Saturday, December 26, 2009

Google Wave, apakah?


Google sekali lagi telah menghasilkan sesuatu yang sangat lain dari yang lain. Sejak dari google mail, google talk, google group, google maps, blogger dan kini, google sedang meng-finalize-kan satu lagi product open-source mereka selain google OS iaitu Google Wave.

Sedapkan nama tu? Haha.

Jadi, ape tu google wave? Kalau korang search kat website google wave, mahupun di wikipedia, korang pastinya masih kurang faham tentang produk ini kerana ayat yang digunakan terlalu technical. Google siap post satu video conference tentang Google wave demonstration untuk bagi orang faham. haha.

Jadi, kat sini aku pun nak la hebahkan tentang produk yang akan dikomersialkan ini. (^~^)
======


Dengar saje name wave, mesti korang terasa macam gelombang kan. (budak-budak pyhsic la nih). Google wave ini seperti gmail yang telah diintergrate dengan gtalk, google group, wiki dan lain-lain (ini paling simple yang aku boleh ringkaskan).

Kesan Gtalk
Google wave pun satu produk yang sangat2 'realtime'. Apa maksudnya? Biasanya kalau kite tengah men-gtalk-ing, bila ada orang tengah tulis, dia akan tulis 'Orang A is typing'. Tapi, dalam google wave, dia akan tulis satu huruf demi satu huruf! Ini bertujuan untuk mengurangkan aktiviti 'menunggu orang A habis menulis'. Tapi, function ni bleh tukar la jadi normal macam gtalk biase jugak. eheh.

Kesan GGroup
Ni untuk sesiapa yang ada google group la. contoh macam Meche 007, CJ7 tu, dan lain. XD. Mesti korang dah biasa la kan post kat GG. Nanti mesti ada je reply kat bawah tu berderet-deret sampai 100-200 kan? haha. Kalau dalam google Wave, pun boleh jugak macam tu, tapi dia takde la sepenuhnya macam GG. Ini sebab, dia ubah konsep email. Email, kita hantar spesifik kepada orang-orang tertentu, dan orang-orang tertentu itu akan baca dan reply berasingan. Tetapi kalau dalam google wave, email tu kita hantar kepada orang tertentu tu dengan cara GG. faham? Contoh la kan, kita nak hantar email pasal group project, kita tulis dalam googlewave, pastu letak la mereka yang dalam group project kita tu. nanti semua akan baca email yang sama, dan kalau ade seorang yang reply, semua orang pun boleh tengok. macam google group la kan? Dengan adanya realtime, kalau ada sorang tengah reply, kita dah boleh baca satu persatu ayat yang dia tengah tulis. ni lak macam gtalk yang atas tadi tu kan? Hebat! Dan cara meng-reply pun ada tambahan. Kita boleh reply dekat tengah-tengah ayat orang yang tulis sebelumnya. Contohlah kalau macam group project tu ada part A dan part B, orang boleh terus menerus reply kat bawah part A atau part B! Ni bleh kate macam style reply kat facebook tu, mahupun kat wordpress, tapi lainnya cuma dia boleh reply kat tengah-tengah ayat reply yang lain.

Ini sebenarnya boleh timbulkan kekusutan sebab reply akan terabur merata-rata. kejap kat atas, kejap kat bawah. menyusahkan bukan? jangan risau, dalam wave, ade function playback, korang boleh play satu persatu aktiviti dalam wave tu, dari awal sampai akhir! Hebat! Contoh la kalau korang lost track dengan apa yang tengah dibincangkan, korang boleh je play start dari awal, nanti dia akan kuar satu persatu ikut flow yang telah berlaku.


Kesan Wiki
Apa pulak dengan wiki? Wiki yang kita tau, adalah hasil kerja orang-orang biasa ataupun orang-orang professional. sesiapa sahaja boleh ubah atau tambah kandungan dalam wiki tu. Jadi kalau dalam google wave, pun ada kesan macam tu jugak. Ini sangat memudahkan kerja. Contoh la kan, dalam wave, kita post satu part project kita misalnya Introduction. kita dah tulis draft kita dan kita mintak orang lain dalam group kita bace dan kritik dan ubah kalau boleh. Jadi, kita add jugak mereka yang dalam group project kita tu. dan mereka boleh terus baca dan ubah ayat yang kita dah tulis tu. Nanti bila kita bace balik, akan ada highlight di mana ayat yang telah diubah atau telah ditambah. hebat kan? tak payah nak tulis balik kat reply yang baru mahupun tak payah nak cek satu-satu yang telah diubah. Tapi ini hanya berkesan untuk yang meletakkan document sahaja. Kalau orang lain dalam group kita yang tengok, dia tak akan dapat tengok highlight yang telah diubah itu, cuma hasil kerja yang terbaru sahaja. Tapi jangan risau, ingat lagi kan function playback tu? korang boleh play balik dari awal bentuk document tu dan lihat perubahan yang sedang berlaku!

