcik Google yang bernama Latitude?
Tahukah anda apa itu Google Latitude?
Haa, bagi sesape yang ade Google Maps mobile mesti pernah kenal Latitude ni.
Product yang menarik....kalau digunakan dengan betul lah! heh.

Google Latitude ni boleh detect location korang kat mane. Walaupun korang tak pakai GPS, dia still boleh detect. Via ip kot kalau tak silap. Bagi yang gune google maps mobile, yang tu memang guna gps, tapi kalau via komputer, yang tu gune ip address.

Benda alah ni nampak macam takde faedah sangat kalau boleh detect tempat sendiri je. tapi, kalau kita add friend dalam latitude ni (ie : kawan2 kite yg ade gmail), kite boleh detect diorg kat mane gak. Ni senang la kalau nak pergi ke rumah member, tak payah susah2 mintak alamat dan sesat2. Gune google latitude cukup, boleh tau dengan tepat kat mane rumah member. Kalau gune via mobile+gps, senang la nak cari rumah kawan. haha.

Since benda ni pun mobile+gps, kalau korang dan member korang pun online, korang boleh detect kat mane kawan korg berada, kot2 dalam pc fair KLCC korang sesat, senang nak trace, xyah susah2 nak pergi cari2 dalam hutan manusia tu.

Bawah ni screenshot Google Latitude aku.
Tengok member2 aku tu, dak2 Blackberry tu! haha
Nway, kalau mobile tenet dah maju dan murah dan berguna,
korang gune la benda ni
Privasi hanya kepada friend yang korang add je
Still, korang boleh hide location korang jugak,
mane tau ade paparazi antara kita semua.
hak2
add la aku kalau korang mahu. kot2 nanti jadi satu product yang berguna. XP

Photobucket

Sunday, November 14, 2010

(Mini) QR-code

Photobucket


If you can decode this, then you can read my short post. =)


*Gambar di atas boleh didonlod dah*



Saturday, November 13, 2010

Pelanduk Dua Serupa

Salam Alaik
*Ok, jumpe idea posting lagi*

Setelah lame berkerja di Bosch, akhirnya aku dapat mengenal banyak staff dalam bosch tu. Bukan setakat dalam department, malah department sebelah, sebelah sebelah, mereka yang berkerja di bahagian quality, bahagian HR Bosch satu lagi, orang german yang datang Penang mesti cari aku, pak cik cleaner kantin yang slalu imam/bilal di surau, operator2 indon, vietnam, malaysia, pakcik2 keje kat shipment dan macam. Dan yang aku tertariknya, aku jumpa beberapa yang seakan-akan mereka yang aku kenali.

Antara mereka itu adalah Faris Akmal dan Lukman Hakim (hohoho, hosmet tu). Ade sorang staff ni aktif, boleh dikatakan kalau dia ajak staff lain untuk gathering something, mesti berjaya, serupa macam Faris. Gaya, perwatakan, cara cakap pun lebih kurang. Hebat! Dan yang sama dengan Lukman Hakim ialah rambut dia. Nak kate dia dah tua tidak jugak, tapi rambut dah beruban, macam man, cara pun nampak matang, cara cakap pun sebijik! Hoho. Ade jugak beberapa lain, tapi kalau sebut kat sini pun, bukan diorg baca pun blog aku. Dan yang lain2 aku jumpa pun cumalah lelaki, kerana staff wanita banyak chinese je, dan yang melayu2 sume tak kenal sangat....



*Ok, idea hilang, macam biase, tapi tetap post jugak >.<*


Thursday, November 11, 2010

Intern oh Intern

Salam alaik!

Sape la yang bace blog aku ni kan? Sori la kalau tak banyak post2 baru kat sini.
Asyik2 post dekat Mohlensa je. Bukan sebab tak banyak idea nak tulis, tapi bila tengok post-post lama, terasa jadi malas terus nak tulis. Hampeh kan? haha ^_^"

Post kali ni nak tulis pasal ape ye? Aku tengok blog post kat tepi tu, macam menarik je diorg post.
Najwa post pasal kamera baru dia, Wani post pasal dia tengah sakit (siap ade gambar aku tu, motif? ntah la), dan post2 lain mcm Zureen , Mardhiah (member taiping aku), Ipin (yang lawak je post2 dia) dan yang lain2 (penat nak link sorang2. haha)

Apa2pun, harap korang semua pun masih dalam sihat selalu. Dak2 celestica yang meche yg pue ni dah jarang aku nampak datang penang. Sama ada datang penang tak habaq atau sebaliknya. sob3. Papepun suka tengok korang masih update2 blog korang. hihi.

Intern tinggal 10minggu lagi je! Aku ade minggu depan satu hari je keje, pastu minggu krismas cuti seminggu. Jadi, aku ade 8 minggu je lagi. Hoho. Final report pun dah start nak buat. Baru wat sikit2. Banyak tu nak kena wat. Leceh3. Kerja pun makin kurang. Kerja ikut demand la katakan. Project leader pindah department la, project ni on hold la, macam2. Orang pun asyik muncul hilang je. Keje aku asyik2 je delay. Mujur aku ada henpon yang bleh connect internet (oh ye, diorg tak bagi aku internet kat tmpt kerja. T.T), jadi bukak la Twitter, Facebook, dan lain2 macam yang sepatutnye bukak di rumah. hehe.

Log book aku SV tak tanda lagi. Fobia dapat straight 3 masih bergema dalam kepala. Sejak week 11 ke 12 ke brape ntah, SV tak bagi lagi logbook aku. Lepas aku explain kat dia yang UTP amik markah dan masuk grade, dia akan bincang dengan aku pasal performance aku sebelum dia bagi markah. Tetapi sampai ke hari ni takde ape2 pun cerita. FYI, logbook aku SV aku sorang tak boleh tanda, sebab aku bukan sahaja berkerja dengan SV, satu department terus! Jadi, dengan sapa2 yang aku diberi kerja, dengan sapa2 tu lah yang kena bagi aku komen jugak. Banyak woh. Hari ni pun tiba2 SV kate nak jumpe aku nak bincang pasal performance. Cuak sampai ke sekarang ni. Harap semuanya berjalan dengan selamat. Kinda musykil kenapa aku lemah bab2 gini. Kalau study laju je bleh? Huhu.

