Saturday, September 26, 2009

Henshin!

Post ni xde kaitan dengan Kamen Rider Decade, Double, Kiva, etc

Tengok
Bukit Antarabangsa dah banyak kali tanah runtuh,
Dekat Genting Highlands pun ada tanah runtuh.

Tengok
Dulu kawasan ni lapang sangat,
Banyak pokok-pokok, banyak haiwan,
Tapi sekarang dah jadi rumah orang.

Tengok
Semua benda pasti akan berubah ye,
Ais jadi Air, Bukit jadi Padang,
Bahkan ramai orang jadi sikit orang,
Tiada apa yang akan kekal,
Semuanya ketentuanNya

Tengok
Sampai musuh boleh jadi kawan,
Sampai kawan terjadi musuh,
Sampai rapat menjadi renggang,
Sampai renggang menjadi rapat,
Tiada komitmen dua pihak, perubahan akan berlaku,
"Kalau oksigen dan hidrogen tak bersatu rapat,
air tak akan terjadi"



"emo?"

3rd




Aku ingat kalau asyik gune DSLR A350 milik nash..aku boleh master camera cam gini,
Rupenye tidak! X pasal-pasal kena blaja dulu.
Alip! Nnt tlg la ye

Thursday, September 24, 2009

Hari Raya Mode (Pic)

Tema? Perlukan tema ke?


Hari jadi time hari raye.
Paksu ku dah 30++ tahun!


Kat umah belah mak.
Abaikan adikku sorg tu


Bila ayah yang follow aku...
Cuak disitu

Tak sah kalau x main tiap taun!


Terbabooomm
Abes alarm keta dan rumah jiran berbunyi
kuat betol gegar dia. tsk.

Saturday, September 19, 2009

Video Respond to HIMH BH2






~Dak2 iGop yang buat~


Dimotivasikan oleh yang dimotivasi

3 hari di SBPi Gopeng, aku dan kawan-kawanku memotivasikan pelajar form 4 di sana,
dan hari ini, aku pulak TERdimotivasikan oleh sorang student dari sana.
Bukannye dia bagi motivasi secara lisan, tp dari perbuatannya.


Dan kini aku bersemangat balik nak buat video!
TQ Intan Nor Atikah! (Anak buah group mane nih? bukan group aku nih)

(Dak iGop hebat gak wat video. Gara-gara BH2 punye pasal diorg pun TERmotivate)

Nak tgk vid diorg? Haa, tgk page youtube aku ye

Friday, September 18, 2009

Gang Of Peers 2009



GANG OF PEER

Nampaknya hari-hari eventku belum berakhir
Kini aku melibatkan diri dalam Gang of Peer
Nanti ramai-ramai peer dari Universiti lain akan datang ke UTP
yeah, kalau anda seorang peer, dan ada dapat jemputan, dtg tau!

Wednesday, September 16, 2009

Solving~

Scrambled




Solved





Suprise untuk adik yang menunggu kat rumah : checked (rubik atas ni la)
Baju tuk org2 yang tunggu kat rumah sbb aku jarang balik : checked
Baju untuk aku untuk beraya dgn keluarga : Aiseh, x beli ape2 lg! Baju melayu tahun lepas je la..

Hari2 jarang berlaku akan berlaku dalam 2-3 hari ni,
So, berhadapanlah dengan tabah dan tidak terkejut ye kawan-kawan.

Tuesday, September 15, 2009

Calling

Budak tu >

"Abang Moh, nak pinjam kamera!"

"Abang Moh..Abang Moh bz lg ke?.."

"Abang Moh penat ke?, kalau penat Abang Moh rehat la kejap ye.."


Budak2 laki plak >

"Abang Moh??????"

"Ishh, geli siot 'Abang Moh'! "

"Eceh2, ade ape2 ke ni....haa, kantoi2"

"Eh, aku ni, dia x panggil abang pun..nape kau ni spesel sgt nih?"


Aku >

"Haa....tak tau nak kate ape, ingatkan normal"

"Haa...Jgn fikir bukan2 lak, aku ingat kite2 sume dia panggil abang, rupenye certain org je la"

"Haa....takkan jeles kot korg2 nih....cet2"














Best jugak ade orang panggil aku Abang Moh.
Terasa la jugak macam menjadi seorang abang kepada seorang adik.
2nd year 2nd dan 1st year 2nd, kire jauh gak la tu.
Menantikan pulak bile nak dipanggil "Abang" dgn manja2.
hahah. Sapelah gerangan jodohku nanti ye..

