Thursday, July 30, 2009

It is spreading unknownly...

Betapa teruknya H1N1 menganggu ketenteraman awam.
Sampaikan banyak Universiti dalam Malaysia tutup satu persatu.
Ade yang dah kena kuarantin, ade jugak yang sedang disyaki.
Orang ramai pulak dah ramai pakai mask.
Merata-rata orang pakai -> macam doktor dalam theater.

Adakah UTP pun akan cuti awal nanti?
Bukannya tiada kes dalam UTP, cume kes tak berkembang secepat lain,
tapi kini boleh dikatakan dah menghampiri ke jawapan itu.
Tunggu masa je kan.

Dalam kelas,
Bleh dengar kalau ade orang yang batuk-batuk atau selsema.
Virus dengan senang lenang merebak dalam bilik bertutup dan berhawa dingin itu.
Sampai lecturer pun pakai mask.

Aku pun batuk dan juga selsema.
Tapi tak tau la jangkit dari mane.
Tup2 bangun tido lepas training facee 18/7,
tekak gatal dan selsema pun datang.
cuak gak time tu.
tapi simptom dia simptom normal bg aku,
segan lak nak btau kat sini.
tapi pastinya bukan H1n1, insyaAllah,

klinik,
penuh je slalu,
aku nak p jumpe doktor pun rase x larat nak menunggu,
jadi aku bertahan dengan keimunan diri sendiri,
pakai kaedah sendiri untuk sembuh,
dan akhirnye kini batuk makin pulih.
dan harap sebelum jadi facee kat SBPi Gopeng nanti,
aku dah 100% sembuh!

(merepek sebentar tatkala dengar rumor org kate sok cuti. Kalau betul2 jadi, maka takde la kuiz sok kan? kan? kan? kan??)
(Ntah betul ke ntah tidak orang kate, aku nak study gak, tak kire)


Sunday, July 26, 2009

Cat's Hunt

Masa orang dah nak balik UTP la kucing ni nak bermanja-manja


Beware! Manja-manja, tapi ganas.
Tangan bukan makanan, takleh kunyah.


Siannye dia duk sekor-sekor....


Tak tau anak sape, Hitam kot. Tapi Hitam jantan.

Hitam
Candid di tangga v3-v4

Hitam yang masih manja. Dulu kecikkk je,
Skang dah gemuk gedempol!

Sedap hati tido kat tempat orang amik makanan
Ish2

Mak Cing kat Kafe V4


Ni kucing manja gak
Syok tido dalam longkang!


Jumpa kat V5


Ni sebilangan (ulang : sebilangan) gambar kucing yang aku shoot dalam masa dua minggu.
More to come, tu pun kalau kucing ni sudi nak posing.
Tak sempat nak shoot kucing V3.
V2 ngan V1 ngan V6 lame x shoot.
Haha


"Pencinta kucing yang allergi kucing"

Friday, July 24, 2009

A new dawn? Or a continued journey?

Hari ni (24/7/2009)
Sama-sama dengan Nash ngan Pali untuk masak Spaghetti.
Layannnnn.. 5 Round aku makan. Naik la berat aku pas ni. T.t


Semester baru dah pun seminggu bermula. Perit getir sudah pun terasa walaupun masih di bibir-bibir. 6 Subjek yang bersambung, tidak lagi subjek yang baru. Semester ini pastinya semester yang mencabar dan yang menarik!

Kenapa mencabar?
1. Kebanyakan subjek-subjek kali ni bukanlah subjek yang baru nak belajar. Semuanya subjek yang berkesinambungan dari semester-semester yang lalu. Jadi, kena la refresh-refresh balik sebab lecturer tak ulang balik apa yang pernah diajar dulu.

2. Lecturer yang berlainan slang englishnya. Kali ni dapatlah lecturer dari vietnam. Sedikit susah untuk memahami perkataannya. Bila dapat faham apa dia cakap, tak dapat nak faham Mechatronic. Bila dapat faham Mechatronic, tak dapat nak faham apa yang dia cakap. Tapi yang pasti, gayanya, suaranya, lawaknya, dan hampir semuanya kelihtan seperti bayang-bayang Dr. Bambang. Kurang la skit kekekokan di situ.