Oh aku berharap sisa2 hari yang mendatang dalam intern ni, bawak makna yang baik untuk ku.





Monday, August 16, 2010

21:4

Ade orang intern goyang kaki,
Ade orang intern buat keje kerani
Ade orang intern susun2 matching2kan drawing
Ade orang intern kena design2, meeting2, present2
Ade orang intern kena buat shipping and keje2 mcm orang gaji
Ade orang intern jadi pak turut
Ade orang intern main tenet dan fb
Ade orang intern bosan sebab keje tak best
Ade orang intern sronok sebab keje best


Lain badan, Lain rasa
Lain semangat, Lain yang dapat

Sudah 2 bulan 2minggu
tinggal 5 bulan 2minggu

It's time to make changes!

Tuesday, August 10, 2010

Cerita Cik Wira di bulan Ogos

Bulan Julai sudah berlalu
Bulan Ogos pula tiba
Macam biasa, tiap bulan mesti kena repair sesuatu kat cik Wira aku nih
Dan kali ni, ekzoz makin meragam
Nak tak nak, pergi la cek.
Memang dah bocor tahap percik api bleh keluar smpi tercalar2 ekzoz.
Mujur tanki minyak maintain kool je. slamat2

Lepas tukar ekzoz, cik Wira tibe2 mood baik.
Musykil.

1) Pick up yang x lancar/kuat smpi gegar kereta kini sudah jadi lebih smooth
2) Idle kereta rpm cecah 2 kadang2 atau slalu.... skang dah normal 1- 1.5 gitu
3) Bunyi turbo kereta (bunyi asap kuar dari ekzoz yang bocor)... kini sudah jadi senyap
4) Aku boleh berenang dengan kereta, terasa rata je jalan raya yang beralun tu.



Pas tukar ekzoz ni,
tibe2 interest nak amik automotif meningkat
sebab agak musykil ape efek ekzoz kat performance kereta
xde blaja pun time kat UTP. hoho
time major automotive kot.
Wah3



*pasni kena tukar minyak hitam. Mesti sedap lagi ni. x sabar! :P

Ape pulak di bulan September ye.
Time tu time raya. mesti balik umah. mesti p workshop lagi. hehe

Tuesday, July 20, 2010

Harap

"suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya

aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu"


Hepi birthday oh

Monday, July 19, 2010

Tentang Cik Wira

- Tukar Compressor sebab jammed
- Tukar bateri - tibe2 kong. Pelik
- Tukar wiper - dah haus
- Tukar Cermin depan - pecah time accident kat taiping
- Betolkan lock kereta - ade pintu tak dapat lock
- Tukar Alternator - baru sedar rosak - tu yang bateri kong lagi sekali
- Tukar bateri - alternator rosak, bateri tak recharge
- Tukar Compressor - Rosak sebab adik wat keta accident
- Tukar Alternator belt - pergh, haus!!
- Tukar Grill depan - hilang time adik accident
- Btolkan balancing - part utk balancing da rosak, tukar gak
- Tukar Tayar dua ketul bia wat balancing
- Tukar shock absorber - dah rosak
- Hantar keta bikin ketuk - sebab dah kemik sebab accident adik wat
- Tukar tayar kat penang - tibe2 bocor tengah jalan.
- Tukar bateri - Apakah????? Cuba kurangkan penggunaan elektrik dalam keta.
- Tukar timing belt - dah abes hayat n wat orang takut tengah2 jalan xleh gerak
- Tukar kipas radiator - bearing dah rosak. kang jam mampus kang
- Bersihkan throttle n wat overhaul.


Pending

- Welding ekzos - dah bocor kat bawah
- Repair Horn - dah rosak
- Lampu dashboard - sebelah lampu dah terbakar
- Tukar hood depan - tak tukar lagi sejak accident kat taiping tu. Kalau tukar, kena ketuk lagi depan tu
- Getah kat bonet blakang dah x grip btol, air bleh masuk sesuka hati
- Tint cermin depan - blum tint lagi sejak accident kat taiping tu
- Btolkan alternator - Indicator tool aku kate alternator tengah low. risau bateri aku...
- Hmm....kite tgk bulan depan ape cer.


Ingat tu, beli kereta 2nd hand, kena terima risiko.




Sunday, July 18, 2010

Lx5




It will announce to the market by this 21st
The new model, replacing LX3
Appearance most likely the same
Only minor changes could see so far
Even the function is pretty much similar
Only the zoom increase, better sensor (with same MP as LX3
and better HD video.
They should at least upgrade functions for Lx3 too
>.<

Friday, July 9, 2010

Cicir

Bila aku cuba capai sesuatu yang baru,
sesuatu yang sudah ku miliki tercicir.
Apakah?
Aku ni acuh tak acuh sajekah?

"I wonder why, everything that I've done never lead to good improvement"

Monday, July 5, 2010

Bila dunia makin berkembang

Di Bosch, jumpe banyak orang. Macam-macam orang. Pelbagai gaya, pelbagai cara. Kebudakan, ketegasan, kebajetan.

Haha.

Hari ni dapat pulak makan dengan pak cik cleaner Indon. Berborak2 pasal kerja masing2. Pasal asal usul masing-masing. Dan pasal Agama. Heh.


