Thursday, December 9, 2010

The 4th wife

Setelah menunggu berminggu-minggu,
akhirnye DSLR yang ku beli berminggu-minggu lepas, siap pun dengan lens dan memory card.
Betapa lama bersabar, kumpul duit slow2, baru hari ni, 9 Dec 2010, aku dapat beli lens 50mm yang aku nak utk lengkapkan kamera aku tu. Ohye, ramai tak tau lagi nih.

Okeh

Dslr yang aku beli ialah Canon 350D. Dslr yang dilancarkan pada tahun 2005. Jadi, ini Dslr lame. Bukan yang latest, atau yang 2nd latest. Ni Dslr yang kedua Canon buat time tu. Jadi function dia banyak basic je. Xde la power macam Dslr skang ni, bleh rotate sini sane, bleh flip screen, bleh shoot HD video.

Aku beli dengan harga RM500 je. Aah, btol, tak silap tulis, memang Rm500 je. Dslr 2nd hand milik couple Cina yang tinggal di penang. Ia dah digunakan selama 3 tahun sebelum dijualkan kepadaku. Condition? Luaran ok, dalaman...tengah nak evaluate lagi. Haha. Tibe2 jadi noob Dslr sejak asyik gune compact dan Nash dah jual Sony a350 dia tu. >.<

Mane2 skang orang dah terer amik gambar dengan Dslr. Ade la staff2 bosch pun yang main dslr. Ade yang shoot wedding, shoot street, mcm2 pun ade. dapat la kawan2 skit. Sampaikan ade sorang staff dept ni, bile aku kate aku xde lens lagi, dia jual kitlens kamera dia yang dah tak digunakan dengan harga Rm50 je. Aah, btol, memang tak silap tulis. RM50 je! Harge tu memang boleh buat mata orang terbeliak, sebab 2nd hand pun orang jual rm300. Sape taknak rembat kan? Rezeki.

Memori kad pulak beli minggu lepas. RM80. Amik yang biase2 4Gb dan yang ok2 skit. Cukuplah 4Gb. Lumix Lx3 aku pun tak pernah full 4Gb kot.

Dan hari ni, akhirnye aku angkat lens 50mm 1.8. Lens yang sharp (orang kate) dan murah. Rm290 je aku beli dekat kedai kamera yang murah di sini. Dan kini sedang bermain-main dengan lens tu. Still tak faham ape itu sharp. Ke aku yang tak reti gune? Atau sebenarnye dslr ni mmg dah bad condition dan orang tu jual buat2 mcm elok lg? >.<>

Ok, total aku spend? RM500 + RM50 + RM80 + RM290 = RM920. Aah, rase ni memang tak silap kire. Rm920 utk semua ni. Kalau aku dah boleh shoot dengan baik (dslr terasa berat, shutter dia pun boleh inflicted tangan aku sendiri >.<, noob kembali!), ni lah pelaburan yang terbaik, selain Lumix Lx3 tu. Malah harga ni lagi murah dari Lumix LX3 tu (RM1400). Dulu memang target nak simpan duit, lepas intern beli dslr yang harge around Rm1.4k. Tapi, dah jadi gini, rase jimat sangat. Hehe2

Mesti ade yang tertanye2 jugak kan, nape beli dslr since dah ade lumix lx3 yang hebat tu? Lumix lx3 tu hebat, tapi ade certain part, aku nak ceburi jugak dalam dslr tu. Tapi xde la aku abaikan lx3 tu. She is my favourite all the time. She is my 2nd wife! ^O^. 350D ni 4th wife je. Heh. Shooting pun ikut mood dah. Kejap mau shoot gune kamera ni, kejap kamera tu. So hasil pun berbeza. Yang penting tu pic, bukan kamera. heh.

Orait, stakat ni je la post kali ni. Just nak gtau kamera baru (eh, kamera lame, pemilik baru). Kalau ade salah silap, tegur2 la ye. Aku ni bukan star sangat pun. XP

Wednesday, December 8, 2010

19.5 hari lagi!