Lain-lain
Banyak lagi function dalam google wave ni. Developer pun sedang mencipta extension baru untuk google wave nih. Jadi kat sini nak tulis dulu la extension yang ada. Salah satunya ialah word correction. Ini macam kat microsoft word tu la, kalau kita silap tulis dia akan betulkan kan? ataupun ada garis merah bawah tu ke. Dalam wave pun macam tu jugak. Jadi boleh la tulis dengan betul (melainkan macam kita ni yang gune shortform je. huk2). Seterusnya, gambar kita just drag & drop je dalam wave. kita drag & drop pastu terus diuploadkan. X perlu risau nak kena bukak upload tool la semua-semua tu. function link pun mudah. Wave boleh detect sama ada itu link ataupun tidak, tak perlu kita create hyperlink. nak letak video youtube pun, just letak url youtube tu, nanti akan ada terus embedded youtube tu, xyah nak amik script dia dah. Siap jugak intergrate dengan google search. Kat atas tempat editing tool(macam gmail tu) ada satu option lagi untuk search google. Ini built in google search, bertujuan kalau korang nak cari link dari google la. Nanti bleh drag n drop jek. Gambar-gamabr kat dalam built-in google search pun boleh drag n drop jugak dalam wave. Lepas tu siap ada realtime translation. Korang tulis dalam english, directly bawah ayat korang tu ada translation kepada bahasa yang korang nak, misalnya jepun. Dan kalau orang yang wave dengan korang tu reply dalam jepun, nanti akan siap sekali dengan translation kat bawah ayat jepun tu. Hebat kan? Senang kalau nak wave dengan foreinger kat utp nanti. hehe. Dan yang aku ada lihat, dia sedang meng-intergrate dengan blogger, dan orkut. Jadi nanti boleh wave jadi satu post yang orang yang bukan wave pun boleh baca.


Kesimpulan
Banyak sangat fungsi dalam google wave ni kalau nak ditulis satu persatu. ini pun setelah tengok video penerangan tentang google wave yang 1jam20min. itu pun baru tengok 50min dimana lepas-lepas tu skip2 je. haha.(nanti baru tengok balik). kalau korang nak tengok preview dan demo, aku galakkan korang pun tengok la video tu. Tapi baik korang download, sebab nak stream video youtube 1jam20min bukan kejap! Dan pastinya korang pun akan teruja. Tak sabar google wave ini nak diopenkan kat public. Sekarang cuma boleh untuk developer atau invited je. Aku pun sedang nak dapat invitation tu. Sebab nak tau brape banyak bandwidth yang di makan. hehe.

Lepas ni ada la term baru.
Kalau gmail "Eh, nanti hantar kat gmail ak"
kalau google group "Eh, nanti post kat GG tau"
Kalau gtalk "Eh, nanti bile on9 gtalk, hantar kat aku tau"

Nanti kalu google wave, jadi mcm ni ke
"Eh, nanti wave kat aku" atau "eh, Nanti kau wave ajak aku skali tau"



Wednesday, December 23, 2009

Saturday, December 19, 2009

C.U.T.I

Salam Alaik

Cuti dah nak tinggal lagi sebulan.
Sebulan lagi masuk tahun 3
Cuti panjang seterusnya 1 tahun 6 bulan lagi (estimate)
Nampaknya hari-hari UTP dah nak sampai penghujung.
Terasa macam terlalu cepat masa berlalu.
Dah pun masuk bulan Muharram.
Pasang niat baru? Pastinya!
Nampaknya aku nak ubah sikit style aku kat utp.
1.5 tahun je lagi dengan budak-budak Meche 007 tu.
Aku nak cipta kenangan dengan mereka sepuas-puasnya.
Aku akan contribute sebaik yang mungkin.
Biar penuh GoogleGroup Meche Jan 07,
dan biar mantap kita semua dalam test, kuiz, project dan exam.
biar kita buat Dr. VJ terkejut tengok result kita (haha)
dan dengan ini, nak start dengan video logo opening Meche 007 V2
(takde kena mengena langsung. haha..)

Sunday, December 13, 2009

Derita Merindu

"...Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita.."