Dah Week 5 eh. Lepas perjumpaan SV UTP dan SV Bosch, baru btol2 terasa best kerja kat Bosch. Diberi kebenaran pergi ke mana-mana dalam bosch tu. Tengok engineer-engineer wat kerja. Ade kesempatan, tanya la jugak ape diorang tengah wat. Kalau ade ruang, diorang mintak tlg kat aku gak. Engineer pun banyak yang melayu. So, engineer yang Cina Hokkien pun cakap gak la melayu. Akhirnye leh la faham ape diorang tengah merepek. Hehe. Klu duduk kat opis lak, klu ade Engineer tengah discuss pasal result testing diorang, aku bleh mencela utk tengok skali. Jadi spectator yang tgh nak faham ape yang diorg merepek. Haha.





Btw, 1st Visit aku mcm hari amik kat kad laporan time kat skolah dulu2. (bagi budak2 skolah biase la eh). SV bosch macam Ayah aku lak byk cakap2, SV utp yang banyak tanya2. Aku...duduk kat tepi, angguk2 saja. haha.
At least SV utp puas hati. Ngeh3



Monday, June 21, 2010

Intern

Amacam intern korang?

Seronok? Bosan? Tak best? Menarik? Suka? Tak Suka?

Semua orang rasa experience yang berbeza-beza.
Ada yang seronok sebab kerja dia best, ada yang tak seronok sebab kerja tak best.
Aku? Kerja aku ok-ok saje. Nak kate tak best, ade member kerja dia kurang best, nak kate best, ade je member yang kerja dia lagi best. Hehe


Kerja aku, tak tentu. Aku pun blur lagi ape yang aku tengah nak buat skang ni.
Aku masuk department Project Management. Seofis dengan dept Engineering.
Kerja aku, sepatutnya hanya menguruskan project. Tapi, disebabkan semua dalam department aku tu adalah project leader utk beberapa project yang sedang dan baru dijalankan, aku cuma buat kerja sipi-sipi sahaja. Agak kureng disitu. Takkan lah diorg nak aku tibe2 handle project baru kot. Bukannye aku dah duduk 10 tahun kat situ mcm SV aku. Disebabkan itu, aku jadi seperti kuli. Tiap project leader tu ade je kerja utk aku. Kadang2 kerja yang remeh temeh, kadang2 kerja yang memenatkan. Haha. Aku antara mereka yang paling banyak masa lapang. Jadi, kena la blaja camne nak wat shipping kecik2, camne nak proses shipping, tolong nak buat prototype, tolong nak evaluate prototype, blaja wat testing skit2, blaja camne nak jumpe supplier, etc, etc. Lepas 2 minggu, jadilah krisis identiti. Haha. Sebab kebanyakan kerja yang aku buat tu, adalah daripada department Engineering. Aku seakan-akan berkerja 2 department satu masa. Well, layan je lah. Sebab handle benda2 tu pun semua bawah SV aku gak. Mujur reti wat kerja. Department aku ade 8 orang je kot, masuk aku jadi 9. slalu kosong je meja2 diorg. meeting sane sini. Memang ke dept Engineering lah kerja2 aku. Best gak tengok care diorang kerja. Walaupun mostly chinese, cakap mandarin dan cantonese, at least engineering term diorg sebut dalam english. at least dengar la diorg cakap basic engineering term yang biasa aku dengar kat utp tuh.

Papepun, semoga korang bergembira dengan tempat intern korang. Bukan semua dapat kerja best, bukan semua orang dapat kerja tak best. Apa yang ada, redha la ye. Moga dapat buat yang terbaik. Hehe

Friday, June 18, 2010

Truth

Kadang2 orang kate sesuatu yang baik kat kita
beri harapan kat kita
tapi bila kita penuhi harapan itu
dia tidak gembira, tidak pun tak suka.

Kerana kau sorang-sorang saja dalam gelap gelita.
Tsk.




Wednesday, June 16, 2010

Fikir2 balik

Fikir2 balik

Aku dah ade rumah (rumah sewa je pun)
Aku dah ade kereta ( Ayah bagi kot)
Aku dah ade kerja (Haha, intern je)
Jadi, ape pelengkapnye?
.
.
.
Aku rasa aku nak kahwin.


Lalalalala




Bile dah ade tenet kat rumah sewa ni,
AKU NAK SURF PUAS2!
Penat tangan kaki bergerak mencari tempat berinternet


Thursday, June 3, 2010

Last post at UTP before the next 8 months

Agak lame x berblogging
Bukan sebab takde masa, tapi xde idea.
Semua idea sume dalam draft.
Hilang di tengah jalan. huk2.


Akhirnya Sem Jan 10 berakhir dengan amik gambar dak2 Meche 007
Terasa cepat masa berlalu, boleh terkenang hari2 first time kelas Engineering Math 1
di mana lecturer tak datang tu.
Haha.
Rindunya,
8 bulan akan di tempat intern,
kat FB atau online je boleh berjumpa
tu pun kalau tak bizi dan korg2 masih ingat kat aku.
Hoho.

Takpe2. Aku kan photographer Meche (antara mereka yang digelar, kot)
So, bleh usha2 balik gambar2 meche yang aku da amik.
Walau badan sudah berjauhan, kenangan tidak akan hilang begitu saja.
Ceyh




Will not miss you
Jagen, Kamil, Kathy


Miss you

Husni, Naim, Mat Yus, Parih, Pali, Man, Acap Jeb, Asri, Man, Syahmi, Keri, Mudu, Zak, Nash, Atiq, Bob, Mok, Nami, Naim, Syakir sani, Syakir, Rozi, wafi, Raf, Faris pakri, Baem, Hisyam, Sapik, Najwa, Abel, Hafiz, Chaa, eMom, Ikmal, Hana, Amin, Anis, Zureen, Najat, Wani, Zophor, Bell, JayZ, Syafiqah, Marvin, Tiban, Farid Fawzy, Marwan, Zakzouk, Helder, Javier, Christine, Cikmin, Syaida, Abu, Ang, Kema, Ummu, Nawal, Eijaz, Kuo chun, Mirul, Asyraf, Nadiatul Haswin, Lan, syafiq, Muha, Afiq, Ridhwan, Syamil, Zaim, Aos, Aisyah, Phyo, Farhin, Tajul,
and the most, Atikah.
Hik2. Last tu xde pape, saje je.
Lalala.