Hari ni 8 Dec. Sok dah 9 Dec. Lagi 21 hari berkerja je lagi. Oh, tolak 1.5 leave yang masih belum gune, bleh kate tinggal 19.5 hari je lagi. Eh, btol ke aku kire ni? Ohye, aku tolak dah cuti sabtu ahad, dan cuti krismas 24dec - 2 Jan so basically ikut kiraan, lebih kurang je la tu. haha.


Cepat ye masa berlalu


Staff-staff kat Bosch sume dah start tanye dah "eh, hang ni bile abes?", "eh, hang ade lagi ke?", "eh, hang ni brape lame kat sini?" , "eh, hang ni tak reti2 nak abes ke?". Boleh kate setiap hari mesti tanye benda yang same, cuma orang yang berbeza. Ade yang macam nak halau aku (haha), dan ade yang nak exploit aku lagi (huhu..). SV punye project pun baru tgh aktif, jadi agak busy la hujung-hujung bulan ni. Tgh build run minggu lepas yang memenatkan, sebulan pastu kena build utk next phase, malangnye AKU ADE LAGI WAKTU TU. Akhir2 intern pun masih nak dikerah habis-habisan. Tak syok btol. XP


Nak abes intern ni, dah nak kena keluar dari P.Pinang ni lah.
Uih, mesti banyak kenangan kang kat sini. Ni yang nak kena melawat tempat2 yang tak pergi lagi (mengalahkan org yang duduk pulau pinang sendiri).

Tapi, ikut perancangan, awal sem depan, akan ke Penang lagi. Tapi tujuan bawak member bersiar2. Haha. Agak2 bleh aku ajak husni p skali, bleh bawak dia jumpe awek dia. Opss. =P

Orait, ni sekadar update terkini,
bajet macam Quick update Zureen la jugak
cume biase2 je.
Heh3

Thursday, December 2, 2010

7 Isteri,4 kekal, 3 cerai + 1 gundik

Isteri pertama
- dah 6 tahun berkahwin
- makin ditinggalkan
- Sayang dah makin berkurang
- Tapi tibe2 diberi perhatian balik
- Masih belum diceraikan

Isteri kedua
- 2 tahun lepas baru kahwin
- Sayang, cinta hanya sementara
- Terpaksa diceraikan...sob2...tapi cinta masih ada!

Isteri ketiga
- Kerana tidak puas hati dengan Isteri kedua
- Isteri kedua tak reti memasak sedap-sedap
- Ingat Isteri ketiga boleh la masak sedap-sedap, rupenye same je!
- Cerai...cinta tinggal sipi2

Isteri keempat
- Sebab nak cukupkan empat? oh tidakkk
- Kerana Isteri2 lain tak cukup memuaskan nafsu suaminya ini (huh?)
- Cinta hanya sampai ke tengah hari, bercerai di petang hari.

Isteri kelima
- Isteri kedua selepas dah cerai yang 3 atas nih
- Antara yang paling disayangi
- Akhirnye dapat puaskan diri
- Tak lame lagi nak anivessary. hihi
- TAK AKAN DICERAIKAN!

Isteri keenam
- Janda tua, tapi cantik
- Ape lagi, bikin isteri ketiga yang baru!
- Shift dia pendek berbanding isteri pertama dan kedua
- Takpe, dia ni memahami. Heh

Isteri ketujuh
- Berkenan tibe2
- Kawen pun tiba2
- sebab kawin? Nak cukupkan EMPAT!!
- Ok, atas tu main2 je
- Yg ini untuk melengkapi isteri2 lain
- Harap2 betullah, tak lama lagi nak berbulan madu
- Maklumlah, baru kawin! XP

Gundik
- Ops, jangan bgtau Isteri2ku
- Ni aku slalu bawak dating
- She is simple, but attractive
- nak kawen, tapi kuota dah cukup
- buat gundik sajalah!