Kenapa menarik?
1. Seorang lecturer ajar part 2 baru nak ajar part 1. Jadi, macam belajar berlari sebelum belajar merangkak. Pandai-pandailah belajar sendiri dulu sebelum dapat faham apa yang lecturer nak ajar

2. Sesetengah lecturer pegang prinsip Facilitator. Jadi takde la belajar suap-suap dengan beliau. Semuanya atas usaha sendiri.

3. Banyak kena recall balik. Best tol main dengan minda, buat 'flashback' untuk ingat balik apa yang pernah belajar dulu.

4. Lab banyak tapi sikit. Lab takde yang sampai 5 session lagi pun. best2.

5. Belajar balik elektrik! Bestnye tengok circuit (kalau aku tak jadi Meche, jadi EE pun leh je).

_______________________________________

Kesimpulannya, aku dapat rasakan semester ni akan jadi semester bersejarah.
Semester yang ada convofair dan bulan ramadhan ni, pastinya membuatkan segalanya lebih menarik. Coursemate-coursemate ku ni mesti tengah pening-pening dan risau dengan semester kali ni. Heh2. Aku pun risau-risau gak. Tapi disebabkan kali ni 100% subjek teknikal, aku kurang la risau skit(certain orang tau kenapa). Jadi, sape-sape yang mungkin menghadapi masalah seperti tak faham apa yang lecturer ajar, tak faham apa yang kena belajar, mahupun tak nampak lagi apa gunanya subjek tuk untuk course Meche, maka, jangan segan-segan cari aku ke, husni ke, Kee tu ke, dll.
Aku akan cuba bantu sedaya yang aku boleh.
ngeh2



Tuesday, July 21, 2009

Terputus

Kat V4b,
3 kali Lan terputus
terasa kagum sebentar.



7-9 Ogos
Mak mungkin kena pergi Bukit Tinggi, Pahang
Ayah mungkin kena pergi Maldives
Adik yang kelima kena pergi Camping kat Ulu Yam
Aku lak kena pergi SBPI Gopeng
Tapi Mak suh jaga rumah.
Mujur adik sorang ni kena balik umah untuk driving class
~lega~

Saturday, July 18, 2009

A Glance

Masa tengah buat poco-poco
Aku ternampak seorang yang lame aku tak jumpa
lame aku tak lihat
lame aku tak perhatikan


terasa rindu la pulak
haha


Tapi, di saat aku ingin mencarinya,
Dia...Dia yang Maha Mengetahui
memesongkan perjalananku
Statik

Friday, July 17, 2009

Erk

Sedih bila tengok blog sendiri tak habes load. Ntah nape bile bukak kat UTP, blog tak boleh nak tengok dengan jelas. Lalu, aku mengkaji code webpage aku, rupenye, background picture tu tempat website yang kena block ngan UTP. adeh, photobucket pun kena block ehhh?


:: Mikir care untuk membaikinya ::
:: Maaf atas ketidak-selesaan ::

Thursday, July 16, 2009

Setelah sekian lame menunggu~

Salam Alaik,

Akhirnya dah ade kat UTP,
Agak mencabar gak kali ni bila nak masuk UTP,
Sebab kali ni nak kena pergi klinik dulu,
itu hal biasa, cuma yang menjadi cabarannya,
mengejar masa itulah,
kerana aku tiba di utp jam 12 tengah hari,
aku cuma ada 1 jam sahaja untuk ke klinik sebelum ia tutup untuk lunch
tapi, sesaat tiba di utp, aku pinta adik aku dulu yang pergi register bilik,
dia sekadar ikut untuk register bilik je,
malangnya, adikku mengambil masa yang lama untuk siap,
kerana dia tidak puas hati tak dapat pindah,
12.40, aku pun bergerak ke V4 lalu terserempak dengan Syahmi,
diberitahunya aku memang kena pergi klinik sebelum register,
lalu aku bergegas ke sana,
dan malangnya di situ,
aku lewat seminit, seminit selepas kaunter tutup,
sadis, rumet pun ada kat situ, menahan keluhan, dengan senyuman sinis,
nampaknnya pukul 2 lebih baru aku boleh register,
bagusnya, rumet pun dah boleh register,
takde hal lah,
kunci spare ade pun
ngehehe