Meet you again Final Year!
That year will be different when all now taking major
but, who cares?
We still Meche 007!!


Sunday, May 16, 2010

Exam Fever Moh Version

Ehem2, esok dah nak start paper.
Tapi ape dalam kepala? Kamera?
Haha
Tiap kali final exam mesti jadi macam ni.
Mesti ade je dalam kepala benda yang tibe2 target.
Contoh la kan, macam time
2st year 1st sem >>target nak beli Camcoder (tapi terbeli Sony t90)
2nd year 2st sem >> target nak beli PSP 3000 (tapi cuma dapat beli PSP 2000)
dan kini 3rd year 1st sem >> tibe2 target nak beli DSLR
ape kes?

Haha.


Ni lah exam fever aku. Terbayang2 benda yang nak beli satu masa nanti.
Penat seminggu study week asyik surf internet cari comment pasal GF1 jek.
Sampai hari ni, baru terdetik:

1) Bukan aku kate aku nak beli DSLR bile da kerja ke? Pe kes ni Mohhhhh!!

2) GF1 mahal...lens pun tak banyak dan mahal sangat....paling murah pun rm1100...baik beli DSLR sony ke nikon ke, canon ke, 50mm baru RM500++ gitu. Aih.

3) Tapi kalau beli DSLR biase, xde video plak dah. Takkan nak beli D90 kot?

4) D90 skang dah rm3300? Body je rm2500? Oh??

Serabut2. Tapi srabut2 semua under kontrol. Eheh. Sebab duit xde, so xde la terdetik nak beli cepat. Kena rancang btol2 nih. Bile agak2nye ni. hm...



P/S : tak abes2 cakap pasal kamera kan? Haha.

Sunday, May 9, 2010

Hari Ibu


Aku tgk list sebelah,
Aku tgk ramai tulis pasal ibu,
Nah, ini aku punye plak.
hua3


Serious Photographer?

Hari ini, aku terbaca satu thread di forum lowyat.net
Ada sorang user dalam dilema sama ada nak beli D90 ataupun GF1.
Threas ni sangat menarik untuk dibaca.
Bleh tau2 gak ape orang2 pro ni rekemen. heheh

Dan ramai dari mereka syorkan D90 dari GF1.Ape? D90 tu macam mane? Haa, DSLR zak punye tu lah
Frust je bace, haha. xde lah

D90 disyorkan sebab pontential banyak. D90 memang untuk serious photgrapher
yang gune kamera untuk shoot wedding ke, event besar2 ke (mcm F1 ke, konsert ke, dll)
dan macam2. So, memang digalakkan untuk beli D90 sebab nak cari lens atau barang2 dia pun senang. nak jual balik pun senang. Lens dia pun banyak ntah smpi brape ntah. So, mmg byk benda la bleh wat. Haha

GF1 plak disyorkan utk not-serious photographer. Sebab GF1 tu bukan DSLR, dia bawah skit dari DSLR, iaitu Four-Third(4/3). Ape tu 4/3? tu kamera yang kecik skit dari DSLR, tapi besar dari compact biasa. function dia menghampiri DSLR lah. Tapi orang2 pro x gune 4/3 utk serious shooting. haha. sbb quality kureng skit.

Haha, nape aku cakap pasal benda ni eh? Yang pasti aku xleh nak lupekan lagi pasal GF1 buat masa terdekat nih. Masih mengira macam mana nak kumpul duit 3k. hmmm..

Ikut kepada dilema tu, kalau aku ade dilema mcm tu, (xde la kot klu nak beli d90 ni, incase mcm DSLR nash tu la), aku tetap nak GF1. Walaupun lens dia masih limited, dia x sehebat DSLR, gaya pun x nampak pro, tapi its okay, I'm not going to be serious photographer, I'm just enthusiast photographer and an engineer. Haha. GF1 pun leh wat sumthing DSLR xleh wat. Sebabkan dia ringan, nak shoot dari aras pinggang pun senang. Ade certain function pun DSLR susah skit nak wat, tapi 4/3 bleh. Macam2 lg lah. Yang pasti, wajib utk 4/3 atau DSLR, ability untuk seperate kan subject dari surrounding, a.k.a bokeh (bokeh ni, efek yang mcm dia fokus kat sumthing yg jadi attention utk gmbr tu, kalau biase korg nampak la gmbr2 orang yang sekeliling dia blur....haa, tu la bokeh. tp ade perbezaan tau bokeh ngan blur. plikkan? hehe).
LX3 aku bokeh untuk objek micro je, objek2 besar mcm orang xleh. Huhu. Sebab tu ak nak GF1. Lens limited - so aku xde la gile2 nak cari lens2. haha. Macam2

Dah2, sesape bace post aku yang merapu2 nih, mintak maaf eh. Aku berada di awangan bile teringat GF1. Kalah dari nak fikir perempuan tau. haha.




I'm an enthusiast photographer. I shoot for fun. I shoot for memories. I am still learning. But not to be the best, but to be among the best.


Friday, May 7, 2010

Update

Dalam beberapa hari ni, asyik terdetik je nak buat satu post yang berisi panjang skit, tapi tiap kali bukak je new post, hilang terus idea. Macam masuk bilik interview gitu. haha.

Hari ni hari terakhir lecture. Tinggal 3 kelas sahaja sebelum habes 3rd year 1st semester. Bukannya semua sedih pun dengan hari terakhir. Ada je orang yang tak kisah. Tapi hari ni macam significant untuk aku. Sebab lepas ni, next kelas ialah lepas 8 bulan. Tu pun tak gerenti sama kelas lagi ke tak dengan coursemate-coursemate aku. Maklum la kan, semua dah kena amik major. Aku nak major dalam manufacturing kot, sape-sape major manufacturing roger aku k, hehe.