Abes test!

Saturday, September 12, 2009

::Udara yang kita sedut x selalunya sama::

Salam~
Sudahpun jam 1.30am
Sudah berniat puasa?
Sudah bersahur awal?
Ataupun tgh tido?
10 malam terakhir dah pun tiba weh.
+++++++++++++++++++++++++++++++

Teringat detik bila mak kate kalau nak keta beli sendiri,
tapi kalau tibe2 muncul depan mata ape lak nak dikatekan?

+++++++++++++++++++++++++++++++

Tinggal seminggu sebelum cuti raya.
Sudah bersediakah kita untuk berhari raya?
Hari raya hari kita sambut kejayaan kita sebulan berpuasa,
hari itu hari kita bergembira, merapat silaturahim, dan saling bermaafan,
dan hari raya jugalah hari penentu berjaya ke tidak sebulan kita berpuasa itu.
kenapa?
Sebab syaitan pun beraya hari tu, bukan kite2 je tau!
Tapikan, masa bulan ramadhan, tak semua syaitan yang diikat,
syaitan jin je yang diikatNya,
syaitan manusia masih lagi berkeliaran.
eh...manusia pun syaitan ke?
Secara fizikal xde la nampak sama,
tapi di dalam nafsu kite tu la tempatnya syaitan2.
11 bulan syaitan dah didik kita untuk ikut jejak langkah diorg,
didik kita tiru sifat-sifat diorang,
oleh itu, jadilah syaitan manusia
manusia yang macam syaitan.
Malas, enggan, membazir dan lain-lain.
time bulan puasa ni la kita diberi peluang untuk membuang sifat-sifat syaitan tu.
masa macam ni lah kita kena usaha untuk membuangnya,
tapi, ramai yang terkorban, kerana nafsu syaitan tetap bertempek dalam nafsu.
adeh2

Nafsu
Manusia ada nafsu,
Nafsu haiwan, nafsu syaitan, nafsu ketuhanan.
Yang perlu disimpan cumelah nafsu haiwan dan nafsu ketuhanan,
nafsu syaitan yang perlu dibuang
nak dapat nafsu ketuhanan, kena la buang nafsu syaitan dulu
tapi nafsu haiwan wajib ade dalam semua orang,
kalau tak....tengok makanan pun xde selera nak makan!
Pernahkan bile kita masuk majlis-majlis ilmu, ataupun sedang beribadah,
tiba-tiba kita menguap dan mengantuk...
itu kerana nafsu kita sedang bosan,
nafsu kita nak buat benda yang seronok-seronok je,
sebab tu bile tengok citer bes kite tak ngantuk,
bile borak-borak ngan awek/balak kita pun x ngantuk,
sebab nafsu suke,
benda yang nafsu tak suke, nafsu akan buat hal
nafsu tak suke solat, dia akan wat kita ngantuk,
nafsu tak suke dengar ceramah agama, dia wat kita rasa malas nak pergi ceramah,
jadi, didiklah nafsu kita,
jangan nafsu yang mengawal kita,
biar kita yang mengawal nafsu!
nafsu boleh dilemahkan jika kita kurangkan makan,
jadi, selalulah berpuasa sunat~
dan lakukan ibadah2 sunat!
Bercakap pasal sunat pula....
sunat bermaksud dilakukan dapat pahala, tak dilakukan tak apa (tak dapat apa2)
jadi, perlu atau tidak kita lakukan perkara sunat?
sebenarnya perlu!
Jadikan perkara sunat seperti perkara wajib,
dapat extra pahala dan extra keberkatan,
dalam saat-saat tertentu je perkara sunat boleh ditinggalkan
misalnya doa iftitah dalam solat,
ianya sunat, tapi perlu dilakukan,
cuma jika kita tak sempat melakukan solat
yakni bila waktu solat sudah hampir tamat,
bolehlah kita tinggalkan doa iftitah tu,
dengan alasan kita mengejar waktu solat itu.
Wallahualam

Saja menyampai apa yang diterima ketika tazkirah di iGop,
bersama ustaz al-fadhil (x ingat name la plak)
mungkin ada salah silap faham ketika ku mendengar tazkirannya
kalau ada mana-mana, harap leh diperbetulkan ye
~Aku hamba yang pelupa~






Wednesday, September 9, 2009

Meche?