Hari ni, aku memulakan kerja pertama aku, satu kerja yang agak rumit, dan aku cuba hadapi dengan tabah, namun ada sahaja mereka yang komplain dan merayu-rayu, sedih ku mendengar, sedih lagi untuk aku memikirkan, namun, aku tetapkan pendirian aku dan aku tidak akan kalah kepada mereka, tak mahu dah.

Tapi, shooting (kerja ku), baru sahaja habis separuh, menunggu saat petang tiba untuk seterusnya, malangnya ada je yang tak dapat datang, kerana mereka banyak lagi event-event lain. Sedih sedikit di situ, tapi apa nak buat la kan, hadapi jua. Namun, mendengar perkataan2 ironi, aku menjadi tidak senang duduk. urgh. Moga aku dapat siapkan dengan tabah. Em2.


(Melalut sebentar, tak tau nak expresi diri kat sape dah)


Kucing2 kat utp dah besar2! Kucing hitam kat blok ni pun dah besar, tapi perangai masih sama, masih suka kejar aku. haha, rindu kot dia kat aku nih.
Malangnya, buat masa terdekat ni aku tak boleh sentuh kucing, sekadar melihat, memanggil, tangkap gambar atau mengusap dengan kaki sahaja, kerana aku sudah allergi dengan kucing (lame dah kot). Takut kang orang suspek H1N1 lak kalau aku selsema berdas-das.
Sedih menjadi seperti ini...
"Pencinta kucing yang allergic kucing"
Tengok gambar2 pun cukup la kan. ngehehe

Tuesday, July 14, 2009

Hari ni hari Selasa

Fusyuu..Hujan lebat, payah nak jalan


Hari ni hari sebelum balik ke UTP
Mak pergi miri, ayah pulak sibuk bekerja,
jadi, kena jadi ketua rumah buat sementara
dapatlah rasa macam mana nak bagi nafkah bila dah ada keluarga sendiri nanti
sungguh memenatkan, tapi berbaloi.

Tanpa disedari, banyak jugak wang dan masa diberikan untuk ini,
Bila roti, telur, isi kelapa habis, aku kena cepat-cepat pergi beli
sampaikan duit lawatan untuk adik darjah 2 ke Melaka pun kena tanggung dulu,
dan juga pergi ke Pudu untuk membeli tiket bas untuk adik yang akan pulang dari Muar.
Sungguh memenatkan, tapi berbaloi

Akhir tahun nanti,
Insya-Allah mak ayah akan mengerjakan Haji,
Nampaknya segala urusan rumah jatuh di tangan aku,
mampukah aku menanggung beban ini?
Ape-apepun, semester depan semester yang paling sibuk,
dan kena dapat result baik!
Dengar kata result semester depan yang bawak dalam resume untuk Internship nanti,
btol kan?




::Masa untuk berkerja sudah kembali, yeah!::

Monday, July 13, 2009

Hari ni


Hari ni baru 1st time try makanan yang ni
Takde la sedap sangat
Tapi, hilang jugak kempunan
eheh

2 benda berlaku dalam post ni
1) Dapat makan!
2) Saje-saje wat style gambar border atas bawah. Nampak menarik. =0

Sunday, July 12, 2009

Aku Patut...

Aku patut cipta satu program yang boleh tolong susunkan jadual tanpa menghadapi sebarang clash.
Program tu mesti juga boleh menghasilkan seberapa banyak pun jadual yang tidak clash supaya boleh di pilih jika satu jadual tu tak ok.


Tapi, malangnya, jika program itu tercipta dan tidak akan menghadapi masalah, ia akan amik masa lebih dari satu tahun cahaya untuk menghabiskan. Komputer pun akan rosak dengan kadar yang sungguh pantas, processor load tinggi hinggakan komputer hang. Malang sungguh pemilik komputer itu.

