Wednesday, April 27, 2011

Lab The Rat - I Know


Things that going to be part of your life

Alhamdulillah, blog mohlensa.blogspot dah jadi mohlensa.com. Cuma perubahan kecil,tapi impak dia besar. Jadi dotcom at least takde la nampak macam noob kalau masih kat blogspot (walaupun memang hosting kat blogspot lagi.heh)

Ini dah minggu ke 14. Rini pulak kelas last. Mandarin pukul 4. Jadi dah boleh start blaja. Tapi boleh ke aku blaja ni? Tatkala aku mau merenung buku,kepala ku melayang memikir kerja PEC dan BCR yang masih tertangguh. Aiyoh. Terasa sedikit kesal. Tapi apakan daya, dah kate boleh bagi komitmen,jadi kenalah bagi komitmen,meskipun terganggu rutin kebiasaan. Cuti sem pun kena stay kat utp. Tapi ade la dapat balik kejap. Tu pun tak tau brapa lama. Event Pec bulan 6, jadi sekarang tak bleh nak bermain-main lagi. Kena fikir serious! Ok,ak harap result aku tak jatuh sem ni. Aish

Ok,cukup update untuk kali ni.

-------------------------------

Blog ni dah jadi balik blog ekspresi diriku. Blog ni tak femes macam blog lagi satu. Jadi,at least aku bleh ckp macam2 kat sini. Dulu tak gune blog ni sebab ade twitter. Ade prob je luah kat twitter. Tapi skang dah ramai org ade twitter. Tulis je benda bleh jadi gosip, memang cepat je org reply. Haha. Bahaya kalau MeGi tau. Lol. Jadi,sape2 yang masih bace blog ni,aku ucap time kasih! Sebab aku tengok,brape klik ke blog ni tak sampai 1 sehari. Haha. Kewl.

Apesal ngan tajuk atas tu? Ade sesape faham? Hmm. Bila ak baca ayat tu,aku terfikirkan cinta. Ceyh! Bila terfikirkan cinta,terfikir plak mane nak cari cinta, mane nak dapatkan cinta, macam mane bila dah bercinta? Aku takde experience dalam berkapel,jadi tak dapat nak faham rasa dia bila tengah bercinta. Tapi aku biasa mendengar luahan orang yang tengah bercinta. Nampaknya cinta itu indah bila kena pada keadaannya. Tapi jadi pahit bila berselisihan faham antara berdua itu. Skang ni ak tengok ramai kawan2ku yang dah berpunya. Kewl. Dah nak grad mesti kena siap pasang. Bru bleh fikir pasal nak kawen. Bru rasa matang. Haha. Aku pun duk fikir camtu baru2 ni. Bukan fikir nak ade awek,tp fikir ape nak wat pas grad. Mcm banyak je benda nak wat nih. Haha

posted from Bloggeroid

Friday, April 22, 2011

Hosting

Baru-baru ni aku lihat beberapa kawan aku dah start pakai hosting untuk photoblog mereka. Bila start pakai hosting, jadinya seseorang boleh kate akan lebih famous di ruang internet, dapat rating tinggi lagi, orang pun pandang tinggi.

Sebab?

Sape tak tengok tinggi kalau tengok url blog mereka takde dotblogspot, dotwordpress atau dotblogdrive atau lain2. Mesti nampak awesome kan? Kan2? Nampak ade professionalism di situ. Baru orang terdetik nak masuk blog tu.hehe.

Tapi nak wat hosting kena ada skill. Kalau takde skill kena blaja. Ada kawan tolong lagi senang. Sebab nak buat bukan click2 je, kena setting sini sana. Tapi dah setel baru rasa puas hati. Haha.

Aku? Blog aku ni famous ke? Haha. Ada gak terasa nak wat hosting,tapi rase macam tak ready nak buat. Bukan tak nak, tapi tak nak serabut wat mase ni. Busy akhir sem. Heh

Tapi aku tengah berusaha ke arah tu. Korang tunggu je ye bila tiba2 nampak something lain. Heh

posted from Bloggeroid

Thursday, April 21, 2011

Disastrous

Ape rasenye ade awek? Haha. Dong.

21 April 2011. Kejap je April nak berakhir. Dalam seminggu lebih je lagi batch Jan 07 akan wat dinner batch. Tak sabarnya! Sebab hari tu nanti mesti jadi satu kenangan time tengah blaja kat utp ni. Dan tak bestnya! Bila sem ni sem terakhir untuk budak2 ICT/BIS (rasenye bukan budak2 dah tu). Lepas ni tinggal dak2 Engineering batch Jan 07 je la kat utp nih. Aih2. Sadis. Maka, aku berharap dinner batch bleh jadi satu kenangan manis bagi mereka2 yang pergi ke dinner tu. Agak sedih bile ada jugak mereka2 yang tak sudi nak datang, sampai nak beli baju batch je. Sangka baik, diorang busy study untuk final exam kot. yakin2.