Ahli Fiqir - Derita Merindu
(lagu part kedua)



Saturday, December 12, 2009

One day left

14 Disember 2009
Harap-harap rumah dah siap renovate masa tu (kalau tak ayah mengamuk!)
Masa tu jugak aku kena pergi JPJ nak tukar lesen P jadi C
Malam tu pulak, pergi menyambut mak ayah kat KLIA
Akhirnya tugas menjaga rumah full-time dah nak tamat
Lepas ni jaga rumah 3/4-time (haha)
Kereta pulak minor faulty (kena pergi workshop je keja)
Dapat drive keta ayah, kiranye pengalaman bermakna la sepanjang jaga rumah nih


Besok
Paksu ajak bawak adik-adik p swimming ngan sepupu,
Tapi nenek mintak jumpe Wan amik karipap (selasa ni wat doa selamat)
Kereta bila pulak nak pergi hantar servis?
Adus + Aduh





Friday, December 11, 2009

Sushee

Bila aku try nak tgk step nak wat sushi,
Aku lihat bahan dia cam lebih kurang sama dengan acar timun
yang bezakan cuma timun + nenas dengan nasi + rumpai laut.
So, adakah aku boleh buat sushi aku sendiri?
Wat acar timun pun tak reti lagi nih
(walaupun dah di ajar sorg member nih)

Wednesday, December 9, 2009

Hurtin' of Observin'

Kadang-kadang,
Aku lihat tentang seorang ayah membeli mainan untuk anaknya,
Ataupun gadget-gadget canggih untuk anaknya,
dengan harga yang sangat mahal,
sedangkan di kedai itu sahaja yang mahal
sedangkan di kedai lain harga jauh lagi murah,
"Rm1000 dan RM500 jauh bezanya",
Betapa mudah peniaga mengaut keuntungan bagi mereka yang tidak mengetahui,
Lain kali kenalah buat 'survey' dulu dan jangan beli sesuka hati,
biasanya seorang ayah yang berumur yang akan lakukan begini,
beli barang di tempat pertama yang ditemui,
dan tidak tau apa-apa pun tentang barang yang nak dibeli,


Moral of the story
Kalau kita nak pergi beli barang yang kita tak tau sangat pasal benda tu,
Bawaklah seorang kawan yang arif tentang benda tu,
Kalau tak, kita akan menyesal kelak.
Karang pendrive 4gb yang berharga Rm35 kita beli dengan harga rm100






Masa akan datang.


Tuesday, December 8, 2009

Kawanku hilang suatu yang dicintainya

Hayatilah perasaan ini
bila hari ni kita bercakap riang dengan orang tercinta
Besoknya kita bersedih kerana orang tercinta
Kerana orang yang dicintai sudah pergi tinggalkan kita selamanya









Takziah buat Fitra sekeluarga
T.T

Tuesday, December 1, 2009

Big for Small

"Technology rise exponentially"

Dulu masa aku masih kecik, aku ada terbaca satu artikel tentang teknologi,
Orang yang buat kajian tu kata, teknologi akan berkembang secara 'exponential'
Di mana kalau kita boleh lihat, dari dulu penciptaan telefon semua tu,
semuanya berlaku dengan perlahan-lahan,
tapi kini kita sudah masuk ke zaman moden,
suatu penciptaan baru akan cepat diganti dengan penciptaan lain.

Boleh kita lihat pada size MicroSD di atas
Pernahkah anda memegang MicroSD?
Kecikkan?
Tapi tengok size yang diatas
16GB!
kecik-kecik cili api (btol ke nih?)










Suatu hari nnt, mesti ade MicroSD 1Tb

Monday, November 30, 2009

FB

Dulu, wujud zaman Friendster, ramai orang buat friendster,
Kemudian datangnya Myspace, ramai orang buat myspace,
dan kini Facebook, ramai orang buat Facebook.
Tak ketinggalan Social network yang lain macam Tagged, Twitter dan lain.
Makin dunia maju, makin banyaklah social networking,
maka penuhlah inbox anda dengan invitation ntah pape

Tapi, zaman Facebookku kelihatan berbeza sedikit dari zaman Friendster dan Myspaceku,
Ini kerana bukan setakat kawan-kawanku sahaja yang berada di sana,
malah sedara-mara ku pun ada di sana,
Agak lucu bile "Add Friend" dengan mak ayah sendiri)
atau dengan pakcik-pakcik mahupun sepupu kecil,
Jadi, wording kat Facebook kena filter baik-baik,
kang ade yang kena perli balik kg kang! =P

So, disini ku nak dedikasikan satu lagu ni, buat jejaka-jejaka yang jumpe EX dia kat FB. hahah.
(Tak sangka ade lagu macam nih)


Gigi - Facebook
(bleh cari lagu ni kat tenet)

Berawal dari Facebook baruku,
Kau datang dengan cara tiba-tiba
Bekas kekasih lama yang hilang'
Satu dari kekasih yang terbaik..

Mungkin waktu yang kupersalahkan
Mungkin saja keadaan yang salah
Terpikir hati tuk mendua
Tapi nurani tak bisa mendua

Ku hanya bisa membagi, kisah kisah lama
Ku hanya bisa membagi, cerita nostalgia

Cuma itu yang kuberikan,
Cuma itu yang bisa kupersembahkan
Karna aku ada yang punya
Tapi separuh hati ini untukmu..