Jadi, tiada cara lain dah, jumpe lecturer je nanti.
kan Naim, kan2.
(bajet cam Naim bace je. haha)


Saturday, July 11, 2009

::A::Tea::Car::

DSLR
Digital.Single-lens.Reflex

Mungkin ada segelintir dari kita sudah pun memilikinya
Mungkin dari hadiah hari jadi, pemberian ayah mahupun dengan usaha sendiri
Sesiapa yang memilikinya kiranya dianggap hebat
Kerana kamera sebegitu
hanya sesuai untuk Pro sahaja
benar atau tidak?

Ya
Sesiapa yang dapat menguasai cara mengguna DLSR
boleh dikatakan hebat
kerana dapat memahami setting-setting yang penting
untuk setiap jenis gambar yang nak diambik
tapi, bagi sesiapa yang ada tapi tak reti nak guna,
pun masih dikira hebat
kerana mempunyai SLR sendiri!
aku mengeluh di situ.
mengeluh dalam diam

Aku pun ade terimpi nak ada SLR sendiri,
tapi aneh
sebab aku tak pernah pun berusaha untuk mendapatkannya
Bila duit ada, aku fikirkan benda lain dulu,
sebab itukah aku membeli kamera lain?
dulu mase aku dah beli Sony T90,
aku agak sesal
sebab tak beli SLR
tapi setelah sebulan ini fikiran mengelamun
aku sedar yang aku tidak kecundang pada SLR
kamera itu besar, lens-nya pun boleh jadi lagi besar
Aku yang pemalu ni (haha)
pastinya segan kalau nak bawak SLR merata-rata
kamera yang kecik saja aku suka,
sebab aku boleh sorok dalam poket
celah-celah handphone pulak tu

Kini, target aku tidak lagi SLR jenis itu
nyah kau SLR besar gedabak!
tapi ada jugak SLR yang menambat hati
SLR yang lain dari yang lain,
Contohnya Panasonic Lumix LX3
dan Olympus Pens
kerana itu Compact DLSR/Pro-sumer
Size dia lebih kurang je ngan kamera biasa
kalau orang tengok pun
tak rase macam SLR
hebatnya,
boleh simpan dalam poket
kalau aku beli,
tak perlulah aku gantung dengan tali
dan tayang2 kat orang.


Apa-apapun
Choice is for everyone to choose
I choose this
So don't argue my stand~



(Merepek kah?)











::Result::

Apakah reaksi seseorang bila berbicarakan tentang result?

Takut? Gementar? Excited? Risau?

Macam-macam ragam boleh nampak,

tapi, ragam tu sendiri punya kisah,

kerana masing-masing ada sebab untuk bereaksi sebegitu,

Ada yang takut result diorg teruk dan kena CM (khusus untuk budak Petronas)
Ada yang takut sebab tak nak malu dengan kawan-kawan yang pandai-pandai
Ada yang excited sebab nak tau hasil usaha mereka berbaloi atau tidak
Ada yang gementar sebab ni first time buat mereka
Ada yang risau sebab tau killer subject memang killer
dan macam-macam lagi

Maka,
hadapi dengan tabah,
Result melambangkan usaha yang telah kita lakukan,
Bersyukur dengan seadanya,
walaupun mungkin kena CM,
walaupun mungkin dah tak jadi top student,
walaupun mungkin memalukan,
pastinya ada hikmah dan pengajaran di sebalik semua itu!

Daichi Kette Susume!
(Kick the Ground and Move Foward!)

Friday, July 10, 2009

Tengok ape yang aku jumpe!