Minggu lepas, masa BlackHawk lawan sapentah, kit lens aku tiba-tiba buat hal. Tak bleh autofocus. Dah la tak tau warranty ade lagi ke tak. Sebab beli lens tu pun dari seorang staff kat Bosch. Dia jual RM50 je. Murah kaw2. Jadi bile lens tak boleh autofocus, kena main manual focus je. Senang je nak manual focus. Tapi bile saat-saat genting macam kena shoot dengan cepat, jangan harap aku ada masa nak fokus satu2. >.<
Nak hantar lens tu repair ke tak? Duit tengah sempit nih. Sedar tak sedar, time batch jan 07 buat futsal inter-course, Lx3 pulak wat hal. LCD dia takleh kuar gambar. Cek-cek rupanya power wire ke lcd tu dah terputus. Data wire ok lagi, so bleh la nampak skit2 atas LCD tu, tapi nak tukar setting sume memang kena pandai bajet2. Sedih. Ni pun nak kena anta kedai  repair. Harga entahla brape. Harap takde la mahal smpi 50% dari harga asal kamera tu sudah laa. Uwa.

Kini tinggal dslr dengan 50mm tu je. Cukup la nak shoot biasa2. Shoot event berportrait pun dah mencukupi. So harap ni pun tak tibe2 rosak. Abes la mohlensa tak dapat nak survive. hua2.


Sunday, April 17, 2011

Lap

Dah lama takde perasaan cegini. Admiring seseorang dalam diam.
Apakah aku jatuh cinta lagi? Hak2, bajet tol aku.

Pejam celik pejam celik, 2minggu je tinggal sebelum study week. Cepatnye sem ni berlalu. Hari2 sibuk pun tengah berlangsung. Rasa tension yang teramat. Lagi2 bila aku masuk 2 event iaitu Perodua Eco Challenge dengan Bosch Car Race Competition. Memang gile auto lah aku. Haha. Camne nak survive? Aku pun tak tahu. Aku cube recall ape aku buat dulu2 tapi macam dah tak applicable bila dah final year. Aku risau,result aku jatuh. Jatuh ke paras yang tak diingini. Sebab tu ke aku mencari peneman? Mencari seseorang yang sudi mendengar ceciter aku nih. Dulu ada orangnya,kini mereka dah tak mau melayan aku.tsk. Sabor je lah. haha.

Kini aku terasa sendiri. Bosan.




posted from Bloggeroid

Friday, April 15, 2011

Mee Rebus!

Hari tu makan mi udang kat Kuala Sepetang, tibe2 gian nak merasa makanan bersup. V5 gerenti tak ada, melainkan beli megi kat kedai (bukan MeGi ye. Hehe)
Lalu, hati terdetik nak cari macam mi udang tu. Tengah duduk memikir (time tu tengah drive balik dari Tesco Pengkakan), teringatlah aku pasal mi rebus V2. Terus kempunan! Jadi dengan tanpa membuang masa,lepas maghrib terus serbu sana. Alhamdulillah kedai tu ada lagi. Last makan mi rebus tu rasenye masa 1st year 1st sem. Memang lame sangat dah tak merasa. Harga pun dah jadi RM3.00, dari RM2.50. Tapi takpe la, dah lama kan.hehe. Tapi seriously, aku suka mi rebus dia. Sedap tu! Kafeteria Sayang tu skang tengok ade gak jual mi kari, laksa, bakso,soto dan satu lagi tak ingat. Best la jugak. Sape2 tak penah merasa, pergi merasa skang! Sedap woh, order pun ramai. Hehe.

-via Android-


Monday, April 4, 2011

Jebon

Rase macam jadi photoblog plus twitter. Haha

Ni jebon. Masuk rumah aku,mesti nak main ngan aku. Ala,manja2 gitu. Heh. Tapi rini dia paw sisa2 char kuew teow pulau mutiara dalam bekas aku. Abes kepala dan kulit2 udang kena baham. Lahap!


Couple

I have feel the feeling and mood of a couple. Although, it was just a short moment. =P. No need to couple!


Change of pace

Pasni nak tulis blog ni via hp je.
Haa, amcam?

Haha. Tapi, weaknessnye, post akan jd pendek. Pic pun dari henset je la. Tp macam best je. Mobile blogging,bunyi macam awesome! (ni kat pintu C3 weh!) haha. Bukti? Nah!