Jadual exam kali ni telah buat coursemate-coursemate aku kucar kacir. Dari suka kepada duka. Kawan kepada musuh. Tenang kepada marah. Macam-macam ada. Aku mampu lihat dari jauh, tak mampu nak mencela masuk. Terkesima aku tauu. Harap setel lah cepat jadual tu.

Cakap pasal suka duka ni, hari tu baru saje buat seorang dak pue dalam group mecha ku marah dengan ku. Marahnya sampai terganggu semua kerja ku. Tido-tido pun aku tak lalu. Sebab kata-kata dia yang agak pedas sampai nak makan pun nasi dalam perut nak je keluar balik. Dan aku sedar, kalau aku wat orang x puas hati time dlm groupwork, semua kerja aku lepas tu mesti K.O. Skang harap dapat markah ok lah untuk Mecha project tu. T.T. (ni kaitan dengan post emo ku b4 nih). Pas-pas ni, ak sediki trauma untuk wat kerja dalam group. Payah tol nak jadi leader klu nak betulkan silap orang pun kena maki hamun. Harap group project last b4 intern ni lagi baik dari sebelum-sebelum nih.

Hal-hal internship mujur aku setel awal. Walaupun awal-awal tu agak complicated sebab bertentangan pendapat dengan mak ayah. Sebab aku ada 2 offer, satu di KL dan satu di Penang. Lalu aku pilih di KL, tapi parentku mahu aku pergi ke Penang. Dah la aku dah accept yang kat KL tu dan rejek yang kat Penang tu. So, usaha la dpt balik offer kat Penang tu, dan klu dapat, rejek yang kat KL tu. Last-last semua jadi ok. Aku hargai kata-kata parentku. Diorg ni macam tau je yang mane patut untuk aku. Sebab bila aku fikirkan, company yang di Penang yang aku minat, bukan yang di KL tu. Jelas sekali, setelah interview untuk GE Oil & Gas pun, aku sedar aku tak minat Oil & Gas (macam kat KL tu jugak). Going to Penang, is a better choice for me.
Tapi agak sedih tengok mereka, kawan-kawan aku yang tak dapat tmpt intern lagi. Harap korang dapat lah nanti di tempat yang baik-baik ye. ~

GF1! Tiap hari aku pergi usha internet tengok harga dia. Lepas tu try buat bajet untuk time intern nanti. Agak-agak aku boleh beli ke nanti? Dah la utk memiliki DSLR, kena ada strong bajet. Mane tau nanti tiba-tiba angau dengan lens ni ke, lens tu ke. Macam ni pun dah angau dengan GF1 tu sendiri. Ahaha. Harga retail kedai depends dengan kit lens apa yang dia bagi. Kalau paling rendah, Rm2650 gitu. Paling tinggi, RM3050 gitu. Mahal tu! Aku usha-usha lagi, tengok DSLR utk entry level, tapi still ok pun, harga dah serendah RM1200?? Ini untuk 2nd hand ye, kalau harga baru dan murah pun adalah dekat RM1800 gitu. Agak murah sebab dulu harga DSLR semua atas RM2000. Bila harga turun bawak RM2000, macam pelik je. LX3 aku pun harga kedai RM1800 kot. Mujur aku dapat beli 2nd hand RM1400. GF1 2nd hand aku ade terjumpe RM2200, pergh, kalau lah aku ade duit... Tapi xpe, planning bukan nak skang pun. Tengah meng'utilize' LX3 to the max! Ni pun tengah order filter baru, close up filter, nak tengok btol2 ape efek dia, tengok kat internet je mane nampak sgt pun.huhu. Flash pun jumpe RM400, murah. (harga sepatutnye around 700-800, baru dekat 1000)

Baru-baru ni aku tengok banyak laptop rosak, banyak henpon rosak, banyak barang kena curi, dan banyak announce pasal barang hilang. Adakah semua ni suatu desakan pada hujung sem? Dengan stress-stress sampai terbuat laptop rosak sebab tekan banyak sangat ke, ataupun kita terbuat laptop tu stress smpi dia pun fed up. Ramai pun rosak laptop sebab motherboard. Motif?? Kes barang kena curi pun satu hal. Dalam 2 minggu ni je dah ade sampai 3 kes. Mengeluh aku baca notice. Kalau orang tu dicuri, xpe lagi, bleh consider...tapi klu orang tu tercicir ke atau sebab salah sendiri, memang cari naya tol. Tsk.

Stakat ni update dari aku. Hidup aku tak happening sangat pun baru-baru ni. Ni pun tengah tak mahu reply sangat kat GG lagi. Tapi baguslah, dpt tau gak diorg tak dependant kat aku. Bleh ak wat kerja senang riang. Reason tak mahu reply? - sebab ade sorg tu block aku dari FB dia, block aku dari Gtalk dia, dan kalau aku post GG, dia tak post, kalau aku x post, byk lak dia post. haha.







Monday, May 3, 2010

CI.AE.EL.EM

In this world when life can be so tough
You must be strong
Just believe in yourself and don't you fear
So open up your mind and close your eyes
Take another look from the other side


Friday, April 30, 2010

When Death is Unpredictable

Hari-hari ini aku digembirakan dengan kehadiran seekor anak kucing hitam yang comel. Dia suka bermain-main di tingkat atas dan suka sangan selongkar tong sampah untuk makanan. Dia keseorangan, tiada mak yang menjaga. Hidupnya pula berdikari. Dia amat manja dengan sesiapa pun. Lalu aku pun suka lah untuk bermain-main dengannya. Sehingga hampir dia ikut aku masuk ke bilikku.