Kubisa saja putuskan dia..
Kubisa menutup semua cintaku
Tapi apakah kaupun setuju?
menyakiti seorang manusia

Hanya bisa membagi kisah kisah lama
Ku hanya bisa membagi, cerita nostalgia...

Cuma itu yang kuberikan..
Cuma itu, yang kubisa persembahkan
karna aku ada yang punya..
Tapi separuh hati ini untukmu

Cuma itu yang kuberikan
Cuma itu yang kubisa persembahkan
Karna aku ada yang punya
Tapi separuh hati ini untukmu..

Kuhanya bisa membagi.. kisah kisah lama
Hanya bisa membagi, cerita nostalgia

Cuma itu yang kuberikan,
cuma itu yang ku bisa persembahkan
karna aku ada yang punya
Tapi separuh hati ini untukmu..

Berawal dari Facebook baru ku...

Sunday, November 29, 2009

A Small Dream that Granted

Salam Alaik.
Rini nak bercerita skit. heheh

Aku ada sorang adik perempuan, nama dia Maria Amalia (Alia)
Dilahirkan tahun 1999 ketika aku masih di rumah lama lagi.
Dan suatu hari ketika aku masih dalam darjah 4 (tahun 1999)
Aku telah memasang satu impian iaitu:

"10 tahun nanti, aku nak bawak adik aku yang baru lahir ni pergi jalan-jalan."

Dalam angan-anganku, aku terbayangkan aku sudah pun berkereta waktu itu dan aku bawak adikku berjalan-jalan dengan izin mak ayahku.Tetapi ketika tahun 2008, aku teringat balik impian aku nih, dan aku berasa hampa kerana aku masih belum berkereta dan pastinya mak ayahku tak kasi kalau nak bawak adikku itu pergi kuar jalan-jalan. (byk kes culik kan?) Tapi, siapa pun tahu apa akan jadi dalam masa setahun. Dengan tak semena-mena, mak ayahku pergi menunaikan ibadah haji dan aku dipertanggungjawabkan menjaga rumah. Oleh itu ayahku belikanlah aku kereta supaya aku boleh ulang-alik dari UTP. Dan satu hari itu (iaitu semalam), adik-adikku merayu padaku untuk keluar berjalan-jalan. Dan di hari itulah, impianku 10 tahun lepas tercapai.




Hebat kan?

Thursday, November 26, 2009

Cuti -

Tahun ni, aku sambut raya kat rumah sahaja.
Maklum la, mak ayah pergi menunaikan haji.

Wednesday, November 25, 2009

Today Is Wednesday and it is a moment of history!

Pembaziran ink printer
Kerugian kepada sape2 yang teringin nak print gambar ngan dia, tapi segan-segan
Memang ink ni dia nak dibuang sebelum dia balik umah dia.


Fenomena anih dengan kura-kuraku,
Aksi baring atas kayu yang sukar untuk dijumpai
Pengaruh dari cara tido manusia? Mungkin?
Aku yang letak dia jadi macam tu. lalala. ^~^



All da best Meche 007 untuk Mechanic of Machines Exam
All da best untuk aku yang akan drive petang nanti
All da best COD malam nih!

Tuesday, November 24, 2009

Exam da nak habes

The Exam will end just in 1 day period
After that, the real challenge will start


Although I've been cheated, I have been pampered tooo
Hope Life can be better after this!

Friday, November 20, 2009

Emotionless

"Your paper screwed you"
"Your desired unfulfilled"

Two more exams then I'll need to guard da house.
But however life do feel uneasy for this while
When will I got that thing which I desired?


It's hard to trust someone who you don't even know much

"Someone, pamper me please..."



Wednesday, November 18, 2009

He is my Heat Transfer Lecturer!

Tengah2 study Heat Transfer dan MED,
Aku terdetik untuk surfing internet kejap,
cuba melihat apa yang keluar bila menaip nama lecturer HT ku,
dan apa yang aku dapat?
resolusi baru untuk diriku,

sebelum dia masuk UTP, dia di UTHM,
aku terjumpa satu blog seorang pelajar di sana,
menceritakan tentang group projectnya,
dengan Dr. Vijay sebagai penasihat,
betapa dia sukanya berkerja dengan Dr. Vijay,
walaupun VJ mintak yang paling baik dari mereka.
mereka kemudian jeles bila VJ akan berpindah ke UTP.
ayatnya
"To UTP student, you're all very lucky!"

Lalu aku fikirkan, ayatnya di e-learning,
ayatnya dulu-dulu
ayatnya yang meng'demotivate' orang,
ya, itu cara dia dan tetap cara dia.
dia sebenarnya sangat baik,
tidakkan kalian sedar?