Ahaha
Gambar ni gambar lama.
Jumpa dalam profile Myspace yang tak aktif langsung tu
Tengok apa yang aku tengah buat tu...
Sedang membaca buku teks Pendidikan Islam Form 4 (ke form 5?)
Tengok tarikh tu...
4 November 2006
Ketika raya, budak-budak spm tak boleh berhenti belajar,
sedih betul,
melihat profile Myspace yang lame tak hidup tu,
membuatkan aku terkenang dekat kawan-kawan lame,
kawan-kawan time darjah 6
BFF aku time tu,
dan juga kawan-kawan ketika awal menengahku,
Leh kate banyak gak yang berubah,
berubah pelbagai-bagai arah,
kawan-kawan baik ku ade yang dah serong,
kawan-kwan aku yang nakal semua cam dah jadi baik je,
budak-budak pue yang dulu nak couple ngan aku lak
semua dah jadi alim-alim belaka,
hahah.
ade ke budak pue yang nak couple ngan aku ni???
zaman-zaman muda dulu (bajet cam dah tua lak plak)
ada je orang minat kat aku ni,
cuma aku je yang menolak,
ceyyh
sebab tu lah aku tak pernah dapat couple
sifat aku yang 'suka memilih' dan 'berfikiran panjang'
yang telah menyelamatkan aku dari benda ni.
kagum2.
ayahku selalu sindir aku sal 'berfikiran panjang'
tiap kali aku kena buat decision,
aku akan buat satu mimik muka itu,
dan ayah aku selalu tiru,
saje nak sindir.
bertapa dalamnya aku memikir,
walaupun cume persoalan kecil je
uhuh



(merepek skit di malam hari)


Ni time aku muda-muda sangat dulu
tak ingat penah tunjuk ke tak,
hensem tak?
hensem kan? kan? kan?
botol susu tu kire decoration je
takde susu pun,cilok adik punya je,
hahah! bajet~


Thursday, July 9, 2009

Kempunan Pavilion : Tercapai







Siapa sangka hari ni mungkin hari yang terbaik untuk segalanya,
Semalam aku telah bertelefon dekat 2 jam dengan sorang kawan
sebagai ganti sebab tak jadi nak keluar untuk berjumpa pada hari ini,
dan aku sangkakan hajatku untuk sampai ke Pavilion tidak tercapai cuti kali ni,
dan aku mengambil kesempatan tak kemana-mana ni,
untuk menemani Nash yang COD lens barunya,
di LRT Wangsa Maju,
Abes COD + borak2 ngan dealer tu,
Nash cadang nak test shooting,
Maka, aku katakan 'Pavilion',
dan hajat aku pun tercapai!
Yeah!

Tapi malangnya kat Pavilion,
orang tak kasi amik gambar woo,
kat luar siap tulis lagi tu
tapi kitorang buat selambe je
kagumnya,
kebanyakan tempat ada pak guard
ade sekali aku amik gambar,
pak guard marah dan nak datang kat kitorang dah
mujur sempat lari,
takut!
tapi, dapatla shot sikit-sikit.
Puas++





Monday, July 6, 2009

Hensem

Ptg td aku g kedai potong rambut

Duk je kat krusi,

dia ikat leher aku ngan tisu roll,

ack! stail baru ke ni??

Aku yang fobia leher kena ikat ni...

Terpaksa la menahan

Tapi tangan sorok dalam baju, pegang leher (baru x rase geli)

Mujur badan kena tutup ngan kain,

kalau tak, segan r kan.

Pastu, mamak tu kate

"Hensem la brader"

Dalam hati ku berkata

"aiseh, kalau dia kate ensem, bek takyah potong rambut nih!"

Tapi, aku dah planning sejak 3 minggu lepas lg tuk ptg rambut ni,

rela sajelah

dalam hati.... *bangga*

Selesai semua urusan, kepala aku pun jadi ringan,

hati pun suka.

lalu ingin la membayar.....

tup tap, Rm10 terbang,

Sejak bile kat KL ni, potong rambut RM10!!!!

Mamak je kot!!

pastu aku teringat...

bape lame aku x potong rambut kat KL

hampes

ke aku kena tipu nih?




Sunday, July 5, 2009

Kempunan?

Yep, kempunan.
Cuti ni,
aku merasai satu perasaan yang amat aneh,
macam orang mengandung la plak (bese tgk citer2 la ni)

Tiap hari ade je benda yang dikempunankan,
Dari makanan, sampai la ke tempat.
Aneh, dulu xde pulak rase macam ni.
Ape yang jadi dgn badan aku nih?