Tapi tidak sampai 4 jam dari keseronokan. Aku digemparkan dengan bunyi jeritan kucing itu yang sangat kuat. Tapi aku endahkan, mungkin ada orang yang main lasak dengan kucing tu. Tapi bila aku pergi melihat, kelihatan anak kucing itu terduduk di tepi dinding sambil menjerit-jerit. Kelihatan dia tidak bergerak, hanya duduk sahaja. Aneh bila melihat sambil dia terduduk itu pun dia terberak. Aku cuba bermain dengannya, tiada reaksi macam tadi. Baru aku tau kakinya patah. Tiada luka, cuma tulang kat dalam sahaja. Aku terus naik angin. Sapelah gerangan yang buat kucing ini camni!

Aku bawak kucing itu ke dalam rumahku, biarkan dia di dapur. Dia tak mahu diusap, dia tak mahu makan. Dia hanya menjerit rintih, seperti ingin memanggil ibunya. Aku usap kakinya, kelihatan dia tenang sahaja. Tapi malam itu aku harus ke meeting utk projek Mechatronic. Aku tidak dapat lama menatapnya. Aku terpaksa tinggalkannya dan berharap dapat melihatnya semula selepas ku pulang.

Tapi, bila aku sudah tiba di V5, Pali (rumet aku) telefon. Anak kucing itu sudah tiada. Baru aku tahu, bukan manusia yang mengjanahamkan kucing itu, tapi bapak kucing! Bapak kucing itu mencakar anak kucing yang tak terlari itu hingga berdarah-darah. Kelihatan seperti lehernya dikelar, dengan ganasnya. Kesian, aku tidak dapat membuat apa-apa. Dan aku kini anti dengan bapak kucing itu. Aku tak tengok saat berlaku itu jadi aku tak tahu sapa bapak kucing itu. Tapi aku tahu, dari gerak hati, siapa bapak kucing itu. Kini dia dalam Black List aku!

Itulah, bila munasabah, aku dapat lihat, mati tu tak boleh dijangka. "
Sedang kita bersuka ria di siang hari, malapetaka datang di malam hari.."

Monday, April 26, 2010

Long Term Hope

Satu hari nanti, aku nak tengok benda camni depan mata, dan dua2 aku yang punya.
~Harap impian bukan sekadar impian~








Sunday, April 25, 2010

Want Girl Friend One!

Sori lame tak update. Hujung-hujung semester ni agak sibuk. Idea nak tulis blog pun tak ada. Tapi tiba-tiba terdetik satu idea (bukan la idea sangat), nak luahkan dekat orang. Haha

Korang mesti tahu ini kamera yang aku

Panasonic DMC LX3.



Tapi hari tu, masa PC Fair dekat KLCC,
aku dapat test satu kamera ni

Panasonic DMC - GF1


Aku teruja sebab selama ni cuma tengok kat internet je.
Jadi kali ni, lepas da test sikit, memang dah kena poison. Haha
Target for the next camera will be this one
Micro four third DSLR


Yep, ini adalah DLSR, versi compact. Bezanya dengan LX3, dia boleh tukar lens. Bokeh pun lagi jelas dari LX3.Yep, Aku memang suka kamera brand Panasonic. Kini sudah 'anti' dengan Sony Compact Camera. Brand Nikon dan Canon tak pernah terfikir pun. Yep, aku kureng sedikit dengan DSLR yang normal size tu. Aku suka mini, compact, yang orang tengok pun tak nampak macam pro. Haha

Hari tu, aku kena jadi photography untuk satu majlis pertunangan dekat Kepala Batas, P. Pinang. Aku pergi dengan seorang member, dak medtech yang diajak jugak. Tak sangka, kamera yang aku tengah pakai (yakni LX3) orang dah lihat macam pro. Haha. time kasih, time kasih. Yep, design dia nampak macam kamera classic seperti di bawah. Sebab tu orang2 tua tengok kamera ni mesti kate "Eh, macam kamera dulu2 la" << Mak aku yang kate nih

Nikon F3. Ayah aku ade kamera ni. Guna sebelum aku dilahirkan.

Bila aku nak beli GF1? Lambat lagi kot. Dengan Lx3 ni pun aku dah cukup bahagia. Tunggu lah bila dah final year ke atau bila dah kerja nanti ke. Bukannya nak cepat pun. Dan aku tak mahu jual Lx3 aku untuk beli GF1!

Codename Lx3 bagiku ialah Alex Tree, jadi kalau GF1 stakat ni panggil Girl Friend One la kot awal2 gini. Hehe


Sunday, April 4, 2010

Liyana Fizi

Jumaat malam ritu,
Ada Motorola Charity Night,
banyak gak show malam tu,
malas nak citer pasal tu,
nak detail, leh tgk kat Beliamuda
*tumpang ye, Beliamuda. hehe

Ok,
Sape Liyana Fizi?
Dia vokalist lagu Estrella.
penyanyi muda umur 26 tahun.
style dia pun unik, main gitar sambil nyanyi, macam Yuna gak la kot.
Haha. Tapi lagi suke tgk Liyana Fizi.
*Bukan sebab freehair ye
Lagu dia lembut2 - macam Stay (yg Mar suh aku dengar)
ataupun Take it slow, Ternyata dan lagu latest dia Light Writing.
Suara lembut dia, enak dengar.

So jadi malam Charity Night tu, dia datang.
Dapat la tgk live peformance.
Agak best, siap record kat sebelah tempat rektor tengah duduk. (haha)
mujur rektor kuar time tu.
Bile abes je dia nyanyi, kat luar tu, dapat lak jumpe ngan dia. Tapi xde la dpt cakap ngan dia.
Banyak je fan2 lain berpusu2. Aku nak amik gambar pun tak dapat. sebab lighting tak terang kat situ. Adeh. Tapi, dapat lalu sebelah dia, itu best.
Ahaks.
Kalau lah aku ade kawan macam dia, lembut2, happy go lucky, kan best. hehe.