Lalu, skang, aku akan manfaatkan kebaikan dia tu!
Heat Transfer, be part of me please!!!



"Melarikan diri dari GG...sampai bila nak lari?"

Tuesday, November 17, 2009

MEDHEAT

Let this two steal my two days

Monday, November 16, 2009

Jay Sean - Down

Baby are you down down down down down,
Down, Down,
Even if the sky is falling down,
Down, down
Ooh (ohhh)

You oughta know, tonight is the night to let it go,
Put on a show, I wanna see how you lose control,

So leave it behind, coz we, to a night to get away,
So come on and fly with me, as we make our great escape.

So baby don't worry, you are my only,
You won't be lonely, even if the sky is falling down,
You'll be my only, no need to worry,
Baby are you down down down down down,
Down, Down,
Baby are you down down down down down,
Down, Down,
Even if the sky is falling down,

Just let it be, come on and bring your body next to me,
I'll take you away, hey, turn this place into our private getaway,

So leave it behind, coz we, to a night to get away,
So come on and fly with me, as we make our great escape,
(So why don't we run away)

So baby don't worry, you are my only,
You won't be lonely, even if the sky is falling down,
You'll be my only, no need to worry,
Baby are you down down down down down,
Down, Down,
Baby are you down down down down down,
Down, Down,
Even if the sky is falling down,

(LiL Wayne)
Even if the sky is falling down like she 'posed to be,
She gets down low for me,
Down like her temperature, cause to me she zero degrees,
She cold, like over freeze,
I got that girl from overseas,
Now she my miss America,
Now can I be her soldier please,
I'm fighting for this girl,
On a battlefield of love,
Don't it look like baby cupid sendin arrows from above,
Don't you ever leave the side of me,
Indefinitely, not probably,
And honestly I'm down like the economy,
Yeahhhhhh

So baby don't worry, you are my only,
You won't be lonely, even if the sky is falling down,
You'll be my only, no need to worry,
Baby are you down down down down down,
Down, Down,
Baby are you down down down down down,
Down, Down,
Even if the sky is falling down





Nape dengan lagu ni?
Lagu ni bergema di telinga tatkala teringat dak2 Meche 007
Hua3
Sok kami thermo 2
Pak Chalil, Pak Maher
Tolong jangan bagi soklan susah
Bagi yang bleh siap dalam 2 jam je
Dalam 1 jam pun ok gak
Bleh cover Mecha plak pastu

All da best 4 thermo
Meche 007 skalian.

Saturday, November 14, 2009

Thursday, November 12, 2009

"Just assume the properties at 91C is equal at 90C"

Salam Alaik

Yeay x3
Minggu exam!
Dijangka sekarang semua tengah struggle-struggle, pening-pening, kalut-kalut, berdebar-debar,

Tapi kali ni tak ada sangat kat rasa tu kat aku

CUKUP pandai? Belum sekali, pandai SIKIT je baru,

tak lebih lagi pun dari ilmu lecturer-lecturer itu

Habes saja Exam Probability & Statistic, aku mengerak langkah pulang ke rumah,
Bukan sebab homesick ye, jgn main-main,
Tapi sebab nak kena selalu jenguk rumah,
kot-kot ade barang makanan tak cukup ke, ada benda kena beli ke, ade benda kena buat ke,
tu lah dia, keje abang sulung, mujur funding ada, haha
walaupun balik ini habis da dekat RM300-400. XP

Exam lagi dua minggu, 25 november abes la dia,
tinggal lagi 5 paper,
tapi skang fokus dulu kat 4 paper,
sebab paper last ade gap skit,
so, bleh recover balik,
almaklum, kena constant reading,
ececeh!
















Saturday, November 7, 2009

Bile MED Project habes dan yang test2 tu

Group Picture with Dr. Azmi


Henshin! (Sape la yang ajar nih. XD)


Henshin! (Mujur x tukar betul2)

P/S : Star Husni ngan aku minat Kamen Rider. Siyes.





Test dah habis, presentation pun dah habis
Ape yang tinggal?
Satu kuiz dan 6 paper
11 november sampai la 25 november
Yeah, bleh pening-pening Final Exam dah. Akhirnye..





P/S : Tok Guru Moh, nickname given by Ong Mar Vin due to help for MOM Presentation

Tuesday, November 3, 2009

Luahan hati seorang kawan

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Matahari naik hari siang
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Ye aku tau hari dah siang

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada lima ada dua
Itukah test atau assigmnent
Terima kasih kuucapkan


Izinkan kumeniru jawapan darimu
Izinkan ku membawa toyolan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai kata ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau suke ek.. oh.!!
x ape x ape <<-- apekah??
Kita di arena ini <<-- xde idea nk tuka
Kau kejam...
Kau kejam...