Hari ni aku berasa hampa,
hampa sebagai seorang pelajar,
hampa sebagai seorang rakan,
kepada coursemateku

Apa tindakan kita bila suatu hari nanti bile kite ade anak,
yang akan melanjut ke darjah 1,
mengada-ngada tak nak pergi sekolah,
dengan alasan, nak main game kat rumah.
pastinya kita akan marah bukan?
sebab kita mahukan anak kita itu ada ilmu,
supaya dia boleh berdikari satu hari nanti

tapi bayangkan jika anak kita sudah pun form 1,
kita suruh dia pergi ke sekolah, dia pun pergi,
hati kita pastinya sejuk, dan gembira
kerana anak kita rajin pergi ke sekolah,
tapi apa reaksi kita apabila kita dapat tahu,
yang anak kita sebenarnya ponteng sekolah?
melepak di Cyber Cafe, ataupun di jalanan?
pastinya kita marah, dan kesal,
kerana anaknya nakal, degil, dan menipu kita,
salah siapa?
biasa orang akan bertanyakan soalan seperti itu,
dan jawapan majoriti : salah ibu bapa.
kenapa ibu bapa?
kerana mereka yang membentuk peribadi anak-anaknya.

Bahariah pernah berkata,
ketika post-mortem BH2 di integrasi gopeng
"Pelajar-pelajar form 4 itu mencerminkan siapa diri kita sebenarnya"
"Jika kita lambat datang ke dewan, mereka pun akan datang lambat ke dewan, jika kita datang awal,mereka pun akan datang awal"

====================================================

Wahai kawan-kawanku,
Apa sebabnya kamu semua tak mahu datang ke lecture?
Tak faham ke? Terlalu susah ke? Lecturer tak best ke?
Kenapa baru-baru ni kedatangan ke kelas tak sampai 20%?
sebab ada test ke? sebab ade kuiz subjek lain kejap lagi ke?
Aku tak dapat nak faham korang, masih tak dapat faham korang.
Ada apa-apa yang aku tertinggal?
Aku tahu ramai berazam nak jadi lebih baik kali ni,
sebab sem lepas dah dapat result teruk,
tapi kenapa aku lihat kali ni lagi teruk dari dulu?
menyumpah-nyumpah subjek ni susah, menyumpah-nyumpah lecturer ajar tak best,
pastu berharap akan dapat yang lagi baik dari dulu
Entah aku tak tau nak reaksikan apa pulak kali ni,
Hatiku seperti lecturer-lecturer itu,
nanti bile attenndance tak cukup 90%, baru la nak mengadu sini sana,
bila test result teruk, barulah nak pujuk-pujuk lecturer mintak markah,
macam mane la lecturer nak kasi kalau kita tak wat baik dgn lecturer...
lecture tu sama juga dengan majlis ilmu jugak kan,?
kerana ilmu tu datangnya dari Allah...
maka dapat berkatlah orang itu kalau dia datang ke majlis ilmu keranaNya,
dan kita akan berjaya kalau kita dapat keredaanNya dan lecturer yang mengajar kita,
tapi, kalau kita tak menjaga hati-hati itu...
adakah ilmu yang kita ingin fahami itu kita akan faham?

Fikirlah kawan-kawanku...


Wednesday, September 2, 2009

Macam hantar anak ke sekolah asrama penuh

Hari ni dan semalam dan mungkin esok dan lusa
Aku dapat rasa macam hantar anak sendiri pergi ke sekolah asrama penuh
Lepas hantar, asyik terfikir

"Dia makan apa untuk makan malam nanti?"

"Dengan sape dia tidur nanti?"

"Dia rindu kat rumah ke tak?"

"Dia sakit ke tak?"

"Agaknya dia kena buli ke tak?"

"Agaknya dia duduk sorang2 takde kawan ke x?"

"Agaknya dia menangis ke tak?"

Sungguh berbaur perasaan hati,
melihat 'yang disayangi' pergi meninggalkan kita
untuk berdikari,
untuk merasai hidup sebenar,

Sungguh tidak tenteram
Tapi harus dihadap dengan tabah
kerana inilah hidup
Pertemuan dan Perpisahan