Liyana Fizi, at Chancellor Hall Stage.
Pic credited to Zak with 200mm Lens. Hehe


OK. Skang fokus balik kat ETP dan UTP. Group aku lambat skit dari orang lain. Sedih gak sume jadi x kena. Terpaksa rasa kerja last2 minit yang sedaya upaya sedang ku cuba elak. Apakan daya. Ada sorang minah kat FB, asyik defriend je ngan aku. Se-course pun defriend? xmo aktif GG la gini.

Wednesday, March 24, 2010

Interview

Gtalk Interview
- Sempat chat ngan orang lain
- Sempat tgk search internet cari pasal soklan yang dia bagi
- Sempat baca one manga
- Sempat jenjalan jap tapi tak lame sangat takut ter'idle'
- Sempat main dengan kura-kura
- Tulis berjela-jela dan boleh check ayat btol ke salah ke
- Sempat borak dengan orang lain.



PS: Bile interviewer itu idle, anda mesti cemas.

Harap2 la dpt tmpt intern tu. T.t

Tuesday, March 23, 2010

After Da Lensa


My specially made Photo-blog
Screw that Flickr
Muhahahahaha

Saturday, March 20, 2010

Efektif

Dulu, UPSR aku tak skor tinggi, jadi aku masuk kelas pertengahan je - kelas 1 Efektif. (Kelas 5 dari 13 kelas). Dalam kelas tu, aku selalu dapat nombor 1. Tak ada lah aku nak kate aku pandai sangat, sebab purata markah aku masih rendah masa tu. Tapi untuk dapat nombor 1 dalam kelas, takkan lah orang tak pandang tinggi kan. Disebabkan dapat nombor 1, aku termotivated untuk dapat nombor 1 lagi. Kang kalau jatuh, orang kata ape pulak la kan. Hilang air muka ni. Aku sepatutnya berada dalam kelas 1 atau kelas 2, tapi disebabkan UPSR, aku tak boleh masuk kelas-kelas elite tu. (ceh, bajet je elite)

Nak dijadikan cerita, prestasi aku nombor 1 tak disenangi oleh seorang kawanku. Dia selalu mencabar aku dengan berkata dia akan kalahkan aku. Bagus la tu kan, at least dia pun termotivated dari pencapaian aku jugak. Jadi masing-masing pun berusaha untuk dapat nombor 1 tu. Dan, aku jugak yang selalu dapat nombor 1. Sampai lah akhir Form 1. Itu baru seorang. Ada jugak 2 orang budak perempuan dalam kelas tu, pun bersaing sengit dalam nak capai nombor tinggi-tinggi. Itulah kami, budak-budak (Form 1 la katekan) yang dulunya kelas atas tapi jatuh kelas bawah sebab UPSR.

Masuk form 2, kawanku seorang tu masuk kelas 2, manakala aku dan seorang budak perempuan itu masuk kelas 1. Dan seorang lagi sudah pun pindah sekolah.(tak ingat sebab ape).
Sejak itu, takde lah lagi nak dapat nombor 1 dah. Semua dalam kelas tu pandai-pandai belaka. Nombor paling tinggi aku pernah dapat pun rasenye 14 kot. Haha, 14 dari 44 orang (rasenya, lupa plak).

Ok, mukadimah sudah abes. Meh cerita pasal perempuan yang sekelas ngan aku tu. (haha, citer perempuan je nih. Moh, please behave). Dak perempuan ni, aku takde lah rapat sangat dulu. Dulu masa 1 Efektif, kawan macam-macam tu je. Duduk depan-depan. Masuk form 2, pun lebih kurang je. Tapi kali ni dia duduk belakang. Kami tak rapat jugak. Masing-masing pun dengan hal masing-masing. Tapi dengan adanya member baru, jadi kadang-kadang tu duduk lepak-lepak jugak. Sampai ke Form 3, kami sekelas. Kenal pun dah kenal sangat. Heh. Tapi masa Form 4, dia masuk kelas B, dan aku masuk kelas A. Dan masa Form 4, aku pulak berpindah ke MRSM Taiping. Jadi, cuma sekadar tengok kat friendster je la lepas-lepas tu. Ataupun masa aku buat open house time raya taun 2005. Eheh.

Kini, masing-masing pun makin berjauhan. Aku di UTP, dia pulak di Australia. Jauh-jauh, mujur masing-masing ada internet. Jadi nampak pulak muka di Facebook la, di YM la, dan jugak di blog. Terasa rindu plak nak jumpe minah ni. Haha.

Nih, kenapa aku tiba-tiba cakap pasal dia plak ni? Heh. Sebab dia nih pembaca setia citer-citer aku kat blog aku nih. Kena la bagi kredit skit. Eheh. Lagipun dia minat fotografi gak. Ngeh3. Yang terasa ini adalah dia, jangan tersengih sorang-sorang, nanti orang pandang pelik.. heheh

Friday, March 19, 2010

Home Sweet Home

After a long renovation
Finally it is done!
Even I have my own parking slot.
Hihihi
Tengok tu ada kolam, nanti nak letak ikan
aku test letak kura-kura,
abes sume keluar lari... penat den mencari
mujur jumpe.

Thursday, March 18, 2010

Picasa












Saje menyemakkan blog ngan gambor2 dari Lx3.
Macam lame tak upload gambar,
ni pun gambar dalam kamera sejak 20 Feb ade lagi dalam Kamera


P/s: Ni antara mereka yang selalu je aku nampak



Tuesday, March 16, 2010

A Story not to be heard

Ada satu kisah ni, sejak aku baru masuk foundation 2, aku dan seorang kawanku ternampak seorang gadis yang sangat cantik. Gadis itu baru sahaja masuk Foundation 1st, kiranya junior sedikit la. Gadis itu selalu bersama seorang kawan dia yang asyik ke hulu ke hilir. Jadi, tiap kali kalau salah seorang kami ternampak dia, kami akan bagi signal siap dengan koordinat skali. Gatal miang sungguh kami. Ha Ha.