Nash - Kau Ilham ku

Sempena satu test tu yg GA amik kertas toyol dia

Saturday, October 31, 2009

KT35

"Once I've been trust, other will be forgotten"

Da jumpe teknik study baru,
so
bleh la balik umah slalu
yehe

Iki

"Bila akal kecik ini cube memikirkan tentang hal itu, hanya satu sahaja,
korang jangan pulak berpecah belah, kita kan saudara sesama islam"


Jom kita maju-maju-maju
Ke hadapan-hadapan-hadapan


Tenet xde kat utp hujung minggu ni,
so....
korang kena la study-study-study
macam la 5 test tu korang boleh perform mcm husni kot
kan-kan-kan? XP

Jgn cuak la test
semua tu cume test
korang sedar tak yang bile da nak test korang pulun abesan,
tup2 trus final exam
mesti korang tension kan?
tapi sebenarnye korang da TERstudy 2nd half punye part
tinggal 1st part tu je
kire beruntung la lecturer wat test dalam final week
kire boleh anggap la study week da start da nih
yepi-yepi-yepi


merepekan untuk pagi buta ini
harap ade la kate2 skit yang dapat disampaikan
eheh

macam-macam-tol



Monday, October 26, 2009

2 weeks till final


BHMOC II 2009 Appreciation Night
Aku blakang kamera. heh.


Hari ni hari Isnin, 26 Oktober 2009
Hari ni dah masuk minggu ke 14 di UTP
minggu-minggu ke arah kesibukan yang banyak sudah pun tiba.
Mampukah dak2 Meche 007 menghadapi semua ini tanpa rasa tensi mahupun sakit jiwa?
Lebih-lebih lagi mampukah aku menghadapi semua ini?
UTP memanggil, rumah pun memanggil,
hujung minggu ni pasti di rumah,
tapi hari-hari selepas itu penuh kuiz, test dan presentation,
mampukah badan ini?
Jom, kita usaha sehabis baik!


"Dapat award Mr. Creative time Appreciation dinner, hiiii"
"Creative da ke aku ni? Hek2"
"Miss gossip milik Gee, Miss Controversy milik Bee"

Tuesday, October 20, 2009

Riang Raya Meche 007 Pic Mode


Haaa, mane satu?


Pengantin OTW

Ayah garang

Class Rep! Yang banyak berbakti

Sekandal Datuk N dengan Siti S
Ops

Terang tak gambar ni? Terang takkk???
Dapat bergambar dgn star tuh! (Fewiit!)


Owner Restoran Laksamana Cheng Ho yang sporting

Dak2 Oktober

Aku nak potong kek ni 20 lapis bleh?

Tgk PM kat blakang tuh, kebulur dah tuh
Siyes

Monday, October 19, 2009

When things go far from prediction

What's the feeling of a person who was asked for help, but in return, he gave an extra problem?

then

What's the feeling of a person who asked for help, but in return, got some new problem?

sigh


I am not capable to do it confidently anymore

Sunday, October 18, 2009

A bit here and there

One, I need to score in my study,
Second, I need to take care of the family,
And both, need time sacrifice,
How hard would it be?

Adanye post ni menandakan tamat sudah Jamuan Meche 007 di Restoran Cheng Ho~
Betapa sibuknya hari ni hinggakan aku tak sedar bila last time aku berehat,
2 jam bersiar-siar dgn keluarga, terus 3 jam perjalanan ke UTP dan sepanjang malam di Ipoh,
Lewat tgh malam baru terpacak di dalam bilik,
Melihat kemalangan yang syukur bukan kawan-kawanku,
Dan ibu jari kiri yang tibe2 terseliuh time nak Touch N Go kat Gopeng
Kesimpulan?
2 hari aku TERcuti sakan!!

Dah2, orang dah wat game berita 3 kepala
tentang "Mohaimin malas study"
nampak sgt mcm perli di situ,
game Kingdom Heart da dihabeskan dalam kesempatan di rumah,
Kini,
Mindset dah x lari lagi dah,
4.00, Kau akan ku genggam!!

Sunday, October 11, 2009

What? 4.44pm already?

Tiba-tiba game save 'ter'overwrite dengan game save lain, hilang sume titik peluh ku sepanjang seminggu ni mencuri-curi masa lapang untuk main game. Haish. Lalu, pagi tadi, dengan semangatnya, aku bertungkus lumus bermain semula sampai ke tahap yang aku capai sebelum ni. Akhirnye, titik peluh baru silih berganti. Lalu aku terfikir, hikmah di sebalik semua ini~

Bayangkan jika kita terjatuh ketika perlumbaan pelarian, adakah kita akan terus duduk dan tidak sambung berlari? Pastinya kita akan terus sambung berlari, kerana ramai orang melihat kita. Kita tidak mahu menanggung malu kan? Macam tu lah hidup, kalau kita terjatuh dari pengembaraan kita, jangan sudah putus asa, usahakan semula!