Dalam mase seminggu yang tinggal nih,
aku nak try jejak kaki kat Pavilion KL lak,
aku tgk tmpt tu cam cantik je (tgk kat flickr)
dekat bukit bintang lak tu (slalu je singgah)
kot2 kat situ ade spagetti murah (bajet murah. uhuh)
ataupun fish n chip sedap (ni, tibe2 je kempunan. Aishh)

Tapi, aku baru sedar,
walaupun aku kempunan camni,
aku sg2 xleh wat sorang2 lak.
geram tol.
mesti ade kawan teman,
kalau x, kempunan hanya kempunan.
aish!

(merepek lg)



5 Julai

Hari ini adalah hari kepulangan,
bagi kebanyakan U di serata negeri,
tandanya cuti sudah pun tamat,
dan masa untuk study pun sudah bermula,
all the best tuk korg2!

Dak-dak UTP pun ade yg dah balik awal,
Dak2 convo yang komited tu,
Dak2 Petrobot (dulu Robocon) pun lebih kurang,
Dak2 lain, ngan event-event lain pun sudah pulang,
ataupun OTW pulang dalam masa terdekat.

Aku lak,
12-15 Julai aku kena pulang,
method?
Masih samar-samar.
Nak naik bas, susah nak bawak kura-kura.
Krisis 'Eh, camne nak balik' sudahpun datang,
Ayah hantar kot,
kot.

Terbingit-bingit dalam kepala minda,
adakah event Beyond Horizon II event terakhirku?
Aku sudah x terlekat dalam mana-mana organisasi ini,
memikirkan jika aku perlu masuk lagi kemana-mana,
Apakah situasi sem depan pulak ye,
Adakah Poket D penuh setiap minggu?

Krisis duit pun mungkin akan tiba,
sebab?
Cutinya banyak pulak berbelanja,
Tgk cara aku makan kat rumah,
nak gak try apply2 kat utp,
adakah berjaya target Rm4/sehari?
Mari kita lihat!




Saturday, July 4, 2009

Sight




Not everyday is a wonderful day
But to achieve it is an appreciation

(Merapik)

Stand Firm

Pernah tak bila anda berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu perkerjaan,
dan anda yakin anda sudahpun hampir berjaya melakukan,
tiba-tiba ada orang yang memintas anda dan berjaya dulu?

Sesungguhnya semua yang kita lakukan hanyalah perancangan, Allah yang menentukan. Tidak perlu gusar atau kecewa jika kita tempat kedua atau ketiga, mahupun yang paling corot. Masa kita belum tiba lagi. Jadi, berdiri teguh dan tetap pendirian dalam apa sahaja yang kita lakukan. Walaupun ramai orang dah pun sampai dulu, tidak bermaksud kita perlu putus asa. Setiap orang ada kehebatan masing. Namun, kehebatan itu akan hilang/susut jika tidak diperkasakan. Maka, majulah ke hadapan!

(Berkata-kata pada diri sendiri kerana menghadapi situasi di atas dan tidak mahu orang lain merasainya juga)

Beyond the Horizon..
ahah!
A good word~ =)

Friday, July 3, 2009

Klasmet


They made yesterday a wonderful day
at Lowyat
eating free Big Apple (dhue blanje)
get to wrong station (lawak2)
finally eat spagetti (akhirnye!!)
and 120++ spent (aiyoh)



Thursday, July 2, 2009

Wednesday, July 1, 2009

Orange.

ECHICOM BH 2 Montage




My finest video so far
(tapi vid ni dah lame la. haha)

By This Time

Di saat ini,
aku seakan-akan kehilangan segalanya,
kawanku yang paling rapat,
kawanku yang paling dicintai,
kawanku yang paling memahami.

Sangat menarik,
sebab orang akan datang dan pergi,
mendatangkan bahagia,
meninggalkan duka,
sekarang aku bukan sesiapa,
bagi mereka,
aku bukan teman paling rapat,
aku bukan dicintai,
aku pun bukan untuk difahami,
aku hanya kawan,
yang dilihat tapi tidak ditegur



~Sensitip gak aku nih kadang2~