Jadi, bila kami masuk ke 1st year 1st, ke 1st year 2nd dan seterusnya, kalau kami terserempak dengan dia, itulah kami buat. Itu je, takde lebih-lebih sampai pergi ngorat pun. Muka kami tak laku. Siyes. Sampailah suatu ketika, kami dapat tahu nama dia, kami excited sangat-sangat. Macam dapat tau duit elaun dah masuk ke belum bulan ni. Ha ha. Siap sekali course dia kami tau, dan lain-lain.

Dan masa aku 2nd year 2nd, aku sudah pun menjadi Head Pnp Beyond Horizon 2. Jadi kena la menginterview orang. Dan di saat tiada orang untuk di interview, aku pergilah turun bawah bungkus makanan. Lapar sebab tak sempat nak dinner lagi malam tu. Time dah beli makanan, aku terserempak dengan anak buah ku time Media Tour 09 dulu (pue jugak ye). Dia bersama gadis cun tu. Aku dengan muka macho pergilah dekat anak buahku tu yang baru sahaja habis makan. Aku ajak diorang pergi interview kat atas (kafe v2 je). Diorang pun kate diorang akan try nanti. Aku dapat la senyum2 kat gadis tu. Wah, bahagia!. Lalu aku naik balik atas dengan sukacita. Lalala.

Tak lama kemudian, aku terserempak dengan diorang lagi depan pintu bilik interview, sempat la aku introduce apa tu BH2 ni dan apa yang kitorang dah buat dari gambar-gambar yang tertampal kat dinding di situ. Lalu, tiba-tiba gadis itu berkata

"eh ini Hadi kan? Budak kelas 9"

Aku terkejut. Apakah? Kenapakah? Bingung.

"Ni Mohaimin kan? Dulu kelas 8 kan?"

Lagi aku terkejut lagi, lalu dengan penuh persoalan aku tanya dia pulak

"Mrsm Taiping ke???"

Dan dia pun kata lah YA. Pengakuan dia buat aku seperti baru kena suntikan adrenaline overdose. Lalu aku pun dengan excited tanya macam-macam. Dan sejak hari tu, aku tak panggil tu gadis cun dah. Segan dengan segala yang kami lakukan dulu tu Aku panggil dia kawan aku. Ha Ha. Dan kami (aku dan kawanku) pun dah tak sangat usha-usha dia. Sebab jarang jugak jumpa dah. Dan malangnya, satu maktab pun aku boleh tak kenal??? Cesss, tapi takpe, budak perempuan maktab aku memang aku tak expert sangat pun. Tau yang feymes dan tahu yang same Mentor mentee, budak kelas 8 dan budak kelas 3 je.

Nak tau sapa gadis cun, eh, kawanku tu?
Mane bleh gtau. Haha.
Tapi yang pasti dia budak kelas 13
yang memang aku jarang nampak.
Maklumlah, kelas nombor 8, lalu depan kelas 8 cume kelas 1-7 je.
(Dak-dak Taiping 05-06 tau sal nih)


Dan shhh, ini rahsia kita berblogger.
Lalala


MiD

Sejak ade certain someone tu tutup blog, terus hilang mood nak tulis blog jugak


Hari ni dah pun 16 march - hari selasa cuti Midsem
Tinggal beberapa hari je lagi sebelum kena berkerja keras kembali
Tapi dalam cuti-cuti begini, tak tahu pulak nak buat apa, sedihnya,
nampaknya kena bukak buku awal la gini.

Banyak benda menarik berlaku baru-baru ni,
Si Azam dan Rohani dah jadi mak ayah
dengan kehadiran Putra Eshan Zulqarnain (btol ke eja?)
Inilah baby first bagi budak-budak Maresmart batch 05-06
Sape la tak terharu kan bila ada yang dah ade anak,
rasa tercabar pun ada, haha

Sejurus mendengar kisah kelahiran, Maresmart pulak mendapat no. 1
(Ada kaitan ke dengan kelahiran Eshan?)
Ini suatu yang amat membanggakan sebab akhirnya
impian MRSM Taiping nombor 1 jadi kenyataan.
Tak sia-sia tiap pagi sebelum kelas kami berikrar sedemikian,
dan agak mengejutkan bila MRSM Langkawi jatuh mendadak.
Orang kate Langkawi bukan PKP dah, betul ke ni?

Rumahku pulak akhirnya siap renovation,
Jenuh menunggu akhirnya cantik sudah rumahku
barulah boleh sebut "Rumahku Syurgaku"
sebab sebelum ni asyik dengan bunyi drill je. =.=
Ayah pergi buat kolam, cetek je kolam
kot-kot boleh letak kura-kura aku nanti. haha
Halaman rumah pulak ada tempat khas untuk aku parking kereta.
Tapi nak masuk parking tu agak leceh sikit, malangnya.
Tapi yang pasti, rumah dah kelihatan lain.
Bilik aku pun dah maju. haha

Duitku kering walaupun baru tengah bulan,
Efek balik rumah, duit mesti cepat habis,
Tu pasal aku sendiri pun jarang balik rumah,
duit minyak, duit tol, macam2 kena tanggung,
tapi aku takde side income,
aku tak masuk MLM ataupun Unit Trust,
haha,
duit pun tarak, macam mana mau masuk. XP
tapi agak kecewa bila tengok kawan-kawan yang masuk benda-benda gini
nampak macam dah lupa kat kawan-kawan yang lain,
sampai ada yang jadi renggang, mahupun gaduh,
mata mereka hanya nampak duit, dan peluang untuk dapat duit,
target pulak besar-besar sampai rase ada macam tak perlu je,
tapi kena la kan,
kalau duit banyak tapi keta tak mahal, orang tak pandang dia orang kaya
stereotype tol
sampaikan member yang belum tamat lesen lagi
dah target satu Merz untuk dia guna masa raya kang.
Mengeluh aku sorang-sorang...