_______________________________________________________

Umur naik takkan turun,
Gitulah bile masa makin bertambah tanpa berhenti,
Kematangan pun makin meningkat,
Tanggungjawab pun makin berat,
Sudah 2 dekad sudah aku memijak di bumi ini,
Sudah lama tanpa aku sedar,
Dan aku bukan lagi seorang budak kecil~

Thanks untuk yang memberi hadiah,
Thanks untuk yang wish ku~










Friday, October 9, 2009

Uncertainty

"Not everything that we planned will be suceeded as we imagine it, it's always need for backup"

Minda : Jadi, ape backup aku?

Saturday, September 26, 2009

Henshin!

Post ni xde kaitan dengan Kamen Rider Decade, Double, Kiva, etc

Tengok
Bukit Antarabangsa dah banyak kali tanah runtuh,
Dekat Genting Highlands pun ada tanah runtuh.

Tengok
Dulu kawasan ni lapang sangat,
Banyak pokok-pokok, banyak haiwan,
Tapi sekarang dah jadi rumah orang.

Tengok
Semua benda pasti akan berubah ye,
Ais jadi Air, Bukit jadi Padang,
Bahkan ramai orang jadi sikit orang,
Tiada apa yang akan kekal,
Semuanya ketentuanNya

Tengok
Sampai musuh boleh jadi kawan,
Sampai kawan terjadi musuh,
Sampai rapat menjadi renggang,
Sampai renggang menjadi rapat,
Tiada komitmen dua pihak, perubahan akan berlaku,
"Kalau oksigen dan hidrogen tak bersatu rapat,
air tak akan terjadi"



"emo?"

3rd




Aku ingat kalau asyik gune DSLR A350 milik nash..aku boleh master camera cam gini,
Rupenye tidak! X pasal-pasal kena blaja dulu.
Alip! Nnt tlg la ye

Thursday, September 24, 2009

Hari Raya Mode (Pic)

Tema? Perlukan tema ke?


Hari jadi time hari raye.
Paksu ku dah 30++ tahun!


Kat umah belah mak.
Abaikan adikku sorg tu


Bila ayah yang follow aku...
Cuak disitu

Tak sah kalau x main tiap taun!


Terbabooomm
Abes alarm keta dan rumah jiran berbunyi
kuat betol gegar dia. tsk.

Saturday, September 19, 2009

Video Respond to HIMH BH2






~Dak2 iGop yang buat~


Dimotivasikan oleh yang dimotivasi

3 hari di SBPi Gopeng, aku dan kawan-kawanku memotivasikan pelajar form 4 di sana,
dan hari ini, aku pulak TERdimotivasikan oleh sorang student dari sana.
Bukannye dia bagi motivasi secara lisan, tp dari perbuatannya.


Dan kini aku bersemangat balik nak buat video!
TQ Intan Nor Atikah! (Anak buah group mane nih? bukan group aku nih)

(Dak iGop hebat gak wat video. Gara-gara BH2 punye pasal diorg pun TERmotivate)

Nak tgk vid diorg? Haa, tgk page youtube aku ye

Friday, September 18, 2009

Gang Of Peers 2009



GANG OF PEER

Nampaknya hari-hari eventku belum berakhir
Kini aku melibatkan diri dalam Gang of Peer
Nanti ramai-ramai peer dari Universiti lain akan datang ke UTP
yeah, kalau anda seorang peer, dan ada dapat jemputan, dtg tau!

Wednesday, September 16, 2009

Solving~

Scrambled




Solved





Suprise untuk adik yang menunggu kat rumah : checked (rubik atas ni la)
Baju tuk org2 yang tunggu kat rumah sbb aku jarang balik : checked
Baju untuk aku untuk beraya dgn keluarga : Aiseh, x beli ape2 lg! Baju melayu tahun lepas je la..

Hari2 jarang berlaku akan berlaku dalam 2-3 hari ni,
So, berhadapanlah dengan tabah dan tidak terkejut ye kawan-kawan.

Tuesday, September 15, 2009

Calling

Budak tu >

"Abang Moh, nak pinjam kamera!"

"Abang Moh..Abang Moh bz lg ke?.."

"Abang Moh penat ke?, kalau penat Abang Moh rehat la kejap ye.."


Budak2 laki plak >

"Abang Moh??????"

"Ishh, geli siot 'Abang Moh'! "

"Eceh2, ade ape2 ke ni....haa, kantoi2"

"Eh, aku ni, dia x panggil abang pun..nape kau ni spesel sgt nih?"


Aku >

"Haa....tak tau nak kate ape, ingatkan normal"

"Haa...Jgn fikir bukan2 lak, aku ingat kite2 sume dia panggil abang, rupenye certain org je la"

"Haa....takkan jeles kot korg2 nih....cet2"














Best jugak ade orang panggil aku Abang Moh.
Terasa la jugak macam menjadi seorang abang kepada seorang adik.
2nd year 2nd dan 1st year 2nd, kire jauh gak la tu.
Menantikan pulak bile nak dipanggil "Abang" dgn manja2.
hahah. Sapelah gerangan jodohku nanti ye..

Abes test!

Saturday, September 12, 2009

::Udara yang kita sedut x selalunya sama::

Salam~
Sudahpun jam 1.30am
Sudah berniat puasa?
Sudah bersahur awal?
Ataupun tgh tido?
10 malam terakhir dah pun tiba weh.
+++++++++++++++++++++++++++++++

Teringat detik bila mak kate kalau nak keta beli sendiri,
tapi kalau tibe2 muncul depan mata ape lak nak dikatekan?

+++++++++++++++++++++++++++++++

Tinggal seminggu sebelum cuti raya.
Sudah bersediakah kita untuk berhari raya?
Hari raya hari kita sambut kejayaan kita sebulan berpuasa,
hari itu hari kita bergembira, merapat silaturahim, dan saling bermaafan,
dan hari raya jugalah hari penentu berjaya ke tidak sebulan kita berpuasa itu.
kenapa?
Sebab syaitan pun beraya hari tu, bukan kite2 je tau!
Tapikan, masa bulan ramadhan, tak semua syaitan yang diikat,
syaitan jin je yang diikatNya,
syaitan manusia masih lagi berkeliaran.
eh...manusia pun syaitan ke?
Secara fizikal xde la nampak sama,
tapi di dalam nafsu kite tu la tempatnya syaitan2.
11 bulan syaitan dah didik kita untuk ikut jejak langkah diorg,
didik kita tiru sifat-sifat diorang,
oleh itu, jadilah syaitan manusia
manusia yang macam syaitan.
Malas, enggan, membazir dan lain-lain.
time bulan puasa ni la kita diberi peluang untuk membuang sifat-sifat syaitan tu.
masa macam ni lah kita kena usaha untuk membuangnya,
tapi, ramai yang terkorban, kerana nafsu syaitan tetap bertempek dalam nafsu.
adeh2

Nafsu
Manusia ada nafsu,
Nafsu haiwan, nafsu syaitan, nafsu ketuhanan.
Yang perlu disimpan cumelah nafsu haiwan dan nafsu ketuhanan,
nafsu syaitan yang perlu dibuang
nak dapat nafsu ketuhanan, kena la buang nafsu syaitan dulu
tapi nafsu haiwan wajib ade dalam semua orang,
kalau tak....tengok makanan pun xde selera nak makan!
Pernahkan bile kita masuk majlis-majlis ilmu, ataupun sedang beribadah,
tiba-tiba kita menguap dan mengantuk...
itu kerana nafsu kita sedang bosan,
nafsu kita nak buat benda yang seronok-seronok je,
sebab tu bile tengok citer bes kite tak ngantuk,
bile borak-borak ngan awek/balak kita pun x ngantuk,
sebab nafsu suke,
benda yang nafsu tak suke, nafsu akan buat hal
nafsu tak suke solat, dia akan wat kita ngantuk,
nafsu tak suke dengar ceramah agama, dia wat kita rasa malas nak pergi ceramah,
jadi, didiklah nafsu kita,
jangan nafsu yang mengawal kita,
biar kita yang mengawal nafsu!
nafsu boleh dilemahkan jika kita kurangkan makan,
jadi, selalulah berpuasa sunat~
dan lakukan ibadah2 sunat!
Bercakap pasal sunat pula....
sunat bermaksud dilakukan dapat pahala, tak dilakukan tak apa (tak dapat apa2)
jadi, perlu atau tidak kita lakukan perkara sunat?
sebenarnya perlu!
Jadikan perkara sunat seperti perkara wajib,
dapat extra pahala dan extra keberkatan,
dalam saat-saat tertentu je perkara sunat boleh ditinggalkan
misalnya doa iftitah dalam solat,
ianya sunat, tapi perlu dilakukan,
cuma jika kita tak sempat melakukan solat
yakni bila waktu solat sudah hampir tamat,
bolehlah kita tinggalkan doa iftitah tu,
dengan alasan kita mengejar waktu solat itu.
Wallahualam

Saja menyampai apa yang diterima ketika tazkirah di iGop,
bersama ustaz al-fadhil (x ingat name la plak)
mungkin ada salah silap faham ketika ku mendengar tazkirannya
kalau ada mana-mana, harap leh diperbetulkan ye
~Aku hamba yang